BAB 2

Romance Series 3303

“JEMPUT minum, Tuan Syed. Puan Syarifah,” pelawa Bik Hasnah pembantu villa seraya meletakkan gelas-gelas berisi air buah-buahan.

“Hah, tu pun Tuan Ryan. Panjang umur baru saja kami sebut,” ujar Bik Hasnah tatkala Ku Ryan menjengulkan kepala ke muka pintu semasa tangan membuka tali kasut.

Panjang leher Syed Zulk
rnain dan Syarifah Edora pada si anak tunggal mereka yang kini bergelar duda tanpa anak itu.

Bik Hasnah mengangguk pada Ku Ryan setelah pemuda bersut jogging itu masuk.

“Ibu, ayah bila sampai? Tak call Ryan dahulu pun,” sapa Ku Ryan tiba saja di tepi sofa-sofa mewah buatan Itali itu dia terus menunduk dan menyalami tangan kedua orang tuany
a itu.

“Baru sekejap tadi. Tak perlulah nak call bagai. Rumah anak sendiri kan, ibunya,” sahut Syed Zulkarnain ketika Syed Ku Ryan menyalami tangan ibunya, Syarifah Edora.

Syarifah Edora tersenyum.

“Takdelah. Kalau call boleh juga Ryan minta bibik masak special. Kalau datang secara mengejut macam ni bukan ada banyak lauk pun,” sahut Ku Ryan lalu duduk sambil anak mata ibunya mengerling ke kesan lebam yang ada di leher anak tunggalnya itu.

“Kami ke sini bukan untuk makan sedap. Di sana pun ada, Ryan. Ayah datang sini sebab nak panggil kamu bekerja balik dekat syarikat tu. Sampai bila kamu nak hidup macam ni? Kamu tu CEO. Syarikat macam tu perlukan CEO muda…” jelas Syed Zulkarnain.

“Ryan, kamu jatuh ke? Kesan lebam apa dekat leher tu?” Syarifah Edora menyampuk.

“Hah? Lebam apa pula, bu?” Ku Ryan bertanya semula. Dia agak terkejut. Terus tertegak tubuhnya sambil jemari meraba leher.

“Kamu yang sepatutnya tahu,” jawab si ibu. Syed Zulkarnain juga perasan. Dalam masa sama, dia cuba menidakkan andaian otaknya. Dia kenal dengan anaknya itu. Tak mungkin berbuat maksiat dalam rumah pusaka ini.

“Mungkin Ryan terjatuh kut, bu. Ryan pun tak sedar bila adanya…” Jawab Ku Ryan setelah jenuh berfikir.

‘Macam mustahil pula kan kalau nak disabitkan mimpi basah aku malam tadi…’ Hati berbicara nakal sambil dia tersengih.

“Lagi satu, kawan ayah si Dato’ Razali tu. Dia memang dah lama berkenankan kamu. Dia nak…” Kata-kata itu membejat sengihan Ku Ryan.

“Yah, Ryan kalau boleh tak mahu berbincang soal itu. Ayah tahukan hati Ryan masih lagi pada arwah Fiya. Tak mungkin rasanya untuk…” Ku Ryan terus memintas permintaan si ayahnya.

“Ryan, tak salah pun kamu move on…” Sahut Syarifah Edora pula. Ketiga-tiga anak-beranak saling memotong percakapan.

“Kamu kena terima hakikat yang
Ku Safiya dah takde,” ujar Syarifah Edora memperingati semula si anak.

“Kembalilah semula ke Kl, Ryan. Tidak elok kamu bersendirian dalam rumah pusaka onyang kamu ni,” pinta Syed Zulkarnain seperti mengharap.

“Tidak ayah. Ryan selesa tinggal di sini. Ryan inginkan ketenangan. Kalau benar mahukan Ryan lupakan kenangan silam…”

Syed Zulkarnain dari memandang tingkat atas terus ke arah muka sang isterinya itu. Syarifah Edora juga tidak tahu nak berkata apa lagi.

“Kamu kata nak lupakan kenangan silam. Lupa ke sini pun ada? Malah sinilah kenangan pertama kamu…” Sangkal Syed Zulkarnain membuatkan duda kacak itu berfikir semula.

“Biarpun kita jarang pergi sini tapi pertemuan kamu dengan arwah bermula dari sini. Lupa?” Tambah Syed Zulkarnain lagi.

“Atau anak ibu ini sebenarnya dah berkenan dengan orang sini?” Secara tiba-tiba pula Syarifah Edora bersangka begitu.

Terus Ku Ryan teringatkan seseorang yang dia nampak semalam di belakang villa. Dekat tasik waktu remang senja.

“Ayah, Ryan rasa Ryan nak usahakan balik kilang lama arwah onyang? Pekerja-pekerja boleh je Ryan iklankan nanti. Mesti ramai anak-anak muda kampung ni nak bekerja…” Cadang Ku Ryan tapi mengejutkan pasangan suami isteri itu.

“Tapi, kenapa? Tiba-tiba saja? Kenapa tak jawab soalan ibu tadi? Dari gaya Ryan pun ibu dapat rasakan sesuatu?”

Belum sempat Syed Zulkarnain bertanya. Isterinya sudah menyoal dahulu.

“Betul tu, Ryan. Kilang tu dah lama sangat tak beroperasi lagipun dah jadi sarang apatah. Entah-entah penagih dadah. Tak pun hantu…dari kamu bersusah payah. Baiklah kembali semula ke Kl,” sahut Syed Zulkarnain pula.

“Tapi sayanglah ibu. A
yah…dahulu kilang tu gah sangat. Kilang tu jugaklah punca kekayaan kita, ayah…” Ujar Ku Ryan.

Dia bukan saja berjogging tetapi melawati kilang usang itu juga. Bangunan itu kini sudah dinaiki akar-akar.

“Tuan Ryan, ajaklah ibu dan ayah Tuan, makan. Makanan dah bibik hidangkan,” suara Bik Hasnah memecah kesunyian ruang tamu itu di mana tadinya riuh dengan perbincangan mengenai kilang usang itu.

“Ibu. Ayah, marilah. Tak sedar dah pukul lapan malam,” pelawa Ku Ryan.

“Ah, molek sangatlah tu. Perut ayah dah berdangdut jugak ni. Lepas makan ni kita isyak bersama-sama. Kami dah buat maghrib, kamu tu yang belum. Selagi tak senja, kamu tak balik,” sahut Syed Zulkarnain ketika mereka sama-sama bangun.

“Sekarang kan waktu senja tak berapa nak senja sangat. Cerah lagi. Tu yang ingat, awal lagi. Lagipun tadi ralit kat kilang…” Jawab Ku Ryan pula tanpa memberitahu satu lagi perkara.

“Ada saja jawapan anak awak ni, Dora,” sindir Syed Zulkarnain membuatkan ibu dan ana
k itu, tersenyum.

HUJAN semakin lebat. Ku Ryan meletakkan novel atas mejanya. Dia mahu mengunci pintu depan dia ini yang asyik terbuka-terkatup dibadai angin.

“Lebat sungguh hujan,” tegurnya berpeluk tubuh menahan kesejukan angin. Agak lama juga dia memandang keadaan laman depan villa pusakanya yang hanya di temani sinaran lampu gasolin di kedua belah penjuru atap.

Kilat bercahaya membelah langit hitam. Akhirnya Ku Ryan merapatkan daun pintu kaca dan kayu itu sekali menyelaknya agar tak terbuka kembali.

Tok. Tok. Tok.

“Siapa pula tu? Tak dan aku nak ambil air,” tegurnya yang baru beberapa tapak melangkah dan kini terpaksa berpusing tubuh semula.

Ku Ryan mengangkat jam tangannya. Pandang sekilas lalu turunkan semula. Dia menapak ke arah pintu lalu membukanya.

Terbuka saja pintu. Pandangan Ku Ryan tertumpu penuh pada figura basah kuyup depan dia itu. Seorang wanita
bergaun kembang putih paras lutut tapi kelihatan kuncup kerana basah.

“Awak siapa? Cari siapa?” Tegur Ku Ryan tanpa prasangka sambil anak matanya memandang dari arah kaki membawa ke dada dan muka.

Wanita berambut ikal mayang tapi kuyup dan banyak yang ke depan menutupi separuh muka, mendongak.

Bergerak-gerak rahang Ku Ryan menyaksi pemand
angan depannya itu. Agak lama tumpuan mata Ku Ryan menyinggahi dada baju yang basah melekap dan transparent itu, selain daripada wajah.

“Bo…bo…boleh saya tumpang berteduh dekat sini sebentar? Hujan sidang saya akan pulang,” ujar perempuan basah kuyup itu dengan suara halusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience