1

Romantic Comedy Series 4122

"Apom Senah! Apom Senah! Lembut gebu macam pipi saya, manis melekat macam janji manis pakwe hangpa! Mari beli! Mari beli!"

​Suara nyaring Manisah membelah kesunyian petang di celah-celah lorong taman perumahan. Sambil tangan ligat mengayuh basikal tua yang bakul depannya penuh dengan bekas plastik berisi apom warna-warni, mulutnya tak henti-henti 'berkicau'.

Kalau tak kepoh, itu bukan Manisah namanya.

​"Woi Nisah! Berhenti kejap! Aku nak sepuluh ringgit!" laung Mak Som dari atas beranda.

​Manisah tekan brek mengejut.

Sreeeeet!

Bunyi geseran tayar basikalnya saja sudah cukup buat jiran-jiran tahu ratu apom sudah sampai.

​"Amboi Mak Som, sepuluh ringgit terus? Nak buat kenduri ke nak makan sorang bagi kenyang sampai esok?" Usai bertanya, Manisah menyeringai menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

Tangan lincah membungkus apom dalam plastik.

​"Banyak cakaplah kau ni Nisah. Ni, aku dengar cerita kau nak ditunangkan dengan orang kaya bandar ya? Betul ke?" Mak Som mula memancing.

​Serta-merta mawar merah kat pipi Manisah tadi terus layu. Kelat. Serupa rasa pisang muda yang tersalah gigit.

​"Hesy Mak Som ni, apom saya ni manis, janganlah bagi soalan kelat-kelat petang macam ni. Orang kaya mana mahunya penjual apom macam saya ni? Lainlah kalau dia tu buta perut atau memang dah tak ada calon sangat," balas Manisah bersahaja, walaupun dalam hati rasa macam nak luruh jantung.

​Hakikatnya, memang betul. Mak dan ayahnya sudah mula bising-bising fasal 'Berahim'. Katanya anak kawan lama ayah, orang kaya baru yang kerjanya petik jari saja duit masuk berkepuk. Tapi bagi Manisah, apa guna kaya kalau kena kahwin paksa? Dia belum puas lagi nak melalak jual apom!

​"Eh, betul apa aku dengar. Si Berahim tu katanya baru balik dari KL, bawa kereta besar punya main. Takkan kau tak teringin nak jadi mem besar?"

​Manisah mencebik. Mem besar konon.

"Mak Som, saya ni lebih rela jadi Mem Apom daripada jadi bini orang kaya yang hidung tinggi tu. Entah-entah makan pun kena guna sudu garpu, tak boleh nak menyuap guna tangan. Rimaslah saya!"

​Selesai urusan jual beli, Manisah sambung kayuh. Tapi kali ni kayuhannya berat. Fikirannya menerawang ke wajah Berahim yang dia cuma pernah tengok dalam gambar simpanan emaknya. Muka boleh tahan, tapi gaya tu... dahi berkerut macam tengah kira hutang negara.

​"Apom Senah! Apom... eh, tak ada mood lah pula nak menjerit," gumam Manisah sendiri.

​Baru saja dia nak pusing masuk ke simpang rumahnya, tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam berkilat memotong jalannya dengan laju sebelum berhenti mengejut betul-betul di depan basikalnya.

​BUM!

​Manisah tersungkur. Bakul apomnya terpelanting. Habis apom biru, merah, hijau bertaburan atas jalan tanah merah. Secoet lagi bakal kena taik lembu.

​"Woi! Mata letak kat mana?! Kat lutut ke?!" Manisah bangun sambil menyinsing lengan baju kurungnya. Dia tak kira kereta apa, dia nak ganti rugi!

"Wu...semangat. Sikit lagi nak tertomoih kat taik selambak tu!"

​Pintu kereta terbuka. Seorang lelaki melangkah keluar dengan cermin mata hitam, jam tangan emas yang memantul cahaya matahari, dan bau minyak wangi yang mahal gila sampai menusuk hidung kepoh Manisah.

​"Manisah?" tanya lelaki itu. Suara tenang tapi penuh dengan nada 'aku-orang-kaya-kau-siapa'.

​Manisah terkaku sekejap. Ini bukan setakat orang kaya biasa. Ini...

​"Berahim?"

"Ehem. Ehem. Orang Kaya Baru Berahim."

'Not bad. Nice attire. Hensem. Sekali pandang Dato'Ady Putra. Dua kali pandang...' speaking hati kecik Manisah sambil pandang atas bawah-atas bawah tapi pit stop tetap kat perut boroi orang tua itu!

​Lelaki itu menurunkan sedikit cermin mata hitamnya, memandang apom yang bertaburan di atas jalan, sebelum beralih ke wajah Manisah yang dah comot dengan tepung baru sesaat, dia beli dari kedai Ah Kiok.

'Manisnya lahai. Kalau inilah Manisahnya. Bekas gunung berapi kat Sabah tu pun aku sanggup daki. Demi cintaku padamu...' getus hati kecik Okb Berahim diiringi orkestra entah dari mana bawa lagu Fantasia Bulan Madu.

"Maafkan abang dik manis. Abang...betul-betul tak sengaja langgar adik. Meh sini abang bayarkan ya," ujar OKB Berahim terus 'berabang-abang' walhal ikut hukum fizik kimia apa semua, umur mereka setelah darab bahagi dan punca kuasa dua berjarak gila.

'Uwekkk...' Tapi muntah di hati sajalah. Naik geli-geleman Manisah saat mendengarnya.

"Eh, encik... eh, Abang Berahim ke, Abang Beraham ke... Encik tahu tak, berapa kerugian saya hari ni? Ini bukan setakat modal tepung dengan gula tau, ini modal tenaga vokal saya yang tahap penyanyi rock ni!" Manisah mula bercekak pinggang.

Kalau dah namanya kepoh, mana boleh kalah dalam berhujah. OKB ​Berahim tersenyum simpul. Makin Manisah marah, makin nampak comel pada mata dia.

Lesung pipit Manisah yang terselindung sebalik tepung tu macam magnet yang menarik perhatiannya.

​"Sabar dik manis. Abang bayar semua. Satu lori apom pun abang boleh beli sekarang ni. Sebut saja berapa?" Berahim mengeluarkan dompet kulit buayanya. Tebal! Macam boleh buat bantal tidur.

​Manisah memandang dompet itu dengan pandangan 'kelat'.

"Ingat saya ni kemaruk sangat ke dengan duit encik? Saya nak encik kutip balik apom-apom saya ni sekarang juga! Jangan bagi kena taik lembu tu!"

​Mata Berahim terbeliak.

"Kutip? Pakai tangan abang yang pakai jam Rolex ni? Adik biar betul?"

​"Eh, jam Rolex ke, jam pasar malam ke, encik yang langgar kan? Kutip sekarang! Kalau tak, saya jerit satu kampung cakap OKB Berahim ni cuba nak cabul penjual apom!" ugut Manisah. Suaranya sengaja dikuatkan sedikit.

​Kelam-kabut Berahim dibuatnya. Imej dia sebagai 'Orang Kaya Baru' yang disegani takkan nak hancur sebab apom?

Dengan penuh rasa terpaksa, Berahim membongkok. Perut boroinya sedikit menghalang, buatkan dia tercungap-cungap nak capai apom di atas tanah.

​"Aduh... ketatnya seluar ni. Adik, tak boleh ke abang bayar saja seribu ringgit terus? Abang sanggup ni," rayu Berahim sambil jari telunjuknya hampir menyentuh sebiji apom warna pink yang dah bercampur pasir.

​"Tak mahu! Kutip!"

***

Sampai saja di depan pagar rumah, Manisah nampak satu pemandangan yang buatkan darah kepoh dia mendidih balik.

​Pak Chot!

​Lelaki tua duda gatal tu tengah buat projek 'teropong' kat celah pokok bunga kertas. Matanya tak lepas memandang Janda Senah. Mak si Manisah ni lah!

Dia tengah sibuk menyidai baju kurung di ampaian. Pak Chot punya syok intai sampai air liur basi dia pun hampir nak menitis.

​"Amboi, Pak Chot... intai mak saya ke intai baju kurung tu? Tajam betul mata, kalah burung helang!" gumam Manisah perlahan.

​Idea nakal Manisah mula datang. Memandangkan dia tengah dalam mood nak buat perangai bukan-bukan, dia pun turun dari basikal pelan-pelan.

Dia merangkak sikit masuk celah semak, betul-betul di belakang punggung Pak Chot yang tengah membongkok.
​Manisah tarik nafas dalam-dalam. Dia bayangkan anjing pitbull paling garang kat dunia tengah mengamuk.

​"WOK! WOK! WOK! GRRRR... WOKKKK!!!"

​"MAK KAU TERPELANTING!!!"
​Pak Chot melompat setinggi galah.

Akibat terkejut beruk punya pasal, dia tersadung akar pokok bunga kertas lalu jatuh tertomoih ke depan. Kepalanya tepat-tepat masuk dalam baldi berisi air sabun yang Mak Senah guna untuk basuh baju tadi.

​BUSH!

​"Aduh! Tolong! Anjing gila! Anjing gila!" Pak Chot menjerit dengan kepala yang penuh buih sabun.

Dia bangun lintang-pukang, tak cukup tanah dia lari sambil tangan tergapai-gapai sebab mata pedih kena sabun.

​"Hahahaha! Padan muka! Intai lagi mak orang! Pergi balik mandi bunga lah Pak Chot oii!" Manisah dah terduduk atas tanah sambil tekan perut.

Gelak dia punya kuat sampai satu taman boleh dengar.
​Mak Senah yang tengah pegang penyepit baju terus cekak pinggang. Dia dah masak sangat dengan suara anak daranya itu.

​"Nisah! Apa yang kamu buat dekat Pak Chot tu? Sampai terjun baldi orang tua tu dibuatnya!" laung Mak Senah dari ampaian.

​Manisah bangun sambil lap air mata sisa gelak.

"Bukan Nisah la mak. Anjing mana entah tadi sesat kat sini. Nisah tolong halaukan saja!"

try komedi drama pulak

Share this novel

Rose
2026-04-08 10:14:19 

Sakit perut aih… hahahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience