PROLOG II…
MASA lalu itu lebih indahkan? Lebih bermakna sehingga tiada yang mampu untuk menggantikan tempatnya. Lebih-lebih lagi andai masa lalu itu adalah yang pertama untuk setiap perkara yang pernah terjadi dalam kehidupan manusia. Masa hadapan yang lebih baik pun tidak mampu untuk melawan. Orang kata masa hadapan itu adalah pemenang daripada semua masa yang ada kerana masa depan itu lebih bahagia. Bagi dia antara masa lalu dan masa hadapan dua-dua adalah pemenang kerana semua yang berlaku adalah takdir dan ketetapan yang telah Allah SWT aturkan untuk kita yang bergelar hambaNYa.
“Termenung?” Zafirah terus menegur apabila melihat sahabatnya seakan-akan berada dalam dunianya yang tersendiri.
“Kau teringat dekat dia ke?” dia tahu yang sahabatnya ini masih menyimpan seseorang dalam hatinya sejak dahulu walaupun hadirnya tidak pernah dihargai. Walaupun dia sudah tidak mendengar apa-apa berita tentang lelaki itu lagi tetapi dia tahu gadis di hadapannya ini tidak akan pernah melupakan si dia yang entah berada di mana sekarang.
Qayra sekadar memberikan senyuman segaris. Senaskah novel yang berada di tangan diletakkan di atas meja. Fokusnya ingin membaca terganggu di saat kenangan lama datang menjengah. Entah mengapa kenangan itu terlalu sukar untuk dihapuskan.
“Macam tak percayakan sudah sepuluh tahun aku sayangkan dia. Sayang yang tidak akan pernah terbalas sampai bila-bila,” wajah Zafirah dipandang. Sahabatnya ini sentiasa ada bersamanya sejak dahulu dan menjadi saksi setiap apa yang berlaku dalam hidupnya.
“Boleh aku tanya kau sesuatu Qay? Kenapa sampai sekarang kau masih sayangkan dia? Kau tak pernah terfikir ke apa yang kau buat ni semuanya hanya sia-sia?” Zafirah berhati-hati dalam memberikan pertanyaan. Dia tidak mahu sahabatnya ini berasa tersinggung dengan pertanyaannnya.
Bukan Zafirah tidak tahu sejak daripada zaman sekolah sehingga sudah bekerja sudah berapa ramai lelaki yang mahukan Si Qayra ni. Ada yang kaya, ada yang baik lengkap sekali pakej suami mithali tetapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh si gadis ini. Apabila ditanya mengapa hanya satu sahaja jawapan yang diberi, dia tidak berminat untuk bercinta lagi tetapi dia tahu yang gadis itu hanya sekadar beralasan.
Qayra hanya mengangkat bahu. “Aku sendiri tak tahu kenapa sampai sekarang aku masih sayangkan dia dan untuk pengetahuan kau, aku tak pernah rasa apa yang aku buat semuanya sia-sia. Kau jangan risau ya sebab bila aku dapat tahu yang dia sudah pun berpunya aku sendiri akan undurkan diri,”
“Kau masih ada nombor dia kan? Kau taknak try contact dia balik? Mana tahu dia pun sekarang ni tunggu kau mesej dia balik walaupun hanya sekadar bertanya khabar,” Zafirah terus memberikan cadangan. Dia tahu yang Qayra masih mengikuti perkembangan lelaki itu di media sosial walaupun sekarang ini mereka berdua hanya sekadar dua orang yang pernah saling menyapa dan kini sudah menjadi asing.
“Mustahil kata-kata kau tu Zaf. Dia hanya menunggu masa lalu dia untuk mesej dia semula bukannya aku. Taknaklah aku menganggu ketenangan dia lagi,” Qayra terus menolak walaupun hatinya bersetuju.
Zafirah terus mengeluh. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham apa yang gadis itu mahukan sebenarnya. Disuruh untuk berhubung semula tidak mahu tetapi jika bertanya berkenaan lelaki itu daripada A sampai Z semua Qayra tahu.
“Kalau macamtu sampai bila kau nak tunggu dia?”
“Sampai Allah tarik balik rasa sayang yang ada untuk dia ni daripada hati aku sebab Dia yang hadirkan rasa sayang ni sejak dulu,”
/_/_/_/_/_/_/
-bodohnya dia kerana masih menyimpan suatu nama yang terang lagi bersuluh sudah membuang dia jauh. bodohnya dia kerana setia menyayangi seseorang yang masih berada dalam kenangan silam-
assalamualaikum semua readers.. okay tak chapter kali ini?? apa apa pun tinggalkan banyak banyak komen tauuu.. hehe
Share this novel
next episode