“BOLEH saya tumpang berteduh ke?” Soalan yang sama berulangan lagi dengan disahut suara katak memanggil lagi hujan depan pintu yang berangin itu.
“Hah? Boleh. Boleh. Masuklah. Saya ambilkan tuala,” sahut Ku Ryan tersedar dari perasaan kesimanya lantas bergerak ke arah bilik tetamu yang berada di bawah tangga.
Sementara si tetamu malam itu pula tersenyum dan bergerak perlahan sambil pandangannya tertumpu ke bingkai besar gambar keluarga itu.
“Nah, ini ada tuala dan baju kemeja saya. Tukarlah. Tak elok pakai baju basah lama-lama,” suara Ku Ryan membuatkan wajah ter
tutup separuh dengan rambut itu, berpaling.
Ku Ryan sekali lagi mengangguk sambil menghulurkan lipatan tuala dan kemeja putih miliknya itu.
Perempuan yang terkena hujan lebat itu menyambut huluran tersebut. Dan mulai mencari sesuatu.
“Bilik tetamu sebelah s
ana. Pergilah salin dahulu. Biar saya sediakan minuman panas,” arah Ku Ryan dan berlalu.
Perempuan bergaun kembang putih paras lutut dan berkaki ayam itu membuka langkahnya.
Atur jejaknya terlihat lesu.
Tuala mengelap rambut. Gaun putih basah itu pula tersepuk atas lantai mozek. Tubuh berbogel itu membagi belakang depan cermin dan ketika kesemua helaian rambut disebak ke sebelah kiri.
Di tengah-tengah belakang tengkuk ada sesuatu berwarna perak.
Terkaku. Tangan yang menatang dulang itu sedikit menggeletar saat anak mata coklat perlahannya tertunak ke susuk tubuh tanpa bergaun itu.
Pintu tidak di ketahui apakah sengaja direnggangkan atau apa. Setitis air bening sedang mengalir di sisi dahi, Ku Ryan menyaksikan pemandangan umpama lukisan akrilik itu.
Tertelan lagi air liur saat tuala itu terjelepuk ke lantai dan saat yang sama, tubuh menggiurkan itu dipusingkan ke arah muka pintu yang ternganga.
“Ha… air…” Ujar Ku Ryan serba tidak kena dan berlalu dari situ. Terduduk sambil menyeka lelehan peluh di dahinya.
“Hah? Bila awak sampai? Maaflah saya terlena pula,” ujar Ku Ryan terkocoh-kocoh membetulkan semula duduknya yang tersandar. Lengan kanan atas dahi sungguh dia tak sedar bila perempuan berpewatakan sedikit misteri itu, tiba dan duduk.
“Minumlah. Air bujang je…” Pelawa Ku Ryan bila dia lihat air minuman yang dibancuhnya tadi masih tak tersentuh.
Perempuan tak bernama itu sekadar mengangguk. Matanya agak liar memerhati sekeliling villa berdekorasi mewah itu.
“Cantik susun atur perabot. Awak ke yang susun? Awak seorang?” Tanyanya dengan suara lembut.
Sementara menanti Ku Ryan menjawab. Cawan berisi air minuman diteguk sedikit sambil mata terpanah pada gambar seorang lelaki tua di dinding.
“Eh, tak. Bukan saya yang susun. Ada pekerja kami yang buatkan. Pembantu rumah ada tapi dah tidurlah kut, dah malam kan? Kalau tak keberatan boleh saya tahu awak ni dari mana? Kenapa berada dekat luar lagi? Malam dah, kan? Hujan pula tu?”
Perempuan itu hanya tersenyum. Senyuman yang cukup-cukup manis di pandangan, Ku Ryan. Pemuda itu masih tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pernah bertemu di tasik.
“Oh, sebelum tu saya Ryan. Dan awak?” Nyata Ku Ryan hampir-hampir terlupa.
Pertanyaan itu sedikit sebanyak menyentak perempuan ayu itu.
“Panggil saja saya Tiana,” jawab perempuan itu dan tersenyum.
“Oh, Tiana. Sedap nama itu. Boleh ke saya tahu Tiana ni dari mana dan nak ke mana malam-malam macam ini?” Soal Ku Ryan semakin terpesona dengan keayuan wajah tanpa mekap itu.
“Saya sebenarnya dari rumah kawan. Dia tinggal nun di hujung sana…” Jawab Tiana dan setelah itu, dia mengibaskan rambutnya ke belakang semula. Ternaik lagi haruman tanjung itu.
“Tak takut?”
“Siapa?”
“Enciklah. Tinggal seorang diri?” Tanya Tiana sambil menatap tajam wajah kacak itu. Jemari meruncingnya pula bermain di sekeliling mulut cawan.
Ku Ryan merenung cara jari runcing berwarna putih itu bermain dengan pinggir cawan. Sesekali, dia pasti meneguk liurnya.
“Nak takut apa. Ini kan rumah saya. Rumah pusaka keluarga saya. Sepatutnya saya yang bertanya soalan itu pada awak? Awak tu perempuan…” Jawab Ku Ryan.
Semerta itulah perempuan berambut ikal mayang yang hanya berkemeja Ku Ryan itu bangun, mendongakkan Ku Ryan.
“Samalah dengan saya. Sini memang kawasan saya. Tak ada apa yang perlu saya takuti,” jawab Tiana yang kini tersandar dalam posisi menggoda di tepi piano.
Bergerak-gerak rahang Ku Ryan ketika itu.Entah mengapa, fikirannya terbang ke kisah senja dua hari sudah ketika di tepian tasik.
“Sepatutnya Encik yang patut takut dengan perempuan seperti saya. Nanti tak pasal-pasal marah dan cemburu pula isteri, Encik itu…” Sahut Tiana seraya mengarahkan renungan ke arah potret di dinding.
Mendengar saja pandangan Syed Ku Ryan juga beralih ke susunan potret berbingkai yang terlekat kemas pada dinding.
“Ya, saya memang sudah beristeri…” Jawapan itu menajamkan lagi pandangan Tiana pada Ku Ryan.
“Tapi dia dah jauh tinggalkan suaminya ini. Dia dah tak berada dalam dunia ini lagi,” jawab Ku Ryan ada nada sebak di hujung bicara.
Ada jungkitan senyum yang terukir di penjuru kiri bibir, Tiana. Dia kembali duduk semula tapi kali ini agak dekat dengan paha Ku Ryan.
“Sejukkan malam ni? Hmm…bak kata seorang penyair ini…hujan turun perlahan-lahan,
dingin menggigit tubuh rawan.
Namun bibirmu jadi pemanasan,
menyalakan bara dalam hujan. Kau baring di bawah selimut tipis,
mata menggoda, tubuh manis. Aku mendekat tanpa bisik,
tangan menjelajah, sentuhan manis. Gerimis di luar, badai di sini
antara nafas dan lenguh yang berlari. Kau panggil namaku separuh nyaring
antara sejuk dan tubuh bergetar ringan. Basah bukan hanya di luar sana,
kulitmu lembap, dada bernyala. Aku jelajah setiap penjuru rahsia
dalam malam hujan yang menggoda jiwa. Dingin malam tak lagi terasa,
peluh mengalir walau cuaca beku.Tubuhmu menari atas cinta,
menyatu dalam gelora tanpa ragu. Hujan masih renyai di luar jendela,
tapi kita hanyut dalam asmara. Biar malam jadi saksi segala,
cinta yang meletus di tengah sejuk yang menggila…” lafaznya hanya dengan sekali harung.
Ku Ryan bukan saja teruja, terkesima malah ternoda juga dengan madah-madah berbunyi sensual itu. Apatah lagi, diiringi dengan gerak tubuh si tukang baca yang seakan menggamit naluri.
Paha putih gebu itu semakin meracuni pemikiran, Ku Ryan. Dia kesunyian. Dia dambakan belaian. Dan Tiana hadir dalam saat dia juga inginkannya.
“Awak tak rasa mengantuk lagi?” Tanya Tiana setelah beberapa minit mereka membeku di situ. Hanya dentingan jam dan guruh menjadi peneman.
“Awak tak takut saya dekat sini dengan awak? Ruang ini agak gelap. Awak tak takut ke kalau saya…” Soal suara semakin berlenggok manja itu.
Ku Ryan tersentak pabila tapak tangan Tiana akhirnya mendarat atas paha. Ku Ryan ingin menepisnya tetapi ada sesuatu sedang menghalanginya agar tidak berbuat demikian.
“Jika awak tak kisah. Izinkan saya bermalam dekat sini? Lagipun jeep saya tayarnya pancit pula,” pinta Tiana dan jari telunjuknya melukis entah apa-apa atas paha. Menderaukan lagi darah, Ku Ryan. Haruman tanjung makin menggodanya.
Share this novel
tq update sis..
menyeramkan puisi dia sis ...