BAB 1-CENDAWAN

Romance Completed 16438

PERKENALKAN, nama aku Anania Qhaisya biasa di panggil Nana. Tahun ini aku berusia 17 tahun, tidak lama lagi akan menamatkan zaman persekolahan. Itulah yang aku tunggu, oleh kerana aku ingin mengembangkan bisnes bunga yang aku usahakan sejak berumur 15 tahun lagi.  Buat masa ni, aku menyerahkan semuanya pada Firdaus yang merupakan orang terpercayaku.

Boleh di katakan, aku memiliki kemampuan istimewa yang tiada pada orang lain. Benar saja, aku salah seorang anak indigo yang boleh melihat hantu, bukan hanya hantu. Aku juga boleh melihat, kejadian di mana seseorang itu boleh meninggal dunia. Patut di banggakan bukan?.

Tapi tidak untuk aku. Kelebihan ini seringkali membuat masalah padaku, sehingga dipaksa menerima rawatan di rumah sakit jiwa. Gila bukan?. Pada mulanya aku merasa stres, takut, dan pelbagai rasa negatif menyerangku. Tapi lama-kelamaan, itu sudah menjadi sebahagian dari hidupku. Aku terima dengan senang hati.

Well, dengan kemampuan ini juga, aku miliki kawan yang sudah meninggal dunia sekitar 18 tahun yang lalu. Dia adalah Rina. Seorang pelajar di sekolahku, yang telah membunuh diri di sebabkan dia sendiri tidak tahu. Sehingga kini, aku berusaha mendapat jawapan atas kematiannya agar Rina bebas dari terperangkap dalam dunia ini.

Tapi, entah kenapa aku merasakan Rina tidak membunuh diri. Melainkan, di bunuh oleh seseorang. Aku berharap, itu hanya andaian aku saja.

• • •

Jam menunjukkan pukul 10:21 pagi, terlihat Nana sibuk membersihkan ruang tamunya sambil mendengar lagu kegemarannya, yang semestinya Blackpink, maklumlah hari minggukan. Jadi, daripada tidak berbuat apa. Lebih baik buat kerja yang berfaedah.

"Kau ni. Rajin sangatlah. Tak lelah ke?. Malam belajar, pagi sekolah, petang kelas tambahan. Rutin yang sama setiap hari. Hari minggu ni, rehatlah."

"Kalau aku dok diam je, itu masalah kau tahu. Beberapa harini aku asyik di ganggu dengan suara aneh. Aku tak tahu datangnya dari mana."

"Oh, itu arwah yang kau tak sengaja bawa masuk rumah ni. Aku dah halau dia semalam, tapi tulah. Dia berkeras nak ganggu kau. Jadi, aku gunalah kuasa aku. Larilah dia. So lepasni, aku jamin tidur kau pasti nyenyak."

"Terima kasihlah, susah-susah je. Tapi jangan sering sangat guna kuasa kau tu. Mana tahu nanti, kau perlu."

"Jangan risaulah. Aku tahu jaga diri. Kau dah tolong aku, dah di kira untung. Terima kasih sebab sudi tolong aku. Love you."

"Sa.."

"Ai, rajinnya anak mak ni." Puji Puan Damia, yang terlihat bersama suaminya, sambil melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di situ.

Pantas Nana menoleh kearah mereka,

"Mak, ayah. Bila sampai?, tak perasan pulak." Soalnya, lantas menghampiri Puan Damia dan Tuan Andy. Lalu menyalam kedua orang tuanya sebelum duduk di sebelah ibunya.

"Baru je sampai. Tak sampai 5 minit. Oh ya, kamu cakap dengan siapa tadi?. Nampak akrab je."

"Oh. Tadi Nana cakap dengan Intan." Jawabnya sambil menunjukkan airpods di telinga. "Dia ajak keluar, tapi Nana malas. Sebab panas dekat luar. Terbakar kulit Nana nanti."

"Baguslah kamu tak keluar. Harini panas dia bukan main terik lagi.  Sebaiknya rehat dekat rumah je."

"Kan. Mak dan ayah ni pulak, tak jadi menginap dekat kampung ke?. Awalnya balik."

"Kami risaukan kamu."

"Mak, ayah. Nana tak gilalah. Berhentilah risaukan Nana. Dah berpuluh kali Nana cakap, tapi mak ayah tetap anggap Nana ni sakit mental. Kalau benarlah Nana macam tu, taknya Nana ada dekat sini. Dah lama, Nana ambil pisau. Bunuh diri."

"Nana !. Apa cakap macam tu."

"Kau ni Nana. Sikit-sikit nak marah. Hormat sikit orang tua. Jangan sampai nanti, mereka jadi macam aku. Nangis kau. Minta maaf cepat." Rina mencelah.

"Nana minta maaf mak, ayah. Nana hanya stres dengan tangapan orang-orang terhadap Nana. Maafkan Nana sekali lagi."

"Kami always maafkan kamu sayang. Lain kali, jangan buat lagi. Hanya mendengar saja, ayah terluka. Inikan pula, kalau kamu benar-benar melakukannya."

"Baiklah ayah. Nana janji tak buat lagi."

"Macam nilah anak ayah. Sebenarnya mak dan ayah datang sini bukan hanya sekadar melawat kamu. Tapi ada sesuatu yang ingin kami sampaikan. Harap kamu pertimbangkan permintaan kami demi keselamatan kamu juga."

"Apa dia?. Macam serius je."

"Kami balik kampung bukanlah bercuti, melainkan Pak Absyar nak jumpa kami."

"Mak dan ayah masih percaya dengan ramalan mengarut tu. Sekarang ni dah masuk 2024 tau. Zaman moden. Kalini apa pulak yang dia ramal. Nana sakit?."

"Tapi apa yang dia ramal selama ni, semuanya terjadikan. Kalau tidak kerana Pak Absyar, mak dan ayah dah lama takda dekat dunia ni. Ingat sikit jasa dia."

"Kebetulan mungkin. Kalaulah benar dia boleh tengok masa depan kita. Kenapa hidup dia tak sesenang kita."

"Setiap kelebihan ada kekurangannya."

"Ok. Apa yang dia ramal."

"Tahun ni, kamu genap 17 tahunkan. Tahun di mana kamu di ambang kematian. Banyak aura negatif di sekeliling kamu. Mereka sedaya upaya menghapuskan kamu dari dunia ni. Pak Absyar juga menyatakan yang kamu akan ditimpa musibah yang membuat kamu terluka parah. Apa musibah itu, Pak Absyar tak bagitahu. Hanya dia minta tetap berhati-hati. Setiap langkah kamu sentiasa di perhati."

"Ada betulnya juga apa yang di kata orang tua tu. Sekarang ni banyak aura negatif menghantui Nana. Contohnya roh yang ada di belakang mak dan ayah tu. Dari mana juga mak ayah jumpa dia."

Lantas dengan serentak, Tuan Andy dan Puan Damia menoleh kebelakang.

"Dari mana lagi, kalau tidak dari kampung. Kematian dia pada 15 Mac 2011, tepat pukul 7:51 malam. Punca kematian pulak, kalau tak silap aku , di bunuh semasa hendak balik ke rumah. Dan pembunuh dia...." kata-kata Rina terhenti ketika simpati dengan kisah gadis itu.

"Suami dia sendiri." Sambung Nana.

"Jangan main-mainlah Nana. Tak lawaklah." Kata Tuan Andy, dengan ketawa kecilnya. Tidak percaya dengan apa yang di katakan anaknya.

"Lupakan. Jadi, apa penyelesaian untuk masalah Nana ni?. Pak Absyar cakap apa?."

"Pak Absyar cakap ada satu cara saja untuk mematahkan kutukkan ni."

"Apa dia?."

"Nana kena kahwin dengan takdir Nana. Dengan ikatan perkahwinan korang berdua. Aura negatif, tidak akan berani mendekati Nana juga bakal suami Nana. Ada pun hal negatif yang menyerang korang berdua. Itu akan di selesaikan dengan mudah." Jelas Puan Damia.

Penjelasan ibunya membuat Nana memandang sekilas wajah Rina.

"Kahwin !. Takda penyelesaian lain ke?. Nana baru 17 tahun tau. Masih jauh perjalanan. Nana tak mungkin, sia-siakan masa muda Nana hanya untuk uruskan rumahtangga."

"Kami pun fikir benda yang sama. Tapi, ini tentang nyawa. Mahu tak mahu, Nana harus kahwin dengan takdir Nana. Ayah dan mak hanya ada Nana. Please, buat ni untuk kami. Ayah mohon."

"Ok fine.  Nana turuti. Tapi siapa dia?."

"Zee. Dialah Takdir kamu." Jawab ibunya.

"Sir Zee !!." Terkejut Nana ketika mendengar nama yang paling ia benci di dunia ini. Kenapa harus dia?. Sedangkan banyak lagi lelaki dalam dunia ni.

* * * *

"MAMA. Dia dalam bahaya, kenapa Zee pulak yang harus kahwin dengan dia?." Kesalnya.

"Itu kerana kamu takdir dia. Bukan lama pun, hanya 6 bulan. Habistu, kamu nak cerai. Ya terpulang. Sekarang ni, kamu kena kahwin juga dengan Nana. Titik."

"Mama, ini kahwin. Bukan boleh bawa main."

"Kamu ingat mama ni main-main ke?. Ini melibatkan nyawa. Kalau kamu tak kahwin dengan dia, semua akan jadi petaka. Kesian tau, dengan mak ayah dia. Nana satu-satunya anak mereka. Jika Nana mati, mereka pasti sedih dan mama terus di hantui rasa bersalah sebab tak selamatkan anak mereka. Lainlah kamu, ada adik."

"Zee pun tak tahu nak cakap apalagi. Nana tu, anak murid Zee. Takkanlah Zee kahwin dengan pelajar Zee sendiri. Mustahil ma."

"Dalam dunia ni, takda yang mustahil Zee. Anak murid dan guru, bukankah tiada pertalian darah.  Mama tengok banyak juga dekat luar sana, anak murid kahwin dengan cikgu mereka sendiri. Bahagia juga, malah di kurnai zuriat."

"Tapi ma..."

"Keputusan mama muktamad. Tak kisahlah Zee setuju ke tak, yang penting Nana selamat. So, sampai sini saja pembicaraan kita. Mama nak jumpa keluarga Nana untuk bincangkan tarikh perkahwinan korang. Jaga rumah. Bye sayang." Pamit Puan Marisya, lantas melangkah pergi.

Zee menghela nafas panjang, lantas di hembusnya perlahan lalu menyandarkan belakangnya di kepala sofa.

'Kahwin?. Dengan cendawan tu?. Oi, macam takda perempuan lain.' Kesalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience