"KITA nak buat apa sekarang? Tengok Rael, dia dah teruk sangat tu. Nak bawak dia pergi klinik tak?"
"Tapi kita mana ada duit?"
"Duit biasiswa kau dengan Rael mana?"
"Daddy ambik!"
Anas, Qabil, Rizqi saling berpandangan. Mereka pandang Rael yang tengah tidur merekot. Kesan birat dibelakangnya nampak teruk. Terluka dan berdarah. Bilik tidur yang semakin suram itu masih tidak ada penghuni lain. Kesemua sudah diambil oleh penjaga baru dan sekarang hanya tinggal mereka.
"Boleh tak kalau kita report polis? Cakap yang daddy dera kita semua?" cadang Rizqi.
"Kau gila? Kau nak kena macam Rael kena ke? Kau sanggup tengok Rael kena lagi?" Anas tolak bahu Rizqi dengan kuat. Tidak suka dengan cadangan itu. Dia bukan apa, risaukan Rael. Selalunya memang begitu, apa sahaja kesalahan yang mereka buat...Rael akan menanggung segala hukuman.
"Aku tak nak tinggal lama-lama dekat sini. Aku nak keluar," Qabil sudah berdiri.
"Nak keluar pergi mana? Kita tak ada duit, kita yatim piatu. Siapa nak tolong kita? Cikgu? Cikgu sekolah pun takut dengan daddylah!"
"Betul. Tu aku sokong. Masa Rael kantoi jual dadah, kenapa dia terlepas? Sebab daddy rasuah polis tu! Dia duit banyak! Dia boleh buat apa saja yang dia nak! Rumah yayasan ni pun, sekadar untuk mengaburi mata orang luar. Yang jadi mangsa siapa, kita!"
Bunyi derap tapak kaki menghentikan perbualan mereka. Laju sahaja mereka bersembunyi dibawah selimut. Jam sebelas malam, selalunya warden akan meronda untuk memastikan mereka semua tidur. Kalau kantoi, habislah.
"Aku nak keluar dari sini. Aku nak keluar!" Qabil cuba menahan suara dari didengari warden diluar.
"Senyap. Korang nak rasa macam aku rasa ke?" suara Rael kedengaran lemah menyampuk.
Anas, Qabil, Rizqi sudah mendekati katil Rael. Mereka bertiga pandang budak lelaki yang sedang membuka mata. Kesan lebam pada badannya nampak teruk. Masing-masing mula menangis.
"Korang nangis apasal? Tak jantan lah, kalau nangis. Aku ok, masih steady." ujar Rael sambil ketawa.
"Kau hampir mati. Nasib baik warden datang, kalau tak dah lama kau mati kena pukul dengan daddy." Rizqi menangis teresak-esak. Habis segala hingus dia keluar.
"Biasalah, aku buat salah...memang kena lah. Dah, pergi tidur. Besok sekolah. Ada exam kan? Tidur. Besok aku kejutkan korang bangun awal." arah Rael.
Mereka bertiga mengelap airmata dipipi. Masing-masing berjalan ke arah katil sendiri. Katil lusuh yang keras dan busuk. Anas pandang ke arah katil Rael yang tidak jauh darinya.
"Rael." panggilnya.
"Hmm?" Rael sudah pejamkan mata. Nak tidur, dia perlukan rehat. Belakang badannya masih sakit.
"Kenapa kau sanggup hadap hukuman daddy demi kami semua?" soalnya. Qabil dan Rizqi mengangguk kepala, masing-masing mahu mendengar jawapan budak lelaki itu.
"Kau orang semua kan...adik-adik aku? Tugas aku sebagai abang jaga kau semua. Aku tak kisah siapa lahir dulu tapi aku abang kau semua. Tugas aku, untuk hadap semua hukuman daddy. Lagipun korang lemah. Korang takkan boleh bertahan kalau kena pukul dengan daddy. That's all for now. Let's sleep." ujarnya sambil ketawa hambar.
"One rules. Let's love each other more than anything." ulang mereka berempat bersama-sama.
-----
LOCENG berbunyi, menandakan waktu rehat sudah tamat. Kelihatan pelajar tingkatan lima sedang berpusu-pusu ke kantin kerana sudah tiba waktu rehat mereka. Secara kebetulan mata Nuha melihat Rael yang sedang berada di dalam kelas. Budak lelaki itu nampak lemah dan sedang tidur. Wajah pucat itu dipandang lama.
"Kau pandang siapa?" Akif panjangkan leher. Oh, itu dia. Rael, pelajar pindahan yang sedang tidur dalam kelas.
"Rael. Tidur dalam kelas. Macam tu pun boleh jadi pelajar cemerlang eh?" sinis Aktif mengutuk.
"Sekurang-kurangnya dia pandai, cemerlang dalam pelajaran. Kau? Belajar tiap hari, kacau aku...tapi still sama. Kau patut malu dengan dia." balas Nuha sebelum berjalan masuk ke arah kantin.
Entah kenapa, dia mula rasa sakit mendengar kata-kata sindiran daripada Akif. Sebab bagi dia, Rael memang tidak punya sebarang masalah. Cuma agak nakal dan gemar melakukan onar. Kejadian kemarin masih segar diminda. Kesan lebam pada wajahnya juga masih menjadi tanda tanya.
Buk. Nuha terlanggar seseorang. Pelajar perempuan tinggi yang tengah pandang dia macam. Bila dia tengok balik, oh. Patutlah. Makanan dia dah jatuh bertaburan ke lantai.
"Maaf. Saya ganti balik?" Nuha keluarkan dompet.
"Kau simpanlah duit tu. Kau ingat semua masalah boleh settle pakai duit ke?" balas pelajar perempuan itu sebelum berjalan pergi.
Terkebil-kebil Nuha ditinggalkan begitu. Aik? Kenapa pulak? Salah ke tindakan dia?
"Pedulikan dia. Itu Nadia, pelajar form five kelas belakang. Budak-budak cakap, dia girlfriend Rael. Sebab tu kut, dia tak suka kau?" beritahu Akif yang sedang duduk dimeja kantin.
"Girlfriend?"
"Yup. Budak-budak lah cakap, aku tak tahu..Rael pun tak ada declare apa-apa. Cuma diorang berdua selalu jugak lepak sekali. Nadia tu selalu ada bila Rael main bola petang-petang. Kenapa? Kau berminat nak tahu?" sengih Akif.
"Tak hingin aku dengan budak bermasalah tu!"
"Kau jangan Nuha, jangan benci sangat. Nanti ke depan kau yang sangkut dengan dia!"
"Dia? Apa je dia boleh buat? Aku kalau boleh tak nak terlibat langsung dengan orang macam dia."
"Kau tak suka dia? Muka handsome tu!"
"Tak kuasa aku. Dahlah, aku nak makan." Nuha berjalan masuk ke dalam barisan panjang ditepi sudut kanan. Barisan panjang yang sedang menunggu untuk membeli makanan. Perutnya sudah berkeroncong. Lebih baik dia makan daripada fikir benda yang tak perlu dia fikir.
Share this novel