RAEL menghampiri basikal warna biru milik Nuha Helena. Dikeluarkan kesemua angin dari tayar-tayar itu. Anas sudah ternganga.
"Woi, gila! Kau kenapa?! Basikal siapa ni?!" Anas sudah cemas.
"Ini basikal senior perasan bagus tu. Elok aku tak bersalah, dia tuduh aku pengedar dadah! Ini balasan untuk senior berlagak pandai macam dia! Puas hati aku!" Rael tersenyum puas melihat kedua-dua tayar basikal yang sudah kempis.
Itulah siapa suruh cari pasal dengan dia? Kan dah mendapat? Berani Nuha tuduh dia pengedar dadah? Nasib baiklah ada bukti lain, kalau tidak? Ke tali gantung jawabnya!
"Kau ni! Kalau Cikgu Hasrol nampak macam mana?!" mata bundar Anas meliar memerhati sekeliling. Risau kalau-kalau guru disiplin itu tiba-tiba saja munculkan diri.
"Kau sendiri tahu kan, dia pedajal aku? Aku tengah sakit hatilah ni!"
"Kau ni, Rael! Elok je pengetua yayasan tu keluarkan kau dari balai, kau buat macam ni eh? Kalau kantoi macam mana?"
"Benda ni takkan kantoi kalau kau duduk diam-diam! Senyap!" Rael tayang muka bangga. Puas hati dia!
"Aku takutlah! Kau dah suruh aku warning Nuha, aku dah buat! Ni apa pulak? Kau tengah balas dendam ke?" Anas sudah gelabah semacam.
"Kau ni, relax. Aku tahu apa aku kuat. Sini..!" Rael tarik Anas supaya bersembunyi dibalik bangunan. Mereka berdua saling berpandangan kemudian menoleh ke arah sama.
Nuha Helena sedang berjalan ke arah basikalnya. Budak perempuan itu nampak cukup tenang melihat tayar basikalnya yang sudah kempis sebelum bercekak pinggang. Rael yang meluru keluar, Anas pulak dah berlari masuk ke dalam bangunan semula. Ceh, penakut!
"Kakak Nuha! Apa khabar?" tegur Rael dengan senyuman.
Ceh. Kedekut nak senyum betul perempuan ni.
"Kau buat apa dekat sini? Bukan kau sepatutnya dekat..."
"Balai polis? Oh, itu." Rael mendekat setapak. Memandang budak perempuan itu dari atas sehingga ke bawah. Not bad, taste dia jugak ni. Lagi cantik rupanya kalau pakai pakaian sukan.
"Aku tak bersalah jadi polis lepaskan aku. Kau tak rasa bersalah?" Rael pandang wajah cemberut Nuha.
"Nak rasa bersalah buat apa? Memang kau yang salah kan?"
"Kalau aku salah...aku takkan balik sekolah sini. Kau nampak aku? Ke...kau tengah berhalusinasi?" Rael sentuh kepala budak perempuan itu sebelum tangannya ditepis kasar.
Kecik je form five ni. Tak cukup calcium ke apa?
"Jangan sentuh akulah. Kau bersalah ke...tak bersalah ke...apa kaitannya dengan aku?" Nuha pandang budak lelaki itu.
Kemas, bersih dan paling penting muka dia. Yeah, dia dah faham sekarang kenapa ramai junior dan senior gilakan Rael. Handsome, cute...eh? Dia bukan pengedar dadah ke?
"Ada kaitanlah! Kau report pasal aku! Maruah aku dah tercalar sekarang ni kau tahu tak?"
"Kisah pulak aku?"
"Kau ni..." Rael tarik tangan Nuha dengan kasar. Memang menguji kesabaran kalau bercakap dengan dia ni. Muka je cantik, perangai macam shyton!
"Rael! Kamu buat apa tu?!" sergahan dari guru lelaki buatkan Rael menjauh. Laju saja dia menjarakkan diri. Ini kalau kantoi, mampus!
"Tak adalah cikgu, mana ada saya buat apa-apa? Saya tolong Nuha ni, basikal dia pancit!" balasnya sambil tersengih.
Guru lelaki itu mengangguk sebelum berjalan pergi. Nuha pulak selamba ambil basikal yang dah pancit untuk dibawa pulang.
"Nuha! Aku tak habis cakap lagi." Rael mengejar budak perempuan itu. Handled basikal dipegang kejap, dia tidak mahu Nuha Helena melarikan diri.
"Kejap." Nuha mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar. Kertas panjang warna merah, lima helai kesemuanya.
"Nah, ambik. Ini yang kau nak kan? Bolehlah guna ubat untuk sapu dekat muka kau yang dah teruk tu. Kena belasah ke?" Duit kertas itu bertukar tangan.
Rael tergamam. Tak boleh nak jawab dah. Lima puluh ringgit. Mak ai, banyak duit budak ni! Dia berpusing sebelum mengetap bibir. Dia bukan nak duitlah! Ayat terakhir Nuha buatkan dia tidak mampu membalas. Tangannya menyentuh kesan lebam dibahagian tepi bibir.
Aduh, sakit. Kenapalah aku lupa pasal ni?!
-----
"MACAM mana dengan sekolah harini? Kau buat hal lagi?" tanya Abdullah sebaik saja tiba dipejabat.
Budak lelaki yang masih dengan seragam sekolah menggeleng pantas. Abdullah sangkut blazer yang dipakai sebelum duduk dikerusi. Wajah cemberut anak itu dipandang.
"Kalini kenapa pulak? Kau, Anas, Qabil,Rizqi, siapa yang buat perangai kalini?" tanya Abdullah lagi.
"Tak ada sesiapa buat perangai. Semua ok. Cuma..." Rael hulur duit kertas.
Abdullah pandang budak lelaki itu. Lima puluh ringgit. Dari mana dia dapat?
"Dari mana kau dapat? Mencuri lagi?" soalnya sambil melipat lengan kemeja.
Rael menelan air liur. Rasa takut sedang menerpa diri. Dia masih cuba berlagak tenang.
"Ini... Duit... Duit..."
"Duit siapa?!" meja kayu itu dihentak kuat.
"Duit daddy! Duit daddy. Rael... Rael... Haritu Rael terambik." beritahu Rael sambil menunduk.
"What?" Abdullah semakin hilang sabar.
Rotan buluh segera dicapai. Dia berdiri tegak sambil tersenyum sinis.
"Kau cakap betul-betul kalini, berapa kau ambik?"
"Tak banyak pun. Dua ratus je... Rael... Rael guna beli ubat untuk Rizqi. Nanti Rael bayar balik! Rael janji!" Rael separuh merayu.
Lelaki berwajah bengis itu hanya menatap dirinya dengan tajam. Rael menunduk. Perlahan saja dia meletakkan beg sekolah di atas kerusi sebelum mula melutut dilantai.
"Rael tahu... Rael salah. Tapi jangan pukul diorang semua. Diorang... Diorang tak salah!"
"Kau mencuri duit aku. Jual dadah dekat sekolah...lagi kau nak back up orang lain? Kalau kau rasa bersalah, kau takkan buat macam ni!" Libasan kuat seperti angin mengena belakang Rael.
Zap! Zap! Keperitan dibelakang badannya tidak dapat digambarkan lagi. Rael rasa macam nak tercabut isi kulit sendiri. Sakit yang teramat sangat sewaktu rotan buluh itu hinggap ke kulit.
"Rael mintak maaf, daddy! Rael mintak maaf!"
"Diam!" suara keras Abdullah menambahkan lagi rasa kecut perut.
"Berani kau mencuri duit aku kan? Tak cukup kau jual dadah, sekarang kau mencuri? Ni duit siapa pulak kau curi ni?!" duit kertas itu bertaburan dilantai.
Buk! Buk! Kalini penumbuk pula yang singgah ke perutnya. Sungguh dia tidak pernah menyangka, orang yang dia anggap seperti bapa ternyata begitu kejam. Kejam! Perut yang semakin sakit terasa senak. Rael pejamkan mata serapat yang boleh.
Cukup! Cukup! Cukup!!!
Share this novel