SEBUAH permintaan yang agak sukar untuk Ku Ryan. Mahu menolak berasa kasihan kerana di luar sana hujan masih lebat. Malam. Kenderaan pula rosak.
‘Macam mana ni? Esok pagi kalau bibik bangun dan ternampak ada perempuan asing dalam rumah apa pula kata dia? Takkan aku nak bagi sekian-sekian masa dia mesti keluar nanti dikatanya halau pula?’ Hati Ku Ryan tertanya-tanya. Dia keserbasalahan.
Ku Ryan mendongak. Siapa menyangka, perempuan misteri itu sebenarnya sedang menatap wajahnya.
“Baiklah…” Jawab Ku Ryan seakan terpukau dengan pesona pada wajah itu dan saat sela-sela jemarinya digenggam.
“Terima kasih. Tiana sangat-sangat menghargainya. Esok pagi Tiana balik tapi boleh tak a
awak tolong tengok-tengokkan jeep Tiana?” Ujar Tiana mengharap.
“Ya, baik…” Jawab Ku Ryan dan menerima genggaman lagi kuat pada jari-jemarinya.
“Lagipun takde siapa yang nak marahkan kalau Tiana bermalam dekat sini, kan?
Tadi awak juga yang cakap yang isteri awak dah meninggal…”
Kata-kata dari Tiana mendapat anggukan Ku Ryan. Tiana langsung bangun sambil tersenyum seolah sudah tahu di mana tempat untuk dia rebahkah tubuhnya.
Ketika dirinya berada di belakang, sempat lagi dia hinggapkan tapak tangannya atas bahu Ku Ryan.
Semakin berderau darah duda kacak itu. Sudahlah dia sedang menahan asakan godaan si jelita itu sedari dia muncul di muka pintu. Berkali-kali, rengkungnya menelan air liur.
‘Sabar Ryan. Sabar…’ Hati cuba menyabar pemuda yang sudah agak lama kesepian setelah pemergian arwah Ku Safiya.
‘Bukankah kau pernah berkata dalam hati kau yang tertulis hanya nama Fiya…’ Minda pula memperingatkan.
Ku Ryan juga bangun dan bergerak ke arah tangga setelah berpaling lagi ke pintu kaca. Gelap malam dan jarum-jarum kasar hujan menjadi pemandangan.
‘Tapi…betul ke dia tu manusia? Tapi kalau hantu mesti muka macam bangunan tak siap, kan? Ni macam Mimi Lana pun ada…’
Setelah menggeleng pada andaian sendiri. Ku Ryan kembali menyambung langkah dan terus menuju ke arah tangga berlingkar depan dia itu.
“TUNGGU dulu! Selendang awak jatuh ni!!!” Pekik Ku Ryan juga berlari dalam hutan belakang villa pusakanya itu.
Lama perempuan berkemeja putih itu memerhati gelagat lena
yang tak pulas jejaka kacak itu.
“Tunggu!!!” Kali ini, Ku Ry
an benar-benar hamburkan jeritannya dan terus terbangun. Pandangannya liar ke seluruh bilik yang hanya diterangi cahaya lampu tidur itu.
“Kenapa aku rasa macam ada orang perhati saja ni?” Tanyanya dan sekali lagi menggeleng lalu meraup muka sekaligus menyebak rambut ke belakang.
Jam kecil diangkat dari atas meja lalu merenungnya dan ternyata belum lagi pukul lima pagi. Ku Ryan menjatuhkan semula tubuhnya ke tilam.
Ku Ryan diganggu mimpi lagi. Tetapi kali ini, mimpi basah. Perempuan berwajah samar yang sama hadir untuk menguliti tubuhnya.
“Argh…siapa kau?” Dengan suara terketar-ketar Ku Ryan bertanya namun jemari runcing itu menindan bibir agar dia tak bersuara lagi.
“Seseorang yang dah lama pendamkan perasaan…” Bergerak-gerak cuping telinga saat angin dari tingkap yang terbuka membawa bisikan.
“Lepaskan sayang segalanya…” Pujuk dia di dalam mimpi itu. Bibir bertemu bibir lagi. Kali ini, giliran Ku Ryan pula beraksi. Dia pula menindih tubuh tanpa seurat benang itu.
Lidah bertemu lidah. Nafas bersatu dalam satu rasa. Rasa kehausan dalam romantika. Jari yang menjalar di dada makin mundur ke bawah.
Kedua-duanya seolah-olah enggan melerai bibir. Ku Ryan umpama unta di padang pasir dahagakan air cinta manakala perempuan dalam pelukan dia itu pula umpama tanah gersang.
Ku Ryan melepaskan bibir itu buat seketika. Dia tahu bibir yang ternganga-nganga itu, inginkan sentuhan bibir dia lagi. Ku Ryan menunduk dan bibir mereka terkatup kembali.
Dari jauh, tubuh mereka seakan sedang melakukan pertarungan seperti bermusuhan. Kasar dan bising.
“Argh..!” Suara Ku Ryan memecah kesunyian kamar. Dia masih lagi berada dalam alam mimpi. Masih lagi bercumbu. Bergomol dengan perempuan yang dia tahu sangat jelita itu.
Tubuh Ku Ryan tidak senang duduk. Habis kain cadar ikut sama tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
“Ergh..!” Perempuan itu pula mengerang setelah agak lama dia mengebam bibir menahan rasa sedap saat bibir Ku Ryan masih meratah apa yang ada di dada berpuncaknya itu.
“Safiya…” Tanpa sedar sebaris nama itu juga terlontar dari mulut. Ku Ryan benar-benar sudah tidak dapat menahan keinginan. Desired…
Langsir putih jernih makin laju berkibaran bila angin kasar menerjangnya. Dari jauh, kedengaran sayup-sayup jeritan halus seorang wanita.
“Argh…” Perempuan berwajah itu mengerang lagi. Kuku mencakar belakang badan, Ku Ryan. Bibir mereka masih melekat bak ada gam uhu saja.
Lampu chandeliar yang menghiasi siling lantai loteng bergerak-gerak kasar. Lantai loteng juga berderit-derit seperti ada kaki sedang memijaknya.
“Kau milikku sudah lama…” Suara halus yang sama berbisik lagi di telinga. Ku Ryan ma
sih lagi menggelinjang atas katil.
Dia terbangun tapi mata masih terpejam rapat. Bantal guling di kucup dengan bertalu-talu. Dia dan perempuan berwajah samar itu masih lagi tidak puas bertarung.
Ku Ryan terbuka matanya. Di hadapannya adalah Ti
ana. Wanita berpewatakan misteri menggoda itu, terus menyentuh dan membelai-belai pipi, Ku Ry
an.
“Kulit merindu hangat sentuhan. Ranjang sepi tanpa desahan. Dahaga ini makin menggila.Basah nafsu tinggal angan semata. Langit malam bisu tak bersuara. Tubuh meronta dalam bara.
Lidahmu bayang bukan nyata. Ku rakam ghairah di dada luka. Jari-jemari ingin menjalar. Menari di lekukmu yang bergetar.
Namun ku peluk hanya udara. Asmara mati tanpa bicara. Buka tirai, nyalakan bara. Biar malam menjadi neraka. Raga ini mahu dijilat cinta. Di altar rindu, kita terbakar bersama…”
“Tidakkah kau mahu ‘terbakas asmara’ bersama ku?” Soal Tiana yang bermain-main pula dengan bibir itu.
Ku Ryan yang berkeadaan seperti kena pukau itu, menurut saja permintaan Tiana. Lagipun bohonglah jikalau tidak tergoda.
Perlahan-lahan Tiana merebahkan Ku Ryan. Tiana tunduk dan mengucup dada lelaki itu sehingga tidak tahan.
Namun setiap kali, tangan Ku Ryan mahu menyentuh leher dia pasti tepis.
“YA ALLAH!” Pekik Syed Zulkarnain terbangun. Berkali-kali dia beristighfar bersama wajahnya diraup kasar. Pandang sebelah, Syarifah Edora masih lagi pulas lenanya.
“Apa maksud mimpi aku? Tak pernah-pernah bermimpi benda ini? Apa semuanya ini? Ryan?” Tiba-tiba nama si anak tunggalnya itu muncul setelah tertanya-tanya.
“Ayah dah kata… tak elok kamu tinggal seorang diri dalam keadaan diri macam itu? Jiwa kau lemah, nak…” Omel Syed Zulkarnain meraup lagi mukanya. Basah dengan peluh.
Syed Zulkarnain terus mendail nombor si anak walau dia tahu malam sudah terlalu tua untuk duda kacak itu berjaga lagi.
“Helo, Ryan?”
“Hmm…” Satu dengusan yang menjadi tukang jawab telefon.
“Helo! Ryan ke tu?” Tanyanya. Kali ini, sunyi-sepi tanpa sebar
ang dengusan.
“Ryan, jawablah!” Desak Syed Zulkarnain lagi. Tapi tetap sama. Sunyi dan sepi membuatkan dia jadi malas nak tunggu.
“Tapi… tak mungkin. Benda tu dah lama onyang putuskan. Mana mungkin dia datang balik!”
“Tapi kejap…dengusan tadi siapa pula? Kenapa aku ada dengar suara perempuan menangis pula? Ryan… ayah tak suka kalau kau buat maksiat dalam villa itu. Kau tak betah lagi di situ…”
Tidakkah readers mahu terbakar sama?
Share this novel