7 SEPTEMBER 2013
KRING!!!
Loceng waktu rehat berbunyi kuat. Para pelajar sudah berpusu keluar dari kelas masing-masing. Mereka semua sudah menuju ke arah kantin untuk membeli makanan. Ada juga yang menuju ke arah perpustakaan dan ada yang masih tetap di dalam kelas.
Matanya memerhati pelajar-pelajar yang sedang lalu lalang. Perut yang sudah lapar mula berkeroncong. Kenapalah dia dekat sini?
"Hah! Tengok apa tu? Tak sudah-sudah buat masalah kau ni! Kalini apa pulak? Berani kau jual dadah dekat sekolah?!" herdikan Cikgu Hasrol tidak dipedulikan.
Malas nak fokus. Bukan salah dia, salah orang lain. Elok je dia buat kerja sebelum ni, tiba-tiba terus 'ter'kantoi. Leceh.
"Rael! Kau dengar tak apa cikgu cakap?!" Cikgu Hasrol ketuk rotan ditangan budak lelaki itu.
Rael. Budak lelaki berumur tiga belas tahun. Pelajar pindahan yang baru sahaja berpindah awal tahun lepas. Harini, dah kantoi buat masalah. Bukan masalah disiplin biasa, ini dah kes berat!
"Rael! Cikgu cakap dengan kau ni!" Cikgu Hasrol semakin hilang sabar.
"Cikgu susah-susah nak siasat saya kenapa? Sebab budak pendek ni buat laporan? Dia ada bukti ke? Ada nampak benda tu saya punya? Tak ada, kan?" balas Rael yang duduk menegak.
Pelajar perempuan tingkatan lima. Pendek, kecik, tudung serabai dan paling menyakitkan hati...pengawas sekolah. Inilah 'senior' yang suka sangat kacau aktiviti harian dia.
"Bukti dah ada, Rael. Budak-budak sukan tu pun dah mengaku, yang kau jual dadah dekat diorang semua. Apa lagi yang kau nak nafikan?!"
"Setakat budak-budak sukan, apalah sangat! Diorang semua pun, merokok, hisap gam, cikgu tak ambik port pun? Ini kes dadah, apasal nak kecoh?"
"Rael!"
Rael diam. Bibirnya mencebik tanda protes. Pengawas sekolah yang masih berdiri disebelahnya hanya diam. Nak tunjuk hero konon. Tunggu aku balas.
"Cikgu dah buat report polis. Diorang akan sampai tak lama lagi. Kalau disabit kesalahan, kau boleh dibuang sekolah. Kau nak benda tu?"
Senyap. Langsung tak menjawab.
Cikgu Hasrol mengeluh. Penat jugak melayan kerenah Rael. Rupa kacak tapi sayang, hidup dalam keluarga bermasalah.
"Cikgu tak dapat hubungi mak ayah kau. Kau ada tahu number telefon diorang? Mana tau tukar number baru ke?"
"Berapa kali saya nak cakap, saya tak ada mak ayah?" nada suaranya bergetar.
"Ok fine. Cikgu call rumah yayasan yang awak duduk. Mintak diorang datang sekali."
"Call jelah, itu pun kecoh. Cikgu memang suka tengok saya kena buang lepastu hidup merempat kan?!"
"Habistu apasal kau jual dadah?!"
Dua orang lelaki itu saling berpandangan. Renungan tajam Rael menyesakkan dada. Cikgu Hasrol berdehem beberapa kali sebelum membetulkan duduk. Kepalanya digeleng perlahan.
"Nuha. Terima kasih sebab bagitahu cikgu pasal ni. Awak boleh balik kelas,"
"Baik, cikgu."
Nuha. Rael berpusing lalu membaca tanda nama yang melekat ditudung budak perempuan itu. NUHA. Bibirnya dicebik sekali lagi.
"Jangan lupa. Lepasni kalau jumpa aku, cakap dekat cikgu aku membunuh pulak!" sindir Rael sebelum menendang kaki Nuha.
Pelajar perempuan itu jatuh terduduk. Sempat lagi dia menjeling tajam. Rael tayang muka tak bersalah. Itu baru sikit, belum masuk rasa sakit hati dia.
"Rael, duduk. Kita tunggu polis sampai." arah Cikgu Hasrol.
"Kalau saya pergi kantin dulu boleh? Lapar." pintanya sambil tersengih.
"Ah, takda. Kau duduk sini, jangan nak mengada reka alasan! Kau tu suka buat masalah! Nanti tak pasal-pasal lari sekolah pulak! Duduk situ!" tegas Cikgu Hasrol.
Lambat-lambat Rael duduk disofa. Lehernya dipanjangkan melihat budak perempuan tadi. Tak pergi kantin? Terus meluru ke dalam kelas. Eleh, nak acah pelajar cemerlang lah tu!
"Rael. Kenapa kau buat macam ni? Pelajaran kau elok sangat, cemerlang. Kau boleh bersaing dengan lebih tapi kenapa pilih jalan ni?"
"Jalan apa, maksud cikgu?"
"Ini..." Cikgu Hasrol ketuk plastik yang ada di atas meja.
Serbuk putih yang nampak seperti tepung. Rael ketawa sinis. Malas nak ingat kenapa dia jual benda tu. Dah nama pun duit, kenalah buat jugak!
"Kalau saya jual dadah sekalipun, apa cikgu peduli? Hidup saya, suka hati sayalah!" ujarnya.
"Kau ni, memang tak ada kesedaran. Dadah ni boleh rosakkan diri kau!"
"Saya bukan penagih, saya cuma jual."
"Pengedar dadah boleh dihukum gantung kau tahu tak? Kesalahan kau berat ni!"
"I don't care. Kejap lagi kalau pengetua yayasan saya sampai, cikgu tutup mulut rapat-rapat." pesan Rael sebelum menyilangkan kedua kaki.
"Kenapa nak tutup mulut?" Cikgu Hasrol tak faham.
"Saya bukan apa, risau kalau tangan dia yang lagi laju daripada mulut cikgu." balas Rael sambil ketawa.
-----
NUHA pandang pelajar lelaki yang sedang berjalan melintasi koridor utama itu. Rael, pelajar cemerlang yang ditangkap kerana menjual dadah. Kedua tangannya digari sebelum berjalan bersama dengan dua orang anggota polis.
Disaat Rael ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta, dia sempat menoleh sebelum tersenyum padanya. Nuha cuak. Eh? Dia pandang aku?
Air liur yang ditelan terasa kelat. Perit, pahit. Rasa macam dia dah buat satu kesalahan paling besar dalam hidupnya. Baru sekarang dia terfikir, betul ke dadah tu Rael yang punya? Sebab dia cuma terjumpa sekeping nota kecil yang meminta dirinya untuk ke sana. Sampai sahaja, pelajar lelaki itu sedang memegang paket kecil berisi serbuk putih. Itu...dadah.
Takkanlah dia nak duduk diam? Mestilah dia harus melaporkan perkara begitu kepada guru bertugas kan? Ya, dia tidak salah. Lagi satu, kalau polis tahu Rael tidak bersalah...pelajar lelaki itu pastinya akan dilepaskan tidak lama lagi.
Perasaan bersalah merasuk diri. Rael anak yatim piatu. Jadi bagaimana dia hendak menyelesaikan semua masalah itu?
"Baru sekarang nak rasa bersalah?" seorang pelajar lelaki memeluk bahunya dari arah belakang.
Nuha menepis kasar. Biadap. Matanya menjeling tajam pada sekumpulan pelajar yang sedang berdiri dibelakangnya.
"You know what, Nuha Helena? Kau takkan terlepas. Kau ingat Rael akan lepaskan kau? Kau sebenarnya...tengah menempah maut," bisik Anas.
"Aku tak takut! Aku tak takut langsung! Aku buat benda betul, kenapa aku nak takut?" balas Nuha dengan kasar.
Sekumpulan pelajar itu mentertawakan dirinya. Masing-masing menggeleng kepala perlahan.
"Kau sepatutnya kesiankan diri kau, Nuha. Bukan kesiankan Rael. Kau tahu dia anak yatim piatu, kau sepatutnya bagi muka dekat dia. Ini tidak, dia dah nak masuk kereta polis pun, baru kau nak rasa bersalah?" Nuha gigit bibir sendiri.
Sindiran sinis daripada Anas buatkan dia rasa takut. Ya, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Sekumpulan pelajar yang sedang menatap tajam padanya sedang tersenyum sinis. Mereka, ya...mereka semua ini kawan-kawan Rael.
"Tak apalah. Simpan takut kau tu. Nanti kalau ada masalah, kau jangan salahkan Rael pulak! Dia kan dekat dalam penjara? Entah-entah masuk tali gantung terus?" Anas ketawa lagi.
Nuha diam, senyap tidak membalas. Dia hanya memandang pelajar itu yang berjalan pergi. Sesekali dia menarik nafas sebelum dihembus perlahan.
"Nuha."
Badannya berpusing ke arah belakang sekali lagi. Siapa yang memanggil dirinya?
"Nuha! Sini. Sini." seorang pelajar lelaki melambaikan tangan.
Nuha senyum lebar. Akif, sahabat baik yang sudah menunggu ditangga. Kakinya laju berjalan menghampiri budak lelaki itu.
"Kau buat apa dengan Anas tadi? Dia kacau kau ke?" soalnya sambil memerhati sekeliling.
"Taklah. Dia saja tegur aku."
"Bukan sebab Rael?" Nuha senyap.
"Aku dah pesan, jangan berani sangat. Kalau apa yang kau report tu salah, macam mana? Kau tak rasa kau dalam bahaya? Kau tahu tak yang Rael tu..."
"Akif. Aku tak takut. Aku tak risau pun. Aku tahu, dia salah. Aku tak peduli lah apa orang cakap pasal dia. Aku boleh jaga diri aku sendiri," balasnya sebelum berjalan pergi.
Kenapalah semua orang takut dengan Rael? Budak lelaki berbadan kecik macam tu pun orang takut? Hey, umur mereka berbeza banyak lagi. Setakat budak-budak macam tu, apa nak dirisaukan?
"Nuha! Nuha! Aku tak habis cakap lagi!" laung Akif sambil mengejar dirinya.
Share this novel