BAB 1

Romance Series 3303

CAHAYA emas dari tirai senja menyelinap celah pepohon, memantul di permukaan tasik yang tenang.

Villa pusaka yang diwarisi Ku Ryan berdiri tidak jauh dari situ, sebuah tinggalan sejarah. Sunyi dan sendu.

“Hmm…” Tegurnya secara tiba-tiba.

Dia yang termenung tanpa sedar jam sudah melewati batas waktu, terus bangun dari bangku batunya.

Kini, Ku Ryan melangkah perlahan ke belakang villa, mencari punca bunyi percikan air yang tidak dikenal.

Matanya membeku seketika. Di celah kabus tipis tasik, pandangan terjurus ke arah satu susuk tubuh yang dia pasti, seorang wanita.

“Perempuan? Mandi dalam tasik waktu senja?” Spontan dia bersuara. Nasiblah tidak terlampau kuat. Dia tegak berdiri di sebalik lalang-lalang tinggi, sebelah tangan menyebaknya.

Rambutnya yang basah, menutupi sebahagian punggung. Tubuh separuh tenggelam dalam air tetapi gerak tubuh menggoda dan penuh irama, seolah dia bukan sekadar mandi tetapi sedang menari untuk malam dan di temani pula, desiran angin.

Bahunya berkilau ditimpa cahaya remang senja dan air mengalir turun dari leher ke lengannya yang ramping.

Ku Ryan sedikit melopong. Wajah kusamnya sedikit berubah, bila nampak figura dalam tasik yang ketika itu sedang asyik mandi.

“Siapa dia? Anak penduduk kampung ini ke?” Ku Ryan tertanya-tanya.

Tanpa sedar, Ku Ryan mengebam bibir saat melihat perilaku perempuan yang menggosok lengannya itu dalam keadaan agak mengghairahkan dirinya sebagai seorang lelaki normal.

“Cantik…” Luahnya.

Panahan mata masih lagi tajam menikam pada susuk tubuh tanpa seurat benang itu.

Perempuan yang membagi belakang itu terus melangkah ke tebing. Kain batik yang terlonggok atas tanah dikutip dan disarungkan ke tubuh.

Setelah itu, dia terus membuka langkah namun terhenti seketika. Ku Ryan kelam-kabut menyembunyikan dirinya di balik pohon kekabu bila perempuan berkemban kain batik basahan itu, menoleh belakang.

“Dia nampak aku ke?” Ku Ryan bertanya sendiri di balik batang pokok tinggi melangit itu.

“Siapa ya? Mandi seorang diri tak berteman? Tak takut kena kacau ke?” Ku Ryan menyoal diri.

Setelah itu, perlahan-lahan dia keluarkan lehernya untuk melihat kembali. Laju dia keluarkan satu tubuhnya dan bergerak ke depan lalang-lalang tinggi. Dia seperti tercari-cari.

“Cepatnya. Tapi dia dari arah mana? Oh, situ kan ada lorong satu lagi. Yelah kut, dia memang anak dara kampung ni. Tapi, berani sungguh mandi kat tasik ni sorang-sorang,” bebel Ku Ryan berjalan ke arah tasik.

Mega masih lagi berwarna oren pun begitu di kaki horizon, warna hitam malam bakal tiba di mukim itu.

“Kenapa tak pusing muka?” Soalnya hampa. Tapi, tiba-tiba muncul pula wajah seseorang. Seseorang yang menghampiri setahun menjadi ratu istana hati namun semuanya punah bila tragedi hitam itu berlaku.

Ku Ryan atau Syed Ku Ryan Zulkarnain menggeleng perlahan. Muka diraup sebelum kepala yang tidak gatal digaru.

Baru saja dia mahu melangkah baru dia teringatkan sesuatu. Dia harus melunasinya dahulu jika tidak pastinya tidak tenang.

Ku Ryan terus menuju ke tepi semak dan jemari laju membuka cangkuk seluarnya. Dia tahu ‘busutnya’ meninggi setelah melihat panorama indah di tasik tadi.

Sambil tangan kiri ligat membuat kerja. Matanya pula berkeliling. Hutan dan dia agak bernasib baik. Jika di bandar, sudah pasti kena mencari tandas.

“RAMAI anak-anak dara dekat kampung ni, Tuan. Anak dara yang mana satu Tuan nampak?” Tanya Pak Wahab semula.

Pak Wahab merupakan tukang kebun villa pusaka keturunan Syed Zaifullah tu. Cuma dia tidak menetap di situ. Tugasnya selesai setiap hari sebelum maghrib tiba.

“Lah. Saya sepatutnya yang bertanya Pak Wahab. Saya yang orang baru dekat sini…” Jawab Ku Ryan. Mungkin dia pernah datang sini tapi boleh dibilang itu pun dengan kedua ibu ayahnya.

Dengan arwah Safiya juga agak jarang. Berkedut-kedut dahi serta kening orang tua itu cuba mencari jawapan.

“Tak apalah nanti Pak Wahab cuba cari siapa dan anak siapa yang Tuan Ryan katakan tu tadi…” Jawab Pak Wahab kemudian tersengih pula.

“Dah kenapa Pak Wahab tersengih-sengih pula ni?” Tanya Ku Ryan pelik dengan sikap si tukang kebun dia itu.

“Bukan. Cuma Pak Wahab tertanya juga kenapa Tuan Ryan macam beria benar mahu tahu siapa dia. Tuan dah jatuh hati pada dia, ya?” Usikan Pak Wahab membuatkan Ku Ryan pula tergeleng-geleng.

“Entahlah Pak Wahab. Saya nak cakap pun tak pasti macamana cuma berasa ingin tahu saja. Lagipun pelik juga dengan keberanian dia. Dahlah seorang diri. Lawa pula tu…”

“Lawa? Setahu Pak Wahab lah. Yang lawa ni ramai jugak. Anak penghulu pun lawa jugak,” sahut Pak Wahab juga dengar perkataan lawa yang Ku Ryan luahkan secara perlahan.

“Tak apa. Tak apa. Bukan penting sangat pun Pak Wahab. Saya tanya sekadar nak tahu. Tapi kalau Pak Wahab pun tak kenal yang mana, tak apalah. Tak perlu nak susah-susah,” sahut Ku Ryan akhirnya.

Pak Wahab hanya mengangguk.

“Jikalau begitu kata Tuan Ryan. Tak apalah. Pak Wahab sambung dulu kerja, ya?” Ujar Pak Wahab lalu mengenakan semula topi pekebun ke kepala.

Ku Ryan membenarkan. Bila tukang kebunnya itu dah bergerak semula ke laman villa. Ku Ryan pula kembali ke dalam.

“Oh iya. Semalam aku nak lawat loteng kan?” Ku Ryan memperingatkan dirinya sendiri. Dia terus saja menaiki tangga berlingkaran itu untuk ke loteng.

“Uhuk! Uhuk!” Terbatuk-batuk Ku Ryan setelah masuk ke dalam loteng. Barangan hampir separuh daripadanya berselerak.

Mentol bulat masih tidak dapat memberi pengcahay
aan secukupnya di ruangan sempit itu. Ku Ryan lihat tiada apa yang boleh menarik perhatiannya.

“Barang-barang siapa,ya? Banyak sungguh. Dengan kotak-kotak kayu. Gramofon pun ada. Klasik betul onyang aku ni,” tegur Ku Ryan tersenyum mengejek.

Setelah melihat-lihat dan merasakan tidak ada apa pun yang menarik perhatiannya. Ku Ryan kembali ke arah luar pintu semula.

“ARGH…” Ku Ryan mengerang. Tubuh makin terkejang-kejang walau dalam kamar itu hanya dirinya seorang.

Jejemari menggenggam cadar. Wajah pula berkerut-kerut seperti menahan kesedapan. Dahi serta wajah juga penuh dengan bintilan peluh.

“Sayang…” Dia menyeru. Jemari runcing putih pucat itu ke dadanya semula. Tubuh Ku Ryan benar-benar menegang.

Sapaan angin juga dia merasakan seperti sedang membelai-belai wajahnya. Ada wajah samar-samar sedang Ku Ryan saksikan dalam mata terpejamnya itu.

Wanita itulah yang sedang bermesra dengannya. Mereka saling tersenyum sesama sendiri. Ku Ryan terasa sentuhan tapak tangan lembut itu di pipinya.

“Argh…” Sekali lagi, Ku Ryan mendesah saat dia terasa kucupan dan jilatan itu.

“Abang…sayang rindu,” ujar suara itu makin membuai perasaan Ku Ryan di ketika itu.

Smntara crita desah cinta xde idea, jmput bca ni dlu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience