3

Romance Series 7332

"SAYA temuinya di dalam usus serta tali perut si mangsa. Saya akan lakukan ujikaji penentuan tepat, apakah ia… namun saya merasakan ini adalah botol. Ada beberapa ciri sememangnya ke arah subjek tersebut...” terang Dr Marione lagi dengan teliti serta fokus. 

“Herm... selain itu?” soal pegawai polis itu masih lagi merenung isi dalam botol kecil bercecair jernih, berkemungkinan cecair pembasmi kuman.

“Hanya itu sahaja sampel yang saya dapatkan selain pengambilan sampel darah, rambut, kuku serta najis untuk dibawakan ke bahagian makmal selain cap jari," ujar Dr Marione lagi dengan menatap wajah Asp Zidan.

Lelaki yang memakai baju PPE itu mengangguk lalu menghulurkan kembali botol berkenaan pada Dr Marione.

"Okay. Kembali semula pada kesan jerutan tadi… awak kata ada kelainan tapi dari segi apa ya?" Asp Zidan lantas membuka kembali fail yang dia bawa sekali itu dan meletakkannya atas meja.

Halaman yang mempunyai gambar-gambar keadaan mangsa pada hari penemuan, dia teliti sehingga menemui gambar yang ada kesan jerutan di zoom out secara dekat. 

"Ya, memang ada kelainan but saya tak pasti apakah ia…" Sahut Dr Marione bergerak semula ke meja pembedahan diikuti Asp Zidan.

"Kesan lebam memang terarah pada jerutan sesuatu… tapi… " Sahut Dr Marione di temani garis-garis pada dataran dahinya itu. Seakan mendesak roda pemikiran.

"Tapi apa," soal Asp Zidan merenung muka dalam gambar di mana sudah banyak mengalami kesan perubahan dan mengembang. Tersangat pucat kerana suhu terendam terlalu lama. 

"Satu lagi Zid… saya juga musykil pada penemuan serpihan kaca dalam perut kerana tiada kesan tikaman mahu pun torehan dan syak mungkin mangsa tertelannya… and maybe juga selepas itu… dia langsung dijerut… tapi tulah jerutan itu, saya tak pasti apakah alatan yang digunakan…" Inkuiri Dr Marione. 

Asp Zidan mendengus sedikit dek lemas dalam mask. Dia kembali menatap pada gambar. Dengan Dr Marione pula ingin ke arah pintu.

Setelah menyimpan kembali telefon pintar ke dalam poket. Asp Zidan juga mengarahkan ayunan tegap kakinya ke arah pintu. Dan bakal menuju kamar ofis milik pakar patologi tersebut.

Sempat juga matanya terkerling ke arah sekujur tubuh pucat lesi di atas pembaringan.

'John Doe. Kau sebenarnya siapa? Apakah kau Tuan Ehsan yang mati secara tragis itu. Atau adakah, Tan Sri Achtar yang hilang dan masih belum ditemui itu?' Hati berbisik, bila mengenangkan cara-cara kematian dua insan ternama ini sangat pelik.

Apatah lagi Tuan Ehsan. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena namun team dia masih gagal nak menemukan prima facie atau bukti.

"So, Zidan did you guys already know who's that John Doe?" Dr Marione terus saja menyoal setelah susuk tegap Asp Zidan membuka pintu kamar.

Tubuh yang tiada lagi sebarang kain seragam ppe kini menarik kerusi sebelum melabuhkan duduknya. Ada bau rokok yang hadir dan doktor berketurunan Serani tahu Asp Zidan baru lepas merokok di luar premis ini.

"No. Pasukan penyiasat Thailand pun masih menjalankan siasatan mereka di sepanjang tebing Sungai Chao Phraya."

"So, you rasa siapa? Kita memang dah ada dua kes orang hilang yang meragukan..." Tokok si pakar patologi itu lagi.

Asp Zidan hanya sekadar mampu menggeleng sebelum senyuman hambar dia berikan.

"Mana Sue why tak datang sekali?" Soal Dr Marione bertanyakan soal Insp. Sue yang selama ini jikalau mahu ke sini pasti akan berdua umpama belangkas pula walau tak ada berkaitan dengan soal hati.

"Dia perlu ke bahagian makmal dan balistik pula," sahut Asp Zidan seraya teringatkan pula tentang penemuan pistol di sebuah lereng bukit berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

Dr Marione terangguk-angguk.

"Oh iya, lupa pula I nak tanya you tentang Datin Dayana Maleeka punya funeral. I ada juga dengar-dengar desas-desus menyatakan ada sesuatu yang tidak kena pada funeral tersebut but I don't know lah what kan..." ujar Dr Marione sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi berpusingnya itu.

Asp Zidan tidak memberi sebarang reaksi pada statement tersebut tetapi dia tetap memberikan anggukannya.

"Memang team aku mendengarnya juga. Inilah yang menyebabkan kami semua menjadi tertanya-tanya tentang identiti sebenar si John Doe kat dalam tu..." Sahut Asp Zidan seraya membawa muncungkan menyenget ke bilik sebelah ofis Dr Marione yang merupakan bilik post mortem.

"Tak mengapa. Let me send all the specimen that I can collect before to the laboratory. Who know's we can get another clue to the case. Bonding clue maybe... right?"

Dan Asp Zidan mengangguk lagi.

"DATIN..." Seru Mak Som seraya meletakkan gelas berisi air fresh orange ke atas permukaan meja kaca bulat yang letaknya di tengah halaman berpayung kecil sedikit terkedepan dari laman depan Villa Cinta Suci.

"Mak Som ni...kan saya kata panggil je Cik Puan. Tak perlu berdatin-datin. Lagipun apa gunanya lagi," sahut Dayana sebak mulai bertandang namun dia tetap menahannya.

Mak Som hanya terangguk-angguk sebelum meminta maaf.

"Tak mengapa Mak Som. Mak Som takde salah apa-apa pun pada saya. Oh iya, Mak Som mungkin saya ingin ke rumah tasik kami dalam dua, tiga hari ini untuk menenangkan fikiran."

"Oh, nak Mak Som ikut sekali tak?" Mak Som menyoal dengan nada sedikit cemas. Dia tahu masalah Cik puannya itu.

"Mak Som janganlah terlalu risaukan saya. Saya akan ikuti segala arahan Mak Som dan Didie," sahut Dayana Maleeka yang mention sekali nama pakar permasalahan jiwanya itu.

"Mak Som bukannya apa Cik Puan. Yelah di rumah tasik tu nanti. Cik Puan tak ada peneman. Risau juga kalau apa-apa terjadi nanti. Takut diserang cemas ke apa ke?" Tambah Mak Som yang sebolehnya ingin ikuti Dayana Maleeka.

"Mak Som. Cool okay. Percaya saya okay. Takkan jadi apa-apa. Dayana akan makan ubat-ubat tu ikut time ok. Lagipun Dayana nak heal my mind Mak Som... di sini... villa ini... terlalu banyak memori kami bersama," sahut Dayana semakin terketar-ketar suaranya dengan mata kejap terpanah pada wajah pembantu rumahnya itu.

Lalu merenungi sekeliling villa itu pula. Sungguh beberapa kenangan pasti menggamit memorinya waktu itu. Khas di kerusi dia sedang berada sekarang ini.

"Mak Som masuk dulu ya. Nanti dah sedia lunch Mak Som panggil ya, Cik Puan," ujar Mak Som seraya mengangguk-angguk para majikannya sambil mendakap dulang terisi gelas minuman tadi.

Dayana Maleeka juga mengangguk sambil tersenyum. Mak Som bukan saja seorang yang terlalu mengambil berat akan dirinya dan juga arwah malah dia seorang yang setia dan juga penurut.

Menghilangnya wanita itu ke dalam villa di belakang kerusinya itu. Dayana Maleeka terus saja mengimbas kembali detik-detik di antara dirinya dengan arwah Tuan Ehsan.

"Sayang nak tahu tak kenapa abang pilih sayang dari beribu penyanyi terkenal di kota ini?" Soal Tuan Ehsan seraya mengeratkan lagi pelukan pada tubuh merapat sang isterinya itu.

Dayana Maleeka yang masih lagi terperosok di dalam dada Tuan Ehsan tidak menyahut hanya anggukan kepalanya sahaja sebagai jawapan.

"Sebab sayang abang ni...lain daripada yang lain. Penyanyi Dayana Maleeka dia ada speciality yang tersendiri dan tidak ada pada mana-mana artis perempuan pun yang abang pernah minati dari jauh... hanya Dayana sajalah yang abang mampu dekati," sahut Tuan Ehsan dengan jujur.

"E... iya ker?" Soal Dayana Maleeka terdongak menyoal sambil mencubit hidung suaminya itu sebelum menyembamkan semula wajah ke dada bidang sang suami.

"Eh... betullah sayang. Artis perempuan lain memang abang minat dari jauh. Minat pada vokal mereka sebelum kemunculan Dayana Maleeka," sahut Tuan Ehsan sambil mengucupi dahi itu dengan lama.

Segala rasa kasihnya tertumpah pada wanita jelita itu yang kini sudah pun menjadi hakmiliknya.

"Sayang, boleh abang bertanya sesuatu?" Tuan Ehsan tetap ingin menyoal walau dia sudah tahu akan jawapannya.

"Apa dia? Hmm..." Dayana Maleeka juga menyoal. Setelah berada di posisi tegak dan pelukan juga terlerai. Sambil menyoal Dayana Maleeka mencantumkan dahi mereka sambil tersenyum.

"Bila kita nak ada..." Tutur bernada sebuah pertanyaan Tuan Ehsan iringkan dengan goyangan tangan seakan-akan membuai baby.

"Bila you nak berhenti dari kelab itu? You pun tahukan nyawa you tetap dalam bahaya walau tiada lagi sebarang threat..." Tuan Ehsan akhiri baris-baris ayatnya itu dengan sebuah senyuman walau roman wajah Dayana Maleeka sudah pun berubah.

"I'm sorry sayang... I know it was fault. I know you want a baby. Kalau lah I..." Dayana Maleeka tidak jadi mahu berbicara sendirian lagi.

Tubuhnya diangkat.

TANPA disedari. Kini sudah setahun arwah Tuan Ehsan pergi menghadap Ilahi. Dayana Maleeka bangun dari duduknya di bangku batu petak kecil mendepani kubur arwah suaminya itu.

Kini dia sedang menelusuri laluan sempit dalam kawasan perkuburan Islam itu.

Dan setahun jugalah kes kematian arwah suaminya itu tiada sebarang pembelaan sewajarnya. Malahan sudah menjadi cold case pun.

Setelah melangkah keluar dari pintu gerbang tanah wakaf tersebut. Sebelum membolosi masuk ke dalam kereta mewahnya itu.

Dayana Maleeka menghantar redup pandangannya ke arah kawasan itu buat sekian kalinya sebelum kacamata hitam Rayban Aviator dipakainya.

Lalu tubuh menunduknya sudah berada di dalam perut kereta mewahnya itu. Setelah enjin dipanaskan dia mengenakan seat belt serta sempat memandang wajah pada cermin bedak kompeknya sebelum tangan diletakkan pada stereng dan memandu kereta tersebut keluar dari kawasan perkuburan Islam itu.

Tanpa wanita jelita yang merupakan bekas penyanyi kelab terkenal itu sedari. Belakang keretanya sedang diekori oleh sebuah kereta Sedan berwarna putih.

Agak lama juga kereta Sedan putih itu membuntuti kereta mewah yang dahulunya di miliki oleh arwah suaminya itu.

Dayana Maleeka tetap memandu seperti biasa biarpun dia juga perasan keretanya sedang diekori. Dayana Maleeka tetap berfikiran positif dan mengatakan berkemungkinan Sedan Putih itu juga ingin melalui jalan yang sama sedang dia telusuri itu.

Telefon yang terpegang teguh di holder berdering. Dayana Maleeka terpaksa memberhentikan keretanya itu di atas rumput. Sementara itu Sedan Putih tetap laju meninggalkan keretanya.

Telefon di dalam genggaman holder di atas papan pemuka itu diangkat lalu dijawab.

"Hello..."

"Hei, perempuan kalau kau nak selamat lebih baik pergi jauh dari sini," ujar suara dari dalam corong telefon.

Semakin berkedutan dahi Dayana Maleeka yang tetap mengangkat panggilan itu walau ia bernombor private.

"By the way...you ni siapa? Why nak arah-arah I macam kita kenal saja ni?" Soal Dayana tetap bersuara tenang namun sedikit menekan.

Dan Dayana Maleeka juga tahu empunya suara itu merupakan seorang perempuan.

"Who am I, no need to know. Just follow my order and you will safe!" Ancamnya lagi.

"But... why I need to follow your instructions even I don't know who you are?" Sanggah Dayana Maleeka berasa hairan.

"Are you try to blackmail me? Who are you actually. And how do you get my phone number? From who?" Soal Dayana Maleeka yang tidak juga bodoh.

"Kau jangan ingat, aku tak tahu apa yang sedang kau sembunyikan itu. Semuanya berada dalam poket aku perempuan," ugut suara dari dalam talian itu lagi bersama letusan tawa sinikalnya.

Seolah-olah sedang mempersendakan Dayana Maleeka. Semakin banyak dan jelas terpapar lukisan garisan melintang di dahi. Kening bercerun sungguh dia keliru beserta kalut pada panggilan tersebut.

"Kau jangan cuba main-main dengan aku lah. Baik kau letak telefon sebelum aku call polis!" Dayana Maleeka juga tidak bermain-main.

"Hei perempuan! Kau ingat aku nak takut pada ugutan kau, tu hah? Kau ingat aku tak tahu kau juga ada kaitan pada kes kematian tragis Tuan Ehsan dan juga Tan Sri Achtar yang kedua-duanya hilang. Kubur tu tak wujud. Hahaha!" Tokok suara itu lagi membikin tangan Dayana semakin kuat menggeletarnya.

"Can you stop all this ridicolous, bullshit and nonsense talked!" Tengking Dayana Maleeka lalu mematikan terus telefon pintarnya itu sebelum dimasukkan saja ke dalam tas tangan.

Lalu dalam keadaan menggigil-gigil Dayana membuka botol ubat serangan paniknya itu dan disumbat secara laju ke dalam mulut tanpa meneguk air dia langsung menelannya.

Terus tersandar. Kacamata ditanggalkan lalu dicampak juga ke dalam tas tangan terbuka, Hermes Birkin nya itu.

Mata semakin terasa ingin berlabuh layarnya buat seketika. Kesan kepada pengambilan ubat penenang.

Tok! Tok!

Dayana Maleeka terus membuka kelopak mata yang tadinya terlabuh. Dari menyandar dia menegakkan posisi tubuh sebelum menurunkan sedikit cermin kereta seat sebelah.

"Awak ok ke ni?" Soal pemuda yang mengetuk cermin kereta mewah itu dengan berkali-kali dek tiada sebarang respons.

"Ya, I'm okay. I just a little bit dizzy but now it's quite calm down," terang Dayana dalam keadaan terpisat-pisat.

"Dizzy? Are you need pill? I ada dalam kereta," ujar pemuda berpakaian kasual itu lagi.

"No need. I already take my own pill. By the way, thanks for your concern," terang Dayana Maleeka sambil tersenyum nipis.

"So, you boleh drive tak ni? By the way saya Zidan," ujar Zidan sempat memperkenalkan dirinya lagi walau dia dah tahu siapakah wanita tersebut.

Seorang selebriti terkenal yang kematian suaminya.

"Ya, sure boleh. I'm Dayana," sahut Dayana Maleeka pula. Zidan mengangguk.

"Kalau begitu. Drive safely ya. Nice to meet you," ujar Zidan meminta diri sambil menerima anggukan lesu Dayana Maleeka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience