BAB 1

Romance Series 5378

BAB 1…

KRING…!

BUNYI loceng yang menandakan waktu rehat sudah bermula terus memenuhi setiap ruangan salah sebuah sekolah menengah yang terdapat di pekan itu. Para pelajar yang sudah tidak sabar mahu berehat daripada sesi pembelajaran berpusu-pusu keluar daripada kelas mereka. Tidak terkecuali juga dengan pelajar-pelajar dari kelas lima Amanah iaitu satu-satunya kelas yang mengambil aliran sains tulen. 

“Baiklah semua subtopik seterusnya cikgu akan ajar selepas rehat,” Cikgu Aireen iaitu seorang guru yang mengajar subjek Biologi itu terus bersuara.

“Terima kasih cikgu,” ucap salah seorang pelajar lelaki diikuti dengan suara para pelajar yang lain. Masing-masing terus keluar daripada kelas meninggalkan beberapa orang pelajar lain di dalam kelas.

“Qayra cepatlah sikit nanti makanan habis. Kau tak apalah sebab kau bawa bekal,” Dania yang sudah berdiri di hadapan pintu kelas bersama seorang lagi rakan mereka terus memanggil Qayra yang masih berada di mejanya.

Qayra terus mengangkat wajah sambil tangannya ligat memasukkan peralatan menulisnya ke dalam bekas pensil. “Sekejaplah aku nak kemas barang aku ni,” 

“Okay jom…” Qayra terus berlari-lari anak sambil tangannya memegang bekal yang dibawa dari rumah. Tiga sahabat baik itu terus berjalan beriringan kearah tangga yang terletak di hujung blok kelas mereka.

“Siapa lambat suka Amran,” Dania terus bersuara lalu ketiga-tiga gadis itu terus berlari anak kerana tidak mahu menjadi yang terakhir diantara mereka walaupun mereka sedang memakai baju kurung sekolah. Saat itu, hanya senyuman sahaja yang menghiasi wajah mereka tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. 

“Qay tolong pegangkan botol air aku,” Shakira terus menghulurkan botol airnya kepada Qayra selepas mendapat anggukan daripada si gadis. Dania yang sudah berada di hadapan juga turut menghulurkan botol airnya kepada Qayra.

Sambil menunggu rakan-rakannya membeli makanan, sepasang mata Qayra meliar kearah seluruh kantin untuk memastikan semua pengawas bertugas dalam keadaan baik dan tiada yang mencuri tulang memandangkan dia seorang penolong ketua pengawas di sekolah tersebut.

“Nah botol air korang. Ada nak singgah koperasi tak?” Qayra terus memberikan semula botol air kepada rakan-rakannya. Masing-masing hanya menggelengkan kepala lalu mereka bertiga berjalan kearah dewan yang terletak bersebelahan dengan makmal komputer. 

Masuk sahaja suapan pertama ke dalam mulut, dua orang lagi kawan sekelasnya datang untuk rehat bersama.

“Mana Fiya?” hanya itu sahaja soalan yang keluar daripada mulut Qayra.

“Tadi nampak dia baru nak beli makanan dekat kantin. Sekejap lagi dia datanglah tu,” balas Hadhira sambil memandang ke arah plastik makanannya.

“Dhira tadi aku nampak dia,” Safiya yang baru sahaja datang untuk rehat Bersama terus membuka mulut. 

“Siapa?” Hadhira terus bertanya manakala yang lain hanya menjadi pendengar kerana masing-masing hanya fokus pada makanan sahaja.

Senyuman Safiya masih lagi tidak lekang di bibir. “Tadi aku macam rasa ada orang pandang aku, sekali aku tengok rupanya Reza,”

Qayra yang sudah agak siapa yang menjadi topik perbualan mereka berdua sedaya upaya menahan diri daripada memberi reaksi meluat apabila mendengar nama itu. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik Dania dan dia boleh merasakan yang gadis itu juga turut meluat dengan nama yang sering meniti di bibir kawan baik mereka itu.

“Kau suka dia kan sebenarnya?” Qayra terus mencelah kerana sudah malas mahu mendengar cerita tentang lelaki itu lagi. Wajah Safiya dipandang sekilas.

“Mana ada. Aku tak suka dialah,” Safiya terus menafikan. Makanan yang berada di tangan terus disuap ke dalam mulut.

“Kalau tak suka kenapa asyik sebut pasal dia saja?” Qayra menyoal lagi dengan nada sada sarkastik. Waktu itu langsung dia tidak terfikir tentang perasaan si gadis yang disoal. Dia bukan apa tetapi kalau sudah setiap hari hanya nama itu sahaja yang menjadi topik bualan tidak boleh juga.

Safiya terus membisu selepas disoal begitu.

…………………….

“HAREEZ… kau dah siap kerja sekolah yang Cikgu Adnan bagi minggu lepas?” salah seorang rakannya terus menyoal sewaktu dia sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya yang lain.

Hareez hanya mengangguk tanpa menoleh kearah rakannya.

“Kalau kau nak pinjam kau ambil sendiri dalam beg aku,” bukan dia tidak tahu tujuan sebenar soalan itu diberikan kepadanya.

Azri hanya tersenyum seperti kerang busuk lalu beg sekolah yang berada di belakang Hareez terus diambil dan diletakkan dipangkuan agar memudahkan dia untuk mencari. Setelah dia menjumpai apa yang dicarinya dia terus meletakkan semula beg sekolah berwarna hitam itu ditempat asal.

Hareez yang masih fokus dengan kerja sekolahnya secara tidak sengaja terpandang kearah tingkap kelas bersebelahan dengan koridor. Seorang pelajar perempuan yang melalui hadapan kelasnya itu dipandang kosong. Banyak jalan lain kau boleh lalu kenapa mesti depan kelas aku juga yang kau pilih? soal hatinya geram.

“Kau pandang apa Reez?” Azri terus menyoal kerana sejak tadi lelaki itu hanya memandang kearah tingkap.

“Tak ada apalah. Balik nantilah baru aku siapkan kerja sekolah ni,” buku latihan sujek Fizik itu terus ditutup kembali. Hilang sudah fokusnya ingin menyiapkan kerja sekolah setelah melihat perempuan yang lalu tadi. Kepalanya terus diletakkan di atas meja. Setitis air matanya jatuh ke meja. 

“Hareez cikgu datang,” Azri terus mengejut rakannya yang dianggap sedang tidur.

Hareez terus mengelap air mata yang berada di birai mata sebelum dia menegakkan semula badannya kerana tidak mahu sesiapa tahu yang dia baru sahaja menangis.

Semua pelajar di dalam kelas itu terus bangun untuk memberi salam kepada seorang guru wanita yang baru sahaja melangkah ke dalam kelas.

“Waalaikumussalam… semua boleh duduk. Harini saya akan relief kelas Cikgu Fazura jadi semua boleh buat kerja sendiri ya sebab saya ada kerja nak kena buat. Yang penting jangan bising sangat sehingga menganggu kelas yang lain,” cikgu tersebut terus duduk di kerusinya kerana ingin menyiapkan kerjanya sendiri.

“Okey cikgu,” jawab salah seorang pelajar yang berdekatan dengan meja guru.

…………………….

“QAYRA yang dekat depan tu cikgu tulis apa?” Ardina yang menjadi rakan semeja kepada Qayra terus menyoal sambil jari telunjuknya diluruskan ke arah tulisan yang berada dipapan putih.

“Mana?” 

“Nombor dua tu,” balas Ardina pendek.

Qayra terus memandang ke arah Ardina. “Nah kau tengok jelah aku. Itulah kau, banyak kali dah aku cakap dekat kau pakai cermin mata tapi kau degil. Kau cakap sajalah dekat mak dan ayah kau yang kau nak pakai cermin mata sebab kau rabun. Itu pun susah ke?” mulutnya membebel tetapi bukunya tetap juga diberi kepada Ardina.

“Daripada aku beli spec mata lebih baik aku simpan duit tu untuk benda lain,” selamba sahaja Ardina menjawab. Dia terus menyalin soalan yang sudah siap ditulis oleh Qayra.

Qayra terus mengecilkan matanya. Geram sungguh apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Ardina. Laju sahaja tangannya menepuk bahu Ardina tetapi si gadis langsung tidak mengadu sakit sebaliknya hanya tergelak kecil. 

“Sekarang ada aku bolehlah kau nak tanya or kau nak tengok. Nanti kalau dah habis sekolah and dah sambung belajar kau nak tanya pada siapa kalau kau tak nampak? Cuba jangan degil, pakailah cermin mata,” Qayra terus menyambung bebelannya. Sisi wajah Ardina dipandang. Dia geram dengan perangai degil Ardina yang satu ini tetapi pada masa yang sama dia faham akan keadaan keluarga gadis itu.


Pandangan Qayra dihalakan ke hadapan. Wajah Hadhira dan Zafirah yang menghadap ke arah belakang sambil membuat kerja sekolah bersama Dania dan Shakira dipandang kosong. Perasaan dipinggirkan itu tiba-tiba hadir mengetuk tangkai hati.Gelak tawa mereka berempat kadangkala membuatkan dia terasa tetapi sedaya upaya dia membuang rasa itu. 

Ardina dipandang kembali. Rakan yang sudah dianggap adik ini menjadi saksi berkali-kali air matanya jatuh disebabkan mereka. Telinganya menjadi saksi untuk setiap luahan yang terjadi dalam kehidupannya. Apa yang diimpikan dan angan-angan yang tidak akan pernah terjadi turut diceritakan kepada gadis ini. Bagi dia, walaupun tidak sempurna mana keluarga Ardina tetapi Ardina lebih beruntung daripadanya. 

Air mata yang ingin jatuh segera diseka dan kepalanya dirapatkan kepada Ardina. “Dah siap salin ke belum? Aku bosan ni Dina,” 

“Dah nak siap ni,” Ardina terus menyalin dengan cepat kerana tidak mahu rakannya itu berasa keseorangan. Selesai sahaja menyalin, buku tulis Qayra terus dikembalikan semula. 

“Aku baru teringat, ada benda aku nak cerita dekat kau ni,” Qayra terus berkata dengan nada teruja. Sebenarnya sudah beberapa hari dia menyimpan cerita ini tetapi dia sering terlupa untuk bercerita kepada Ardina. 

“Ha ceritalah. Aku pun dah tak ada mood nak buat kerja sekolah ni,” 

Qayra terus tersenyum sebelum dia bersuara kembali. “Nak tau tak? Semalam aku ada text dia, lepastu dia ada cakap macam ni dekat aku. Dia nak relationship yang lagi kuat daripada sekarang. Pastu aku adalah kan tanya Dhira apa yang si dia tu nak sampaikan…”

“Pastu Dhira cakap apa?” wajah Qayra yang masih dengan senyuman itu dipandang dengan rasa ingin tahu.

“Dhira cakaplah yang dia maybe nak rapat lagi dengan aku lah kot sebab nak share cerita dia kan? Pastu Dira boleh tanya pula dia tu nak special relay dengan kau ke? Tapi weh cara dia bagi ayat tu kan macam kau faham tak, dia macam entahlah aku nak explain pun aku tak reti weh,” cerita Qayra pendek.

Wajah masam Qayra dipandang serius. “Kau jangan letak tinggi sangat harapan dekat dia sebab bila nanti dia pergi kau yang akan sakit,”

“Aku tahu,” 

………………………

PULANG sahaja daripada sekolah, Qayra terus membawa diri ke dalam bilik tidurnya untuk menyalin pakaian. Telefon pintar yang berada di atas meja terus diambil dan dihidupkan. Aplikasi WhatsApp terus dibuka dan mesej seseorang yang berada di atas sekali terus ditekan. Dia dah balik dari sekolah atau belum eh? Soal hatinya.

         Orang dah balik… - Qayra

Mesej terus dihantar kepada seseorang yang berada di sana. Entah mengapa dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berasa selesa dengan lelaki ini. Telefonnya diletakkan semula di atas meja sebelum dia keluar daripada bilik untuk ke dapur. 

“Ibu masak apa harini?” soal Qayra sewaktu melepasi bilik tidur orang tuanya yang berdekatan dengan bahagian dapur. Tudung saji terus dibuka sedikit dan senyuman terus menghiasi wajahnya. Makanan kegemaran dia. Dia terus bergerak ke arah rak pinggan dan sinki untuk membasuh tangan.

“Ayam masak asam pedas. Ambillah dekat bawah tudung saji tu,” Puan Qaidah hanya menjawab ringkas.

Qayra terus mengambil nasi dan lauk yang dimasak dan diletakkan di atas pinggannya sebelum dia menutup semula beberapa jenis lauk yang berada di atas meja menggunakan tudung saji. Dia melangkah semula ke arah sinki untuk mengambil cawan dan sudu yang diletakkan di tepi sinki tersebut. Air milo ais dibancuh dan dibawa sekali bersama pinggan yang sudah berisi lauk ke dalam biliknya.

Telefon dicapai dan dihidupkan. Baru sahaja dia ingin menekan butang aplikasi Youtube untuk menonton cerita, pesanan ringkas daripada seseorang muncul di notifikasinya. Senyuman manis terus muncul di wajah melihat pesanan tersebut. Cepat-cepat dia membalas pesanan tersebut kerana tidak mahu si dia di sana menunggu lama.

…………………….

MOTOSIKAL yang ditunggangnya untuk ke sekolah diparkir di hadapan rumah. Kasut sekolah yang tersarung terus dibuka dan diletakkan di rak kasut sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus berjalan ke arah tangga yang berdekatan dengan pintu untuk naik ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. 

Pintu bilik dibuka dan beg sekolahnya terus diletakkan di atas kerusi. Telefon pintar yang dibawa ke sekolah terus dikeluarkan daripada kocek seluar. Telefon terus dihidupkan dan pesanan ringkas yang dihantar seseorang terus dibuka. 

       Orang baru balik- Hareez

Selepas mesej dihantar, dia terus mematikan telefonnya dan dia terus berlalu ke tandas untuk membersihkan diri. 

Selesai membersihkan diri, dia terus mengambil telefonnya dan keluar daripada bilik tidur untuk mengisi perutnya yang lapar di dapur. Langkahnya terus terhenti di hadapan bilik orang tuanya. Sejak dia pulang tadi dia rasa yang rumah itu kosong lalu pintu bilik tersebut diketuk beberapa kali sebelum dibuka. Kosong.

“Patut sunyi aje, takde orang rupanya,” pintu bilik kembali ditutup dan langkahnya kembali diatur. 

Turun sahaja daripada anak tangga terakhir bukan dapur yang dituju melainkan sangkar kucing yang diletakkan diluar rumah menjadi tujuan. Sangkar kucing dibuka dan salah satu daripada beberapa ekor kucing yang berada di dalam sangkar besar tersebut diambil dan dibelai.

“Kan seronok kalau aku dapat jadi kau kucing. Tak payah nak semakkan kepala dengan fikir masalah. Kau mengiau sekali saja orang dah datang kalau aku ni panggil orang belum tentu orang nak datang dekat aku. Kau nak tahu kucing siapa aku jumpa dekat sekolah tadi?” dia terus menyoal sambil memandang mata kucing putih ditangannya.

“Meow…” kucing tersebut terus berbunyi seolah-olah dia faham dengan apa yang baru ditanya oleh Hareez tadi.

Hareez terus tersenyum kecil. “Aku jumpa dia dekat sekolah tadi. Aku tak tahulah kenapa banyak laluan dekat blok tu depan kelas aku juga yang dia nak lalu. Aku benci dia, kau tahu tak? Dah lama aku tak nampak dia, harini boleh pula dia muncul,” dia terus meluah walaupun dia tahu yang kucing itu langsung tidak memahami kata-katanya.


“Sudahlah cing. Masuk balik dalam sangkar kau. Aku nak pergi makan dulu,” kucing itu terus dicium sebelum dia kembali masukkan semula kucing tersebut ke dalam sangkar.

/_/_/_/_/_/_/
jangan pernah menganggap seseorang itu baik hanya disebabkan kita dilayan dengan baik. mungkin itu cara dia menghargai orang yang sudi berkawan dengannya...

assalamualaikum hai semua.. okey tak chapter ni?? sorry okey kalau ada kurang.. thank you sudi bacaaa :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience