PROLOG

Romance Completed 16438

JAM menunjukkan pukul 6:55 pagi. Terlihat Nana berlari sepantas kilat ke pintu gerbang sekolahnya. Tanpa menghiraukan lagi, tudungnya yang senget-menyeget itu. Yang penting sekarang, dia harus masuk ke pintu gerbang sebelum tepat pukul 7 pagi. Jika tidak, demeritlah jawabnya.

'Oi, tulah kau Nana. Siapa suruh main game tak ingat dunia lagi. Kan dah lambat. Harap-haraplah, bukan pengetua yang jaga pagar. Kalau tak, mati aku orang tua tu repot dekat mak dan ayah.' Bebelnya, sambil berlari sekuat hatinya.

Sampai saja tepat di depan pintu gerbang sekolahnya, terlihat Zee sudah tercongok tepat depan pintu sambil mengamati jam tangannya.

"1...,2...,3. Masa tamat, bagi yang lambat tu. Di persilakan untuk berbaris. Ikut tingkatan masing-masing." Arah Cikgu Ramlee selaku guru yang bertugas pagi ini.

Nana hanya menundukkan kepalanya kebawah, agar Zee tidak melihatnya. Nafasnya tercunggap-cunggap bagaikan nyawa di hujung tanduk. Dia berharap agar, pemuda itu tidak melihatnya. Maklumlah, keluarga mereka sangatlah dekat. Sudah seperti keluarga besar. Sebab itulah, ayahnya memberi kepercayaan pada Zee untuk menjaganya di sekolah bahkan di luar sekolah.

"Beberapa harini, asyik orang yang sama yang datang lewat bahkan lebih banyak dari semalam. Takda langsung perubahan. Nak saya panggil orang tua korang ke, satu persatu. Nak !. Saya diam bukan berarti saya tak ambil tindakkan. Saya bagi masa untuk korang berubah, ternyata kebaikan saya hampa. Korang anggap itu hanya lisan, yang tak ada artinya ke?. Tak berdisplin langsung." Kesal Zee, menatap satu persatu wajah anak muridnya.

"Cik Nana." Sapa seseorang.

'Oi, siapa pulak ni?.' Gumam Nana, lantas donggak keatas melihat gerangan siapa yang menyapanya.

"Eh, Pak Karim. Ada apa?."

"Ni beg Cik Nana kan. Tadi tertinggal dalam kereta." Jawabnya sambil menyerahkan beg merah, kepada pemiliknya.

"Terima kasih Pak Karim, susah-susah je."

"Takda masalah. Kalau macam tu, Pak Karim pergi dulu." Pamit Pak Karim lalu melangkah pergi.

"Anania Qhaisya !." Panggil Zee.

'Aduh, masalah lagi. Pak Karim ni, suka buat aku dalam masalah lah. Ni mesti suruh aku cuci tandas lagi ni. Oi, jumpa lagi dengan hantu perempuan tu. Stres.' Gumamnya.

"Dah kenapa tercegat situ. Ada gam ke dekat punggung kamu tu?."

Soalan Zee membuatkan Nana tersentak dari lamunannya, lantas menghampiri pemuda itu.

"Ada apa Sir?."

"Kenapa lambat?."

"Hurm..., Jalan jem. Macam biasa."

"Dah tahu jalan jem, kenapa turun sekolah lewat. Kondo kamu dengan sekolah, jauhnya macam pergi Paris. Dah tahu rumah kamu jauh, bangunlah awal. Ingat saya tak tahu ke, yang kamu semalam keluar party dengan kawan-kawan kamu tu."

"Dah tu, kenapa saya sorang je yang kena panggil. Tu, geng saya tak tangkap sekali ke?. Lagipun saya tak tinggal dengan keluarga saya, apa-apa semua sendiri. So, tolonglah faham."

"Faham?. Huh, kamu ingat saya ni kawan kamu ke?. Nak kena faham kehidupan kamu. Lagipun, ni dah kali keberapa kamu lambat datang sekolah. Dah kali ke 5, kalau di ikutkan, dah lama kamu di keluarkan. Tapi di sebabkan, kamu ada prestasi yang membanggakan, pihak sekolah tutup mata dengan perilaku buruk kamu. Kalini saya tak perduli dengan pendapat orang lain tentang kamu. Peraturan tetap peraturan. Saya akan keluarkan 2 surat amaran sekaligus, dan surat tu nanti akan saya sampaikan langsung pada keluarga kamu."

"Wah. Jahatnya Sir. Kesalahan saya sikit je, berbanding yang lain. Ini tak adil."

"Tak adil dari mana?. Saya cikgu ke, kamu yang cikgu."

"Ya. Cikgu lah." Jawab Nana pasrah.

"Tepat sekali. Bukan hanya sekadar cikgu, gedung sekolah ni saya yang punya. Jangan mempertikaikan amaran saya." Kata Zee, menatap sinis gadis di hadapannya, lalu pandangannya pula beralih menatap pelajar lain. "Korang juga, saya akan keluarkan surat amaran sorang satu dan denda buat kerja amal selama sejam. Selepas ni, kalau ada yang lambat lagi. Saya sendiri yang akan jumpa ibu dan ayah korang. Faham !."

"Faham Sir." Jawab mereka serentak.

"Untuk kamu Nana, hukuman kamu berat dari yang lain. Ikut saya."

"Nak kemana Sir?. Lepasni, saya ada kelas matematik. Itu matapelajaran kegemaran saya. Saya tak nak terlepas satu pun topik harini. Ataupun, lepas rehat. Saya sedia terima hukumannya."

"Saya juga cikgu. Kamu nak tahu tentang apa?. Luas bumi, ukuran bibir kamu yang banyak cakap tu. Huh !.  Sekali lagi kamu bantah cakap saya. Jangan harap dapat tinggal sendiri lagi, saya ada banyak vedio tentang pergaulan bebas kamu. Jika saya serahkan pada uncle dan auntie, bagaimana tangapan mereka?." Ugut Zee dengan nada sedikit berbisik agar yang lain tidak mendengarnya.

"Ok. Saya menyerah."

"Kan bagus, kalau dari tadi macam ni. Tak buang-buang masa. Kebetulan pula, kamu pakai baju pj. Sesuai dengan hukuman saya nanti. Jom kita berjoging, 5 pusingan. Tapi tulah, kamu sorang. Saya jadi penonton. So, saya tunggu dekat padang. Jangan lambat, jika tidak 100 pusingan menanti kamu." Arah Zee, lalu melangkah pergi.

"5 pusingan?. Gila ke apa?. Oi. Aku benci kau orang tua." Kesal Nana. Lantas mengikuti Zee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience