4

Romance Series 7332

HELIKOPTER peribadi akhirnya membuat pendaratan atas padang khas berdekatan Penthouse mewah milik Tan Sri Mizal. 

Pintu di kedua-dua belah sisi pesawat tersebut, terbuka lalu sepasang kaki berseluar dengan sepasang kaki polos berstiletto bertali tinggi dikeluar lantas dijejakkan atas lantai. 

Angin yang terlalu kuat membuatkan rambut, dress kembang si wanita dan juga tali leher terselak-selak rakus. 

Mereka berdua berlari dan setelah menjauh barulah helikopter peribadi Tan Sri Mizal terapung semula.

Dalam Penthouse terutamanya di meja perbincangan, sudah dikerumuni beberapa orang kenamaan dari serata ceruk Asia.

Mereka sabar menanti akan ketibaan Tan Sri  Mizal yang baru balik bercuti dengan orang kesayangannya. 

"You nak join or nak rest?" Tan Sri Mizal menyoal setelah kedua mereka tiba di depan pintu cermin menampakkan isi dalaman yang mewah. 

"Herm… I penatlah you.  I think nak rehat…" Sahut si jelita sambil sesekali, mata memerhati orang-orang di meja perbincangan. 

"Kalau begitu.  I masuk dahulu…" Sahut Tan Sri Mizal melangkah masuk setelah pintu kaca dia renggangkan.

Sementara itu, wanita jelita berkasut stiletto warna merah hati menyambung langkah ke depan sebelum melencong arah. 

Bangunan hadapan…

Binokular masih lagi menutupi mata.  Subjek yang ingin dia tatap sudah pun masuk ke dalam namun pandangan beralih arah pada si jelita, yang kini sedang menikmati keindahan dari aras paling tinggi bangunan berpuluh tingkat tersebut.

Lama mata tajamnya memerhati tubuh yang di ketika itu sedang memakai dress merah bata kembang separas lutut. 

Sedang figura berbinokular itu tersenyum seorang diri, telefon pintar berbunyi dan dia terpaksa menurunkan binokukar untuk menjawab panggilan.

Saat yang sama, wanita jelita dari bangunan hadapan pula memusingkan tubuhnya untuk masuk ke dalam. 

"Hello. Ya, dia sudah sampai. Baik, aku masih memerhati dan tunggu arahan dari kau…" Dia menjawab sambil mengangkat binokular kembali.

Setelah binokular berada di mata, seseorang yang ingin dia lihat lagi sudah tiada di lokasi. 

Tamat panggilan dan dia menyimpan semula telefon pintar ke dalam poket belakang.  Dia masih lagi menanti arahan untuk melakukan serangan dari lokasi tersebut. 

Dalam Penthouse,

Kamar…

Wig atau rambut palsu dia letakkan saja atas katil. Dia memusing tubuh ke arah meja solek dan merenung wajahnya pada cermin. Telefon pintar miliknya pula berbunyi. Langsung diangkatnya dan membaca pesanan ringkas tersebut.

Dayana Maleeka terduduk atas tilam tatkala membaca. Pesanan berbaur ancaman itu sedikit sebanyak menambahkan lagi kegalauan dalam hatinya kini.

"Kalau kau masih mahu hidup lama.  Kau tinggalkan Mizal! Kau memang tak takut mati ya, perempuan!"  Berulangkali dia membacanya. Lalu sebuah rakaman video sedang bergerak. 

Dalam rakaman tersebut, memaparkan satu susuk tubuh yang dia kenali sebagai Mak Som sedang membeli-belah atas permintaannya sebelum dia tiba di sini dengan Tan Sri Mizal.

Mengebam bibir dan mencampakkan telefon atas meja solek. Dia menggigit kuku dengan hati yang berbelah- bahagi.

"You kena ingat honey… siapa yang menaikkan nama you dalam industri ini… kalau I tiada, you ingat you boleh terkenal macam sekarang? So, now time untuk you balas pula segala budi I …" 

Dia tergeleng-geleng. Lepas satu, satu imbasan hadir tanpa dipinta olehnya lalu menerjang minda, membuatkan dirinya itu semakin diasak rasa kepenatan yang berganda-ganda. 

Di meja perbincangan pula, usulan yang pada mulanya di meriahkan gelak tawa serta kehadiran seorang wanita jelita yang enak berdampingan di sebelah Tan Sri Mizal secara perlahan-lahan menjadi sebuah perdebatan. 

Dan ia dimulai dengan beberapa bantahan yang dikemukakan oleh Tan Sri Dave mengenai projek usahasama mereka.

"Jadi semuanya membantah?" Tan Sri Dave semakin tinggi nada suaranya. 

Kertas diangkat-angkat, semasa dia bercakap. Semua saling berpandangan.  Beberapa ahli jawatankuasa di belakang sudah mulai berbisik-bisik. 

"Aiya, Dave. Mizal.  Can we talk like an adult?" Tan Sri  Jacky mahu atau tidak, terpaksa menyampuk di tengah perbalahan kecil itu.  Dia amat kenal sekali dengan ketegasan Tan Sri Dave dan kedegilan juga Tan Sri Mizal. 

"Aku bukan membantah tetapi projek ini, pasti akan gagal kalau …" 

"Tiada duit bawah meja? Kabel begitu? Mizal, Mizal don't worry okay… itu semua nanti tahulah kami semua uruskan…" Sahut Tan Sri Dave seraya membawa pandangannya kepada semua yang di meja perbincangan.

Sementara itu, di dalam sebuah hummer pula. Dia hanya tersenyum, setelah mendengar perbualan orang-orang kenamaan itu. 

Laju dia muat turunkan kesemua data-data ke akaun page seseorang. 

"Mizal, Mizal… kau masih tak berubah.  Ini belum lagi Puan Sri Eren tahu. Kalau perempuan yang satu tu tahu… habislah kau…" Dia berbicara sendiri dengan tersenyum sinis sambil tangan  menghidupkan enjin kereta. 

Beberapa bidikan gambar semasa pasangan itu baru turun dari helikopter, sudah dia hantar pada Ryan.  

"Apa yang ada pada si Mizal tu, hah? Sampai kau tolak aku?" Dari tersenyum wajah menjadi mendung apabila mengingati momen pasangan itu berkucupan mesra di depan bangunan. 

"Ikutkan aku tadi… dah lama kepala lelaki tua itu bersepai penangan Sniper Raifal Barret aku ni…" Dia berkata-kata sambil melirik tajam ke arah beg senjata warna hitam. 

"Tak apa, Rudi. Sabar masa kau akan tiba tidak lama saja lagi…" Dia menenangkan hati amarahnya dengan kata-kata sebegitu sebelum dia langsung memandu.  

Setahun kebelakang...

WALAUPUN mayat sudah tiada namun Asp Zidan, berserta beberapa ahli kumpulannya masih lagi melakukan siasatan di kawasan sekitar termasuklah semak-semak. 

Insp. Sue mendekati Asp Zidan yang sedang bertinggung merenung perairan yang luas serta memanjang itu. 

Asp Zidan atau jika di sana mereka berdua mahu dikenali sebagai agent,  masih lagi cuba mengadaptasi segala visi-visi yang mindanya sedang putarkan.

Berkedut-kedut keningnya dalam membayangi cara pembunuhan 'John Doe' yang sehingga kini, masih tiada pengenalan diri.

Dan analisa Post Mortem juga masih dalam saringan. 

"Kau rasa macam mana?" Soalan secara tiba-tiba dari Insp. Sue juga duduk menakuk lutut di sebelah menyentak 'scanning' Asp Zidan yang sedang bertinggung di depan sungai tersebut.

"Sukar aku nak membayangkannya.  Apakah dia jatuh atau ditolak dari bot mahupun kapal? Atau apakah dia bergelut di sekitar kawasan ini… ada penemuan sebarang kesan pergelutan tak?" Soal Asp Zidan memalingkan wajah dari menghadap sungai ke wajah Insp. Sue. 

"Takde juga…" Jawab Insp. Sue dengan ringkas.

Memang dia ada cuba melihat pada rumput, jika ada darah atau rumput patah dipijak dan rumput tertarik secara kasar di sekitar perimeter kejadian, namun tidak dijumpai. 

"Atau apakah ada  kemungkinan, dia dijerut di tempat lain and kemudian dibenamkan di sini?" Inkuiri Insp. Sue mendongakkan Asp Zidan dari merenung rumput-rumput ke arah wajahnya kembali. 

"Terlalu banyak kemungkinan…" Sahut Asp Zidan. 

"Dan juga teori-teori…"  Insp. Sue pula menambah dengan senyuman sinisnya. Rumput yang ditarik dia patah-patahkan.

"Sebab itulah, tidak di benarkan adanya sebarang spekulasi atas kes-kes sebegini…" Sahut Asp Zidan mahu bangun namun tidak jadi, pabila dia terhidu sesuatu pada jarinya.

"Bau apa ni?" Soalnya pada Asp Sue. Insp. Sue langsung mencampakkan rumput dalam pegangan ke dalam sungai sebelum dia mencium jari-jemarinya pula.

PRIMA FACIE? Kau yakin?" Soal wanita itu sambil menonyoh-nonyoh puntung rokok ke dalam ashtray hadapan mukanya.

"Ya, selagi tiada yang berani buka mulut.  So, kita semua akan selamat. Soal lelaki tua itu pulak kau tak perlu nak khuatir. Nak pening-pening sangatlah. Tahulah aku nanti…"

LAYAR jernih melintang dan besar sudah pun bercahaya.  Seorang demi seorang agen-agen memasuki ke dalam ruangan tersebut.

Asp Zidan berada di hadapan dengan wajahnya juga menerima pantulan paparan visi seumpama peta. 

Insp. Sue duduk di paling belakang sambil menjaga kotak hitam berupa  kawalan punat-punat monitor.

Dia dari berpeluk tubuh, langsung mendekat pada meja apabila ketua pasukan sudah masuk. Dengan tegasnya. 

"Baiklah, jika semua sudah ada… saya minta izin untuk memulakan…" Asp Zidan memberi isyarat pada Insp. Sue untuk menukar paparan visi jernih di belakangnya itu. 

"Seperti yang anda semua sedia maklum.  'Misi John Doe' masih lagi sedang berjalan. Dan sekarang kumpulan kami sudah meluaskan kawasan jejak. Di sini, saya ada melampirkan beberapa laporan bedah siasat mengenai mayat John Doe…" Asp Zidan. berkata-kata lalu memusingkan tubuhnya ke papan layar jernih automatik. 

Ada beberapa tindanan gambar menunjukkan kesan kecederaan serta barang bukti. 

"Jadi apa keputusannya?" Tiba-tiba Asp Joe menyoal dalam nada lantang. Tajam mata Insp. Sue merenungnya dari hujung meja. 

"Kesan jerutan pada leher si mangsa, kami dapati ia berpunca dari kalung yang mangsa pakai waktu serangan…" 

"Kalung? Yakin, ia berpunca dari kalung? Panjang mana kalung itu sehingga boleh mencekik?" Sinis nada suara Asp Joe membuatkan Asp Zidan menggerakan rahangnya. 

Apatah lagi, semua mata tepat terhala pada dirinya. Khasnya, ketua pasukan yang terdiri daripada orang atasan.  Namun dia tetap bertenang kemudian dia langsung bergerak mendekati papan layar visual.

Dan gambar sewaktu berada di lokasi kejadian beralih tempat.  Dan di gambar itu pula, ada bulatan merah khasnya pada kesan lebam jerutan dan satu lagi lebam kemerahan sederhana besar di tepi leher.

"Ia di namakan ikatan simpulan lapan." 

Tiba-tiba terurainya tawa dari Asp Joe.

"You ingat ni pengakap ke?" Sindirnya lagi. Semakin laju pergerakan rahang Asp Zidan tetapi demi menjaga kreadibiliti keanggotaan dia tetap beriak tenang.

Lagipun, sememangnya dia tahu tentang fiil Asp Joe yang seringkali tidak berpuas hati pada cara kerjanya itu.

"Joe, boleh tak awak dengar dahulu!" Laju Insp. Sue menyampuk.

Lalu diikuti arahan orang atas yang ada di situ membuatkan Asp Joe, terpaksa menelan kata-kata yang tidak terluah. 

Asp Zidan perbesarkan lagi gambar kesan lebam merah yang ada di leher. Itu satu-satunya kesan pelik, sedangkan satu lingkungan leher merupakan kesan lebam momentum jerutan.

"Lihat pada gambar ini… mengikut hipotesis serta analisa yang sudah kami jalankan.  Kalung tersebut dibuka cangkuknya dahulu lalu membuat ikatan dengan cara menyimpul lapan. See…" Asp Zidan memberi penerangan sambil meletakkan kayu penanda pada zone dia nyatakan itu.

Beberapa agen terangguk-angguk diikuti ketua kumpulan hanya Asp Joe sahaja yang mencebirkan bibir. 

"Kemudian, barulah si penyerang si mati, yang kami namakannya sebagai 'John Doe' menjerut beserta membelit dengan daya kekuatan tinggi untuk  memastikan si mangsa mengalami Asphyxia… dan iya, kesannya memang ada…" Terang Asp Zidan seraya meletakkan kayu penunjuk ke gambar sebelahnya. 

Gambar bidikan dari sudut dekat dan ada kesan bengkak dan kulit bercapuk-capuk, walau ia mengembang kerana mayat tersebut sudah lama terendam.

"Bila dia sudah yakin mayat tidak bernafas lagi, simpulan dibuka. Antara sebab-sebab dia tidak membuat ikatan simpul mati… Kalung diperbetulkan seperti sedia kala lalu dikenakan kembali cangkuknya…" Asp Zidan menyimpulkan keterangannya dengan yakin sekali, apabila dia lihat kesemuanya khusyuk dalam mendengar.

"Tiada serangan lain-lain? Tikaman?" Suara parau ketua kumpulan mulai kedengaran. 

Insp Sue menekan punat pada kawalan monitor dan gambar beralih. 

Gambar juga dalam jarak dekat. Botol jernih kecil berisi spesimen serpih kaca. 

"Kaca? Tadi kata tiada sebarang tikaman. Jadi, dari mana datangnya serpihan kaca itu?" 

"Menurut laporan autopsi. Patologi menemuinya setelah melakukan pembedahan di usus. Kami masih siasat punca sebenar keberadaan kaca tersebut… tapi apa yang boleh saya nyatakan di sini.  Kemungkinan mangsa menelannya tanpa sedar.  Maksud saya… serpihan kaca itu tidak terlalu besar jadi boleh saja dicampurkan ke dalam makanan atau minuman…" 

"Tapi Zid. Let say, victim tu masih hidup dan dia tertelan tentu ada berlakunya pendarahan kan? Kecil sangat ke serpihan kaca tu?" Salah-seorang agen wanita yang ada di situ menyoal. 

Semerta Asp Zidan menghalakan matanya pada Insp. Sue.  Dia juga tiada berjawapan, kerana masih banyak benda perlu di siasat dan dihuraikan. 

Pertemuan mengejut ini, sedikit-sebanyak meresahkan mereka berdua walau kesemua maklumat yang diperlukan sudah sedia ada.

"Atau ada kemungkinan juga, ia dimasukkan setelah mangsa mati dijerut? By the way, boleh kami tahu kaca apakah itu?" Soalnya.

"Temper glass. Tempering ini menciptakan tekanan internal yang seimbang sehingga ketika pecah, hancur menjadi pecahan kecil yang cenderung tidak menyebabkan cedera. keamanan dan kekuatannya, kaca tempered tamindo digunakan dalam berbagai aplikasi yang memerlukan keamanan lebih tinggi, seperti jendela kendaraan, pintu shower, meja kaca arsitektur sebagai komponen kaca anti peluru..."

"Temper glass. Is it from drinking glasses?" Soalnya lagi. Dan soalan dari agen wanita yang terlihat teruja dengan kes tersebut, mendapat anggukan dari Asp Zidan.

"Hmm... quite interesting this case Supt. Hisham," tegur agen wanita yang menjadi wakil FBI Singapore itu. Memandang kes ini terjalin di antara tiga buah negara iaitu Malaysia-Thailand-Singapore.

Dan kedua-dua orang hilang yang masih lagi dalam siasatan itu, salah-satunya merupakan warga Singapore.

"So, Asp Zidan adakah itu saja penemuan serta barang bukti yang kumpulan kamu dapat kumpulkan buat masa ini? Atau masih ada slide lain?" Superintendant Hisham baru bersemula.

Hanya Asp Joe yang menyepikan diri setelah melihat bahan bukti dari Asp Zidan dan juga Insp. Sue. Namun demikian hatinya tetap terasa jengkel pada dedikasi yang lelaki kacak itu tunjukkan pada atasan mereka.

"Buat masa ini, ya memang itu saja bahan bukti serta bahan kes yang kami perolehi..." Jawab Asp Zidan. Yakin. Superintendant Hisham mengangguk sebelum dia bangun.

"Pihak kami di sana akan membantu anda semua. Tak usah risau ya. I balik dahulu," sahut agen Fbi wanita itu sambil menunduk.

Keluarnya sahaja kesemuanya dari bilik bercahaya suram tersebut, Asp Zidan dan Insp. Sue menarik nafas lega.

Terlepas sedikit beban mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience