'TAKKAN ada sesiapa perlu tahu tentang itu,' desisnya tersenyum sinis di cermin solek dalam keadaan tangan yang terdepang ke pinggir sinki. 'Dan ini termasuklah lelaki dekat luar tu.' Hatinya berbicara lagi seraya membega-begakan rambut palsu potongan Bob cut nya itu. "Aku terpaksa. Aku perlukan duit untuk menampung hidup aku di kota ini. Jika tak kerana Tan Sri tak mungkin aku boleh semewah ini semula. Sudahlah tak lama saja lagi villa itu akan dijual. Dan aku tak sangka. Benar-benar tak sangka..." Imbas kembali... "Puan Dayana. Perkenalkan ini Datin Freya isteri pertama kepada Dato' Tuan Ehsan," ujar si peguam membuatkan ...