PROLOG III…
DIA sendiri tidak pasti dengan kehendak hatinya. Bukan dirinya tidak mahu melangkah tetapi dia berasa terikat. Terikat dengan kisah lalu. Bukan dia tidak merasai keikhlasan gadis itu dalam mencintainya walaupun mereka hanya berhubung secara dalam talian tetapi dia takut, dia takut andai dia dikecewakan. Dia buntu dengan dirinya yang masih teringat tentang kisah silam padahal masa hadapan yang menunggunya lebih bermakna.
Kerana ego dan kecewa, dia sanggup menghancurkan sekeping hati milik seorang gadis yang dia tahu hati itu sudah retak menanti belah. Kerana rasa sayang yang masih ada pada masa lalu, dia mengambil keputusan bodoh dengan membalas dendam pada gadis yang tidak berdosa. Dia yang memberikan harapan malah dia juga yang menghancurkan. Sekarang dia sedar tentang satu perkara yang dia turut mencintai gadis itu. Tetapi dia sudah terlambat kerana gadis itu sudah tidak lagi mengejar cintanya.
“Kau tengok apa tu?” Adam terus menegur kerana daripada tadi kewujudan dia di situ langsung tidak diendahkan. Entah apalah yang khusyuk sangat lelaki itu tengok dekat skrin telefon miliknya.
“Cuba kau tengok ni. Semakin cantik dia sekarang,” sempat lagi dia memuji. Gambar seorang gadis yang manis bertudung itu ditunjuk kepada Adam.
Adam yang tertarik dengan pujian daripada sahabatnya terus mendekatkan diri dengan meja untuk melihat gambar yang ditunjukkan itu dengan lebih jelas. Wajah sahabat dunia dan akhiratnya itu dipandang tidak percaya. Sebenarnya dia sendiri tidak mengenali siapakah gerangan gadis yang berada di dalam gambar tersebut tetapi mengikut apa yang diceritakan kepadanya dia yakin yang gadis itu sangat menyayangi sahabatnya ini.
“Kau stalk dia ke?” Adam bertanya serius.
Senyumannya terus mati. “Mana ada aku stalk dia. Gambar dia lalu Ig story akulah. Kau lupa ke yang kitorang masih follow each other?”
Adam mengangguk faham. Dia bukan terlupa tetapi dia tidak menyangka yang lelaki hati beku itu masih mengikuti perkembangan gadis yang telah ditolaknya secara mentah-mentah dahulu.
“Kau suka dia?”
Senyuman yang tadinya mati kembali mekar. Lantas lelaki di hadapannya ini mengangguk. “Aku sayangkan dia walaupun aku tahu yang aku sudah terlambat untuk menghargai cinta dia. Tapi ada satu saja perkara yang aku boleh buat sekarang ni…”
“Apa dia?” teringin dia nak tahu.
“Mendoakan dia bahagia dengan pilihannya nanti,”
Jatuh rahang Adam saat mendengar kata-kata terakhir daripada seorang Hareez Amsyar ini. Beri-ia dia ingin mendengar tetapi akhirnya itu yang dia dapat? Apa guna Allah SWT mengurniakan akal andai dia tidak mahu memikirkan cara untuk merebut kembali peluang selagi gadis itu masih belum dihalalkan sesiapa?
“Reez…aku ada nasihat untuk kau,” tiba-tiba dia rasa ingin menjadi seorang penasihat kepada sahabatnya ini.
“Nasihat apa tu?”
Adam pula tersenyum. “Fight for your love bro. Tak guna kau doakan dia bahagia dengan pilihan dia kalau kau sendiri akan terseksa dengan keadaan tu. Orang kata hati perempuan ni macam kerak nasi. Kau curah air lama-lama lembutlah hati dia,” cadangan terus diberi. Dia bukan apa tetapi dia hanya teringin untuk melihat sahabatnya ini bahagia setelah begitu lama mengunci hati.
“Tapi layakkah aku untuk terima cinta dia dan layakkah aku untuk bersama dengan dia?” soalan itu lebih kepada dirinya sendiri. Layakkah dia?
“Layak ataupun tidak itu nombor dua. Sekurang-kurangnya kau sudah tunjukkan effort yang engkau nakkan dia. Tapi satu saja pesan aku, kau tanya hati kau sama ada betul atau tak yang kau nakkan dia? Yelah aku taknak kau sia-siakan dia untuk kali kedua dan aku taknak dia merasakan sakit yang sama malah lebih sakit berbanding sebelum ni. Gandakan usaha kau dalam mengejar dia. Macam yang pernah dia buat sebelum ni macam itu jugalah kau kena buat tapi macam yang aku cakap tadi, effort kau tu, kau kena gandakan sebab tak mudah untuk seseorang yang sudah terluka ingin membuka hatinya pada orang yang sama. Jadi kalau kau dapat, kau bertuah bro. You’re so lucky. Kau jaga dia baik-baik,” Panjang Adam memberi pesan.
Adam bukan tidak tahu hanya perempuan dalam gambar itu sahaja yang mampu membuka hati mamat beku ini walaupun dia sendiri mengaku yang dia seperti mahu menampar wajah kacak kawannya ini kerana telah menghancurkan hati perempuan itu dan kini sudah mengaku cinta pula.
/_/_/_/_/_/_/
bodohnya dia kerana tidak tahu menilai diantara kaca dan permata. bodohnya dia kerana ego yang tinggi.
assalamualaikum dan hai para readers semua.. okey tak chapter kali ni? hehe jum kita marah hero sama sama.. jangan lupa bagi komen okiee
Share this novel