BAB 2…
LAMPU bilik tidur Qayra terus terbuka dan anak gadisnya terus dikejut agar tidak terlambat ke sekolah. Qayra yang sedang tidur pulas terus terjaga lalu cepat-cepat dia mengambil tuala yang tersangkut di belakang pintu sebelum dia keluar daripada bilik tidur untuk ke tandas. Selesai sahaja dia membersihkan diri, Qayra terus masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menyalin pakaian sebelum dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini.
Telekung terus dilipat dan dimasukkan ke dalam tote bag untuk dibawa ke sekolah nanti. Buku-buku yang perlu dibawa ke sekolah terus dimasukkan ke dalam beg sebelum dia keluar daripada bilik. Beg sekolahnya terus diletakkan di atas kerusi berhampiran dengan pintu masuk sebelum dia meneruskan langkah ke arah dapur.
Pinggan dan bekas untuk diisi dengan makanan terus diambil dan diletakkan di atas meja makan. Punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi sebelum dia mengisi pinggan dan bekas dengan nasi goreng yang sudah disiapkan ibunya. Adiknya yang baru sahja duduk di sebelah dipandang sekilas. Budak seorang ni memang tidak sarapan sebelum ke sekolah.
“Akak cepatlah sikit dah dekat pukul tujuh ni. Kau ni harap saja penolong ketua pengawas tapi tak pernahlah nak awal,” Dayyan terus membebel sewaktu menunggu kakaknya yang masih berada di dapur.
Qayra cepat-cepat mengambil botol air dan bekalnya sebelum dia berlari-lari anak ke arah beg sekolah. Beg sekolah dibuka dan botol air terus diletakkan bersebelahan dengan buku-buku yang dibawa. Kasut sekolah yang berada di rak kasut terus diambil dan disarungkan ke kaki.
“Qayra Nuraisya cepat sikit woi. Kalau tak sampai sekolah sebelum tujuh sepuluh minit aku tak boleh nak letak beg dekat dalam kelaslah,” geram pula dia dengan kakaknya yang seorang ini. Hari-hari mesti nak kena panggil dulu barulah dia nak cepat.
“Kau ni tak reti sabar betul. Rileks ah baru pukul tujuh,” Qayra terus meletakkan buku teks dan bekalnya di dalam bakul motor.
Seperti hari sebelumnya, Puan Qaidah akan menghantar Dayyan dahulu ke sekolahnya memandangkan sekolah rendah itu tidak jauh daripada rumah mereka. Puan Qaidah terus menghulurkan tangan kanannya untuk Dayyan salam. Selesai sahaja menghantar Dayyan, Puan Qaidah terus menghantar Qayra pula sekolahnya yang terletak agak jauh daripada sekolah anak bongsunya itu.
Turun sahaja daripada motor, Qayra terus bersalaman dengan Puan Qaidah lalu dia cepat-cepat masuk ke Kawasan sekolah kerana tidak mahu terlewat. Seorang pengawas perempuan berbangsa Cina terus melambaikan tangan ke arahnya dan lambaian itu disambut dengan senyuman.
“Hai Qayra,” tegur pengawas tersebut.
“Hai,” Qayra hanya membalas ringkas sebelum dia meneruskan langkahnya untuk ke dataran perhimpunan.
…………………
BEG SEKOLAH dan buku teks diletakkan di kaki lima bangunan blok Anggerik yang bersebelahan dengan dataran perhimpunan. Sudah ramai pelajar yang telah beratur di situ sementara menunggu loceng sesi persekolahan berbunyi. Dia sekadar berdiri di belakang dataran sambil memerhatikan para pelajar yang tidak terlalu bising kerana dikawal pengawas.
“Mei Ling, you pergi tegur budak dua orang tu. Daripada tadi saya nampak diorang bising,” Qayra terus memberikan arahan. Tanpa banyak soal, Mei Ling terus berjalan ke arah pelajar yang dimaksudkan sambil diperhatikan Qayra dari belakang.
“Assalamualaikum dan para pelajar sekalian. Sebelum kita bersurai, cikgu ingin menyampaikan dua pesan. Pertama, sesiapa yang tak menghadirkan diri ke sekolah pada hari semalam diminta untuk tunggu di dataran sebentar dan yang kedua pula, bagi murid-murid tingkatan tiga Bestari sila naik ke perpustakaan selepas perhimpunan. Baiklah semua pelajar diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku sebelum naik ke kelas. Terima kasih,” salah seorang guru yang bertugas pada minggu tersebut terus menyampaikan pesanan.
Selesai sahaja lagu dinyanyikan, satu persatu pelajar terus naik ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran memandangkan loceng persekolahan telah berbunyi. Kerusi yang diletakkan di atas meja terus dibawa turun ke lantai. Bekal yang diletakkan dimeja Ardina terus diambil dan diletakkan di laci meja sebelum dia melabuhkan duduknya di atas kerusi tersebut.
“Pendidikan Islam dekat mana weh?” Ardina terus menyoal sambil tangannya sibuk mengeluarkan buku dan alat tulis daripada dalam beg.
Qayra hanya mengangkat bahu. “Dekat tempat biasalah kot. Masig-masing dah pegang buku tu,”
“Dah pukul berapa ni? Jomlah turun sekali dengan kitorang semua,” Qayra terus mengajak Ardina memandangkan gadis itu sering berjalan seorang diri. Ardina hanya mengangguk lalu mereka berenam terus keluar daripada kelas.
“Weh tunggu aku,” Safiya yang menjadi penghuni kelas lima Bestari terus memanggil mereka semua kerana tidak mahu berjalan seorang diri kerana hanya dia sahaja murid perempuan yang berkumpulan dengan para pelajar Islam daripada kelas lima Amanah bagi subjek Pendidikan Islam.
Bilik Sains Sosial yang bersebelahan dengan koperasi sekolah itu menjadi tujuan mereka semua. Pintu bilik tersebut terus dibuka dan salah sebuah meja yang sering menjadi tempat mereka duduk dihampiri. Zafirah, Hadhira dan Safiya duduk di meja hadapan manakala Qayra, Dania dan Shakira pula duduk di meja belakang.
Sementara menunggu ustazah yang mengajar subjek Pendidikan Islam itu masuk, mereka berlima sempat berkumpul di meja hadapan untuk berborak kecuali Qayra kerana malas mahu berjalan. Mereka yang bising di dalam bilik tersebut tidak dihiraukan lalu buku teks yang berada di hadapan mata dibuka. Lebih baik dia menghafal ayat Al-Quran yang akan keluar sewaktu Ujian Hafazan SPM nanti.
“Amboi, baru lima minit saya tak masuk kelas kamu semua dah bising macam dekat zoo ya?!” Ustazah Maria yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut terus menegur dengan nada bergurau.
“Bangun… assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ustazah,” Khairi iaitu ketua kelas dari kelas 5 Amanah terus memberi salam diikuti dengan para pelajar lain.
“Waalaikumussalam… Kan saya dah cakap sebelum ni, biar saya yang bagi salam bukan awak semua. Dalam kelas ni ada berapa ramai pelajar saya nak jawab salam kalau semua bagi salam dekat saya?” Ustazah Maria terus menegur dengan lembut.
“Harini saya nak semua hafal surah-surah yang akan masuk sewaktu ujian hafazan nanti. Lepastu datang depan sebab saya nak dengar,”
………………..
“HAREEZ, Fateh petang ni korang datang rumah aku boleh sebab aku nak make over bilik akulah? Alang-alang mama dengan papa aku tak ada dekat rumah harini dengan esok,” Haliq terus menyoal sewaktu mereka rehat bersama-sama dengan rakan yang lain.
“Aku okey aje sebab aku pun bukannya buat apapun dekat rumah,” tanpa berfikir Panjang Hareez terus bersetuju.
Fateh hanya mengangguk. “Aku pun on aje. Lagipun umi dengan babah aku takkan marahlah kalau setakat nak duduk rumah kau sehari dua,”
“Rehat dah habis. Masuk kelas sekarang,” seorang pengawas lelaki terus menegur mereka yang asyik berbual di kantin sekolah itu. Tidak menunggu lama, mereka bertiga terus bangun untuk ke kelas masing-masing kerana tidak mahu terlewat masuk ke kelas yang berada di bangunan yang sama.
“Weh Reez, Bahasa Inggeris dekat perpustakaan tau,” Azri terus menyampaikan pesan sewaktu Hareez baru sahaja sampai ke mejanya.
Hareez hanya mengangguk faham.
………………
“KORANG, boraklah dekat meja aku sini. Aku bosanlah,” Qayra terus bersuara apabila melihat mereka berempat sedang berbual di hadapan. Ardina yang sedang membuat kerjanya sendiri dipandang sekilas.
Tidak menunggu lama, masing-masing terus mengambil kerusi lalu berpindah ke meja Qayra untuk berbual memandangkan guru mereka yang mengajar subjek Fizik tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana kurang sihat.
Dania terus membuka mulut lalu dia memulakan penceritaannya daripada awal. Masing-masing memberikan fokus kepada Dania. Sesekali ada juga mereka menyampuk untuk bertanya.
“Aku pun ada cerita juga,” Qayra terus bersuara setelah Dania habis bercerita. Masing-masing terus memandang ke arah Qayra.
“Ha ceritalah,” Zafirah terus menyuruh memandangkan tiada lagi yang ingin bercerita.
Baru sahaja Qayra ingin membuka mulut salah seorang daripada mereka terus mencelah. Qayra terus terdiam apabila tumpuan mereka sudah ke arah Dania dan bukannya dia.
“Weh korang, dia nak berceritalah. Daripada tadi asyik kan…kan…” Zafirah terus menegur tindakan mereka yang padanya agak kurang beradab. Semua terus terdiam lalu wajah Qayra yang sudah masam dipandang.
“Sambunglah cerita Qay,” Zafirah bersuara lagi.
Qayra hanya menggeleng kepala bersama senyuman hambar. “Tak apalah, tak jadi. Korang sambunglah bercerita,” hilang sudah moodnya ingin bercerita apabila mereka langsung tidak kelihatan berminat untuk mendengar ceritanya.
Air mata yang ingin keluar sedaya upaya ditahan agar tiada sesiapa pun yang perasan dia ingin menangis. Tanpa menegur mereka yang khusyuk bercerita, Qayra terus bangun daripada duduknya dan meminta izin kepada gurunya untuk ke tandas. Sewaktu dia mahu melintasi kelas lima Cerdik , dia terpandang kawan baiknya yang lain iaitu Khairina yang sedang berdiri di hadapan tong sampah sambil memandangnya.
“Teman aku pergi tandas,” Qayra terus menuturkan kata tanpa mengeluarkan suara. Khairina hanya mengangguk faham sebelum dia berjumpa dengan gurunya yang sedang duduk di meja guru.
Qayra memperlahankan langkahnya kerana ingin menunggu Khairina yang baru sahaja keluar daripada kelas. Mereka terus berjalan beriringan tetapi bukan menuju ke tandas tetapi ke arah dewan tertutup yang berada di sebelah tandas. Air mata yang ditahan sejak tadi terus mengalir tanpa disuruh.
“Kau okey tak ni?” Khairina terus menyoal.
Qayra hanya menggeleng. “Tak okey dho. Kau tahu tak, dalam kelas tadi aku tengah nak bercerita lepastu Dania boleh mencelah. Pastu semua sibuk dengar apa yang Dania cakap. Zaf tegur barulah masing-masing senyap. Pergh terasa gila dengan apa yang diorang buat tu,” Qayra terus membuka cerita.
“Habistu kau sambung cerita tak?”
“Tak. Aku suruh Dania sambung cerita dia lepastu aku terus keluar. Masalahnya tak ada sorang pun tau yang tanya aku nak pergi mana padahal diorang borak dekat meja aku,” terluah juga apa yang dia pendam.
Khairina hanya memandang Qayra yang masih menangis di sebelahnya. Dia kasihan dengan kawannya ini. Sentiasa dipinggirkan padahal dia sendiri tidak pernah tahu letak salahnya dimana.
“Jomlah weh duduk dekat kelas aku. Tapi ada cikgu relieflah,” Khairina memberi cadangan sewaktu mereka sedang menuju ke arah kelasnya.
“Hm… tak bolehlah weh. Kelas aku pun ada cikgu relief juga. Nanti pelik pula cikgu tu aku tak masuk kelas,” Qayra terus menolak walaupun akalnya bersetuju dengan cadangan Khairina tersebut.
Khairina hanya mengangguk faham.
“Apa-apa cerita dekat aku tau. Bye,” Khairina sempat memberi pesan sebelum dia masuk semula ke dalam kelas.
“Okey…” hanya itu sahaja balasan daripada Qayra.
Qayra meneruskan langkah memandangkan kelas mereka berada di blok yang sama. Dia melepaskan keluhan apabila sudah sampai di hadapan kelasnya.
Masuk sahaja ke dalam kelas salah seorang daripada rakan sekelasnya yang perempuan terus menegur. “Kau menangis ke Qay?”
“Taklah. Mana ada aku menangis,” Qayra terus menafi. Langkah diatur ke arah tempat duduknya semula. Mereka yang masih berborak hanya dipandang kosong.
Qayra terus meletakkan kepalanya di hujung meja apabila dia terasa yang air matanya ingin keluar semula daripada birai mata. Air matanya dilap menggunakan jari telunjuk sebelum dia mengangkat wajah memandang mereka. Tetapi tidak lama apabila air matanya masih ingin keluar. Qayra terus mengambil keputusan untuk berpura-pura tidur kerana tidak mahu tangisannya diketahui.
“Qay… kau nak ikut kitorang bayar duit lawatan tak?” Dania terus mengejut Qayra yang sudah terlelap.
Qayra terus mengangkat wajahnya sebelum dia terus bangun daripada kerusi. Dia tidak sedar bila dia sendiri terlelap.
/_/_/_/_/_/_/
ada masanya kita perlu mempunyai
sikap mementingkan diri sendiri agar kita tidak ditindas orang lain...
assalamualaikum and hai semua.. another chapter for death flower.. okaykan chapter ni?? jangan lupa tinggal komen tau.. hehe
Share this novel