BEBERAPA TAHUN BERLALU...
ISA SETH memandu kereta Lamborghini Aventador kuningnya memasuki tempat letak kereta Kondominium Kota Sri Mutiara. Dia sudah bergegas ke sini setelah mendapat panggilan daripada Nadia. Temu janji dengan Nadia tidak boleh dilenggahkan, nanti merajuk pulak gadis itu.
Nadia, gadis cantik dan bergaya yang ditemuinya tahun lepas ketika tiba dinegara ini. Bukan sekadar suka-suka namun, kehadiran Nadia seakan memberi ruang untuknya melepaskan segala penat resah seharian bekerja. Nadia seorang gadis yang menarik, gadis itu pandai mencari topik perbualan untuk mereka ketika bertemu. Jadi sehingga ke hari ini, dia masih lagi terikat bersamanya.
Sampai saja di kondominiumnya tingkat lapan, Isa senyum manis melihat Nadia yang sedang leka menonton televisyen disofa. Gadis itu memiliki kunci pendua dan sering ke sana jika ada urusan antara mereka. Urusan apa, Isa tertawa kecil. Hubungan yang sudah melebih batas agama dan noda.
"Hi baby, sorry I'm late." Isa kucup jemari Nadia.
"You selalu macam tu, asyik lambat je. Ingat I tunggul?" rajuk Nadia dengan manja.
"Sorrylah, I ada tadi. Baru lepas jumpa client. You nak dinner dulu?" Isa bertanya dengan nada suara yang lebih menggoda.
"I dah pakai cantik-cantik ni, takkan you tak nak bawak I keluar dinner sayang?" Nadia usap dada Isa dengan jari telunjuk miliknya.
Isa masih tersenyum. Dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya status hubungan mereka. Hendak dikatakan pasang kekasih, jauh sekali. Nadia sudah mempunyai tunangan dan bakal berkahwin. Dia juga menggunakan gadis itu untuk melepaskan nafsu di atas katil.
Jadi mungkin, hubungan mereka sekadar berlandaskan nafsu semata-mata. Malah, hubungan intim mereka juga dimulai oleh gadis itu sendiri.
"Okay I get it. Kita nak makan dekat mana?" Isa memujuk.
"Mana-mana pun tak apa, asalkan ada you I tak kisah." Nadia mula berbisik manja.
Isa tertawa kecil. Licik, ya. Dia akui, sikap Nadia memang menarik perhatiannya. Rugi pulak membiarkan gadis ini bertunang awal tahun ini, kalau tidak pastinya Nadia akan menjadi 'mainan' terbaik yang pernah dia ada.
"Or...you have something else in mind?" Nadia menduga.
"Ya ke...apa tu?"
Hati Nadia sudah berlagu riang. Lelaki ini sudah berada di dalam genggam tangannya. Tidak sesekali dia lepaskan. Terasa bangga dengan pengaruhnya terhadap anak muda kaya seperti Isa Seth. Nadia bangun berdiri seraya menarik tangan Isa menuju ke dalam bilik tidur. Dan sekali lagi, mereka hanyut dalam lautan dosa. Hubungan yang berlandaskan nafsu serakah semata.
--
"YOU dah nak balik ke?" tanya Nadia yang masih berbungkus dalam selimut.
Matanya memerhati Isa yang sedang memakai kemeja hitam itu semula. Lelaki itu memang seperti angin, dia ada tetapi tidak mungkin bersama selamanya. Selalu saja Isa meninggalkan dirinya sendiri ketika hajatnya sudah tercapai. Seperti sekarang, lelaki itu sudah mahu pergi.
"I kena balik, budak-budak call tadi. Ada hal." jawab Isa sambil memakai stokin.
"Next time tinggal lama sikit. Tidur sekali dengan I ke? Ini tidak, bila I bangun je...you tak pernah ada," rajuk Nadia.
"Tengoklah macam mana. You sendiri tahu kerja I tak macam orang lain. I gerak dulu." Isa usap pipi Nadia sebelum berjalan keluar dari bilik.
Nadia sekadar berbalas senyuman. Selimut ditarik menutupi kepala. Dia mahu sambung tidur. Sudah tengah malam, lebih baik dia tidur. Paling kurang, besok Isa akan mencari dia lagi. Nadia senyum bangga.
-----
SUASANA kelab malam yang nampak riuh dengan orang ramai. Rancak, penuh dengan jeritan dan kegembiraan orang disana. Arak, judi, maksiat, semuanya jelas terpampang didepan mata. Ashkin beristighfar beberapa kali, rasa bersalah dan berdosa sudah ke sana tanpa usul periksa.
Gadis-gadis yang dibawa masuk dari tadi sedang berjalan melintasi ruangan utama. Bilik-bilik khas yang menempatkan para pelanggan nampak 'meriah' dengan pelbagai ragam manusia.
Kenapalah dia disini? Semua kerana ingin mencari wang. Kesempitan hidup yang dia alami buatkan dia terpaksa memilih jalan lain. Walaupun jalan yang tidak sepatutnya, dia rela. Demi hidup mewah yang dia inginkan.
VVIP. Papan tanda kecil yang melekat dipintu paling hujung dibaca. Seorang lelaki berbadan besar menolak pintu bilik itu sehingga terbuka luas. Mereka semua melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Tidak tahu apa yang sedang menunggu dan apa yang berkemungkinan berlaku.
"Hello ladies, welcome. It was such a lovely day, huh?" seorang lelaki memakai kemeja hitam sedang berdiri ditepi tingkap.
Memakai sarung tangan hitam, seluar jeans hitam ketat dan berbadan tegap. Dari kesamaran lampu bilik, Ashikin masih sedang cuba memerhati siapa gerangan lelaki yang menjadi 'ketua' disana.
"Nak kerja dekat sini mudah. Cepat kaya and the most important part is...there's no turning back. Kalau antara you guys semua dekat sini nak patah balik, sila keluar." seorang lelaki rendah bersuara. Ditangannya ada helaian kertas putih, seakan nama mereka semua yang sedang disemak satu persatu.
"Kitorang kerja apa?" seorang gadis berani bertanya.
Lelaki rendah itu ketawa sinis. Hidung yang tidak gatal digaru-garu.
"Kau tengok kau dekat mana sekarang? Kelab malam. Tempat haram. Atau kau nak aku cakap lagi?" sinis, kejam dan menakutkan.
Gadis-gadis itu menunduk. Masing-masing mula resah. Ashikin menahan sabar. Dia tahu, ada 'sesuatu' yang tidak kena disini. Perkerjaan yang tidak sepatutnya mereka terima, sedang dianalisa.
"Kerja dekat sini, korang akan cepat kaya. Lagi bagus kalau ada rupa yang baik. Sebab tu aku cakap, orang yang cantik je boleh kerja sini. Kerja kau orang senang, jual diri. Layan pelanggan and kalau perlu..." Lelaki rendah itu ketawa lagi.
"Ada sesiapa nak tarik diri?" lelaki berbadan besar itu bersuara.
Dua orang gadis berundur setapak. Tidak sempat mereka melangkah keluar, bunyi tembakan kedengaran kuat. Gadis-gadis yang lain sudah menjerit ketakutan. Tembakan yang dilepaskan dari dia. Ya, 'ketua' yang nampak kurang sabar dari tadi.
"Tak payah banyak bunyi. Kau semua yang rela hati datang, dah ambik duit pendahuluan sepuluh ribu...lepastu senang-senang nak lari?" Si ketua sudah tertawa perlahan.
"Kau orang akan aku jual untuk dijadikan pelacur. Suka atau tidak, terima. Sebab kau orang yang rela hati datang meminta, bukan sebab dipaksa. Sekarang baring!" arahnya dengan tegas.
Siapa? Siapa dia? Wajah yang masih tidak kelihatan dibawah kesamaran lampu malap.
"Kenapa kena baring?" Ashikin beranikan diri untuk bertanya.
Lelaki itu semua ketawa melihat sikap 'polos' yang mereka tunjukkan.
"Aku kena check sama ada kau semua masih perawan atau tidak. Oh lupa, orang kampung macam kau semua takkan faham. DARA. Kau semua faham maksud aku? Sekarang baring, aku sendiri akan check." tegas lelaki itu sekali lagi.
Gila. Ini kerja gila. Mereka semua dipaksa berbaring sebelum diikat dengan tali. Lelaki itu hanya menarik sarung tangan hitam ditangan. Wajah bengis yang kelihatan nampak tenang, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Ashikin pejamkan mata serapat yang boleh. Airmatanya menitis laju. Dia...tidak boleh berpatah balik. Semua sudah terlambat. Janji manis yang mereka katakan kepada orang-orang kampung...ternyata tipu belaka.
Haii, asalamualaikum semua. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah. Saya harap karya saya kali ini ada banyak penambahbaikan dan diterima baik. Terima kasih sekali lagi, saya hargai sangat. Terima kasih orang-orang baik ❤️
Share this novel