1

Romance Series 7332

Bab 1

USAI sudah majlis tahlil malam ketiga di Villa Cinta Suci. Setelah bersalaman dengan tetamu perempuan, Dayana meminta diri pada Mak Som untuk naik ke atas dahulu.

"Naiklah cik puan. Berehatlah. Ni semua tak mengapa, biar Mak Som yang kemaskan," ujar Mak Som pembantu villa arwah Tuan Ehsan.

Dayana sekadar mengukir senyum tawarnya sebelum selendang tipis yang membaluti kepala diturunkan.

"Cik puan, jangan lupa." Sempat lagi Mak Som berpesan sebelum wanita berwajah sayu namun masih terlihat jelita menaiki tangga berpilin.

Dayana Maleeka sekadar mengangguk lalu terus meniti lesu takah demi takah tangga berpusingan dalam bentuk S itu.

Pipi basahnya diseka dengan berkali-kali. Setelah dia tiba di aras atas, ayunan kaki diteruskan untuk menuju ke arah kamar miliknya dan juga yang pernah menempatkan arwah Tuan Ehsan, suaminya itu.

Setibanya dia di depan muka pintu. Tangan mencapai tombol lalu dipusing-pusingkan sehinggalah berkeriuk bunyinya.

Langkah gontainya terus saja menelusuri lantai mozek namun dilapisi permaidani berbulu tenggelam untuk ke arah katil, setelah pintu dirapatkan kembali.

Selendang tipis ditarik lembut dari atas bahunya lalu ia melorot jatuh ke tilam. Dayana berpaling seketika ke bantal yang selama ini menjadi tempat persinggahan kepala arwah Tuan Ehsan.

Perlahan-lahan tangan yang diselaputi kain lengan baju kurungnya itu menarik bantal tersebut. Biar pun hanya satu daripada dua tindanan tersebut.

"Abang... mengapa begitu cepat sekali abang meninggalkan sayang? Sayang tak puas lagi ingin mengadu kasih pada abang. Apa dosa Dayana bang sampai tinggalkan Dayana sendirian sebegini?" Lirihnya sambil tapak tangannya membelai-belai permukaan bantal tersebut.

Imbasan pertemuan mereka berdua di salah- sebuah kelab malam terkemuka sekitar bandar metropolitan itu tanpa dipinta, ia hadir menyapa...

CUKUP lama matanya memerhati wanita jelita berambut palsu blonde yang sedang membuat persembahan itu. Sehingga air minuman yang di tempah olehnya tadi langsung tidak berusik. 

Mata mengecilnya kembali dibesarkan tatkala wanita itu menamatkan persembahan nyanyiannya dengan tunduk hormat pada para jemputan di bawah pentas. 

Sambil tersenyum dia berpaling belakang lalu menuruni tangga. Figura di meja tengah itu turut bangun.

Bilik Mekap,

WIG blonde ditanggalkan. Setelah baju persembahan dia bukakan. Mekap juga dia sudah dicucikan kerana berminyak dan akan digantikan dengan mekap baru.

Tok Tok!

"Coming!" Sahutnya yang sedang menanggalkan bulu mata. Pintu terbuka dan terpacak satu tubuh dalam sut tuksedo sedang tersenyum padanya yang menatap dari cermin. 

Lelaki berbadan kekar dari golongan VVIP itu langsung melangkah masuk. Dari balik dinding pula, ada seseorang sedang membidik kamera dan menangkap gambar mereka berdua.

"Bagaimana dengan persembahan tadi?" Sambil bangun wanita yang tampil berwajah polos itu menyoal. 

Apabila lelaki yang sudah mendekat itu ingin mengucup, laju saja jari-jemari runcing bercat merah itu menolak dada si kacak, agar berjarak. 

Lelaki dalam tuksedo itu mendengus berang. Hanya dengan sekali pautan dan wanita yang menjauh itu, kini sudah pun berada di dalam dakapannya. 

"Kau kena ingat. Kalau bukan kerana aku naikkan kau sayang. Kau…" Tidak sempat dia menamatkan bicara berupa sebuah bisikan.

Wanita itu sekali lagi menahan dadanya dari terus merapat. 

"Ya, I ingat. I akan sentiasa ingat…" Jawab si wanita jelita itu. Dan lelaki bergelar itu sekali lagi, mahu mencuba nasibnya. Sudahlah hampir seminggu tinggal berseorangan dalam kamar hotel tanpa peneman.

"You... sabar okay. I masih ada show lagi ni," pintas si wanita jelita jelita yang anggun dalam dress sendat hijau zamrud berlabuci di dada yang sengaja memperlihatkan separuh garisan dada mengkalnya.

"Hmm..." Dari rengekan terus menjadi dengusan bosan. Wanita itu terlalu degil dan sukar untuk dijinakkan sedangkan wanita-wanita lain sudah lama dia dapat.

Setelah siap membega-bega rambut palsu berpotongan Bob Cut serta memastikan kekemasan tatarias pada wajahnya masih lagi elok terletak.

Mafla berupa susunan bulu-bulu ayam yang juga dalam warna senada dengan baju diambil lantas diselepangkan pada bahu off shoulder nya itu.

"Ala... sayang janganlah merajuk. Ala... tak berapa jam saja lagi. Sabarlah. You jugakkan yang memperkenalkan bakat I pada kelab ini," dalih wanita bermekap mampan itu sambil jemarinya menguis-guis bawah dagu lelaki kenamaan itu.

"Sabar ya, honey. I pergi dulu," ujar Dayana lalu menapak ke semula ke arah pintu meninggalkan susuk tubuh VVip itu keseorangan.

'Tak sabar-sabarlah orang tua ni. Huh!' Cemuh Dayana dalam perjalanan kembali semula ke pentas lounge.

'Mestilah I tak sabar. Sudah lama I menanti pelukan serta kucupan dari you, Dayana. Ingat, semua ini ada balasannya.' Gumam Tan Sri Achtar lalu dia juga keluar namun terserempak pula dengan Nini penyanyi kedua dan tidak sepopular Dayana.

Manakala sang pembidik gambar upahan seseorang yang mengenali rapat akan Tan Sri Achtar itu sudah lama meninggalkan figura yang dia juga kenali itu.

"Tan Sri..." Ujar Ninie spontan dia menggigit bibir. Tajam tunakan mata Tan Sri Achtar pada susuk tubuh tidak kurang seksinya itu.

Ninie mendekat lalu jemari membelai dada yang terlihat masih tegap itu. Ninie nampak pada pergerakan rengkung lelaki tua itu.

"Tan Sri... I kan ada..." Ujar Ninie lagi. Suara penuh rayuan itu menanarkan lagi Tan Sri Achtar. Tubuh itu ditarik masuk ke dalam kamar mekap lalu berdakapan dan berkucupan mesra dengan tangan meliar ke segenap pelusuk tubuh kedua-duanya.

Desahan demi desahan umpama muzik di kamar nan hening itu.

Sementara itu, Tuan Ehsan yang hadir dengan sang penemannya bagaikan tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan Dayana Maleeka.

Wanita itu antara penyanyi kelab malam eksklusif menjadi dambaan kesemua Vip dan Vvip.

Setibanya di tepi pentas yang penuh dengan lampu warna-warni namun bercahaya suram. Sepasang kaki bunting padi yang di temani stiletto berketinggian enam inci itu melangkah tangga untuk naik ke pentas.

Pemuzik mulai irama mereka. Sayu namun bersahaja suara Dayana Maleeka yang terhasil dari corong mikrofon itu terus mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu yang hadir.

"Aduh Mengapa hatiku kau lukakan. Merana jiwa . Hatiku sengsara.Menenung Jauh. Ke dalam Suasana.
Menanggung nasib. Perasaan hiba. Merenung jauh ke dalam suasana.
Menanggung nasib. Perasaan hiba. Mmm...
Bayu bawalah hasratku kepadanya. Agarkan
dengarkan panggilan nyawa."

Tuan Ehsan tahu tatapan mata Dayana Maleeka juga sedang terarah padanya. Sambil bibir merahnya melantunkan nada gemersik suaranya.

Ayunan tubuhnya juga seiring dengan ritma yang tercipta. Tanpa sedar gerak-geri dari tubuh cantiknya itu sedikit-sebanyak menanarkan para tetamu yang bernama lelaki.

Manakala yang mana hadir dengan pasangan. Hanya mampu meneguk liur sahaja kerana mereka pasti tidak mampu memperolehi tubuh seksi itu.

Tetapi tidak buat Tuan Ehsan. Mungkin benar dia juga tergoda pada lenggok tubuh Dayana Maleeka di pentas namun dia mendambakan wanita itu bukan kerana perkara yang itu saja.

Lagipun dia memang tidak ada sesiapa lagi yang berjaya menakluki hatinya itu. Peneman yang datang bersama-sama dengan itu hanyalah setiausahanya saja.

"Merenung jauh ke dalam suasana.Menanggung nasib. Perasaan hiba. Mmm...
Bayu bawalah hasratku kepadanya. Agar kan
dengar panggilan nyawa." Ulangnya lagi sebelum menunduk.

Sekali tepukan gemuruh mengisi suasana kelab malam eksklusif itu.

SETELAH berjaya melarikan dirinya dari ajakan Tan Sri Achtar yang dia sudah tahu ke manakah destinasinya.

Kini Dayana Maleeka yang sudah pun menanggalkan segala mekap dan pakaian anggunnya itu, terpaksa menjadi penunggu di hentian bas tersebut.

Dia mahu menanti kereta Grab yang kurang lima minit dia tempah melalui aplikasi sampai.

Kejap dia berpusing ke kanan jalan yang sepi dan gelap itu. Sebentar nanti ke kiri pula dengan kaki tergoyang-goyang. Jelas gurat resah terpampang di wajah Dayana Maleeka saat itu.

"Eh, itu macam Dayana..." Tegur Tuan Ehsan yang baru saja menghantar peneman dia tadi balik ke apartment. Tuan Ehsan mengundurkan semula kereta Mercedes Benz C class miliknya itu.

Berkerutan dahi Dayana bila kereta yang tadinya berlalu dengan di hadapannya kini sudah berhenti di hentian bus dia sedang berada.

Tuan Ehsan tertunduk sedikit setelah cermin kereta di sebelah seat penumpang dia perendahkan. Dayana tetap berkeadaan biasa.

Dia tak perlu risau selagi bukan kereta mewah milik Tan Sri Achtar.

"Cik Dayana belum pulang lagi ke?" Soal Tuan Ehsan sambil tersenyum. Dayana Maleeka berasa serba-salah antara mahu menyahut pertanyaan itu atau pun tidak.

"Cik Dayana tak perlu takut. Saya tadi ada dalam kelab tu juga tengok persembahan Cik Dayana. Kalau tak keberatan naiklah dengan saya. Lagipun saya pun menghala ke arah jalan yang sama juga," pelawa Tuan Ehsan lagi dari dalam kereta.

'Aik, macam mana lelaki asing ini tahu tempat tinggal aku pulak ni? Pasang spy ke?' Omel Dayana Maleeka di dalam hati dengan mata pula memanah lagi kereta mewah tersebut.

Tuan Ehsan membunyikan hon keretanya pula. Menyentak Dayana dari segala andaiannya itu. Dayana Maleeka tidak bersuara namun dia tetap tersenyum dan menggeleng.

"No need to worry Cik Dayana. I betul-betul ikhlas nak sent you back. I tak tahu pun mana rumah you and I just assume saja. Tapi sure lah satu jalan kan? Mana ada jalan lain lagi dalam area ini."

"Tak apalah Encik. Terima kasih saja lagipun I dah order Grab and waiting that car," sahut Dayana Maleeka masih ragu-ragu.

"Tak mengapalah kalau dah cik sendiri berkata begitu. Jumpa lagi..." Sahut Tuan Ehsan yang dalam keterpaksaan menghidupkan enjin keretanya kembali.

Dayana Maleeka tetap tidak memandang ke arahnya namun matanya lebih terarah pada jalanan. Dia memang gusar juga selalunya Grab yang ditempah cepat sampainya kenapa pada malam ini lewat pula?

Setelah kereta Mercedes milik Tuan Ehsan sudah jauh tinggalkan dirinya. Dayana didatangi sebuah Vellfire hitam.

Dayana sudah berasa sesuatu. Namun dia tetap tidak melatah lagi. Dia mahu lihat dahulu siapakah mereka itu.

Terbuka saja pintu Vellfire tersebut, tiga susuk tubuh berpakaian warna gelap terus berlari ke arah Dayana Maleeka.

Dayana Maleeka tidak bersedia apa-apa terus terpinga-pinga saat tubuhnya sedang ingin ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.

"Awak semua siapa? Lepaskan saya! Lepaskan saya!" Dayana memekik sambil meronta-ronta ingin tangannya itu mereka lepaskan.

"Diam kalau kau nak selamat!" Ancam salah-seorang daripada susuk tubuh yang mukanya diselubungi topeng snow cap.

"Tidak. Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Dayana tetap berdegil. Selagi terdaya dia menarik-narik tangan dalam pegangan kiri dan kanannya itu agar terlepas.

Pergelutan berlaku di antara Dayana Maleeka dan figura-figura yang mencurigakan itu.

"Kenapa hati aku merasa tidak sedap pula ni, ya?" Aju Tuan Ehsan pada diri sendiri. Pemanduan juga menjadi sedikit kacau pabila minda tidak dapat memokus.

"Dan why should I feel like this to her? Dia bukanlah sesiapa pun. Tapi..." Omelnya lagi.

Akhirnya dia membuat lencongan ke jalanan sepi dia telusuri tadi. Entah mengapa, dia seakan-akan dapat merasakan ada yang tidak kena. Dia risaukan keselamatan Dayana Maleeka.

Dayana Maleeka terduduk di atas rumput yang dibasahi dengan embun dalam keadaan sangat-sangat lelah. Habis comot wajahnya. Calar-balar lengan dan juga betisnya.

"Aku memang dah agak. Ini semua kerja Puan Sri. Cemburu pada aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh pada Tan Sri. Tapi Tan Sri sendiri yang memanjakan aku dengan kemewahan dia. Salah aku ke?" Leter Dayana ingin bangun walau wajah berkerutan kerana badannya sakit-sakit.

"Tapi sekurang-kurangnya aku tak sebodoh perempuan-perempuan simpanan laki kau yang lain tu. Senang menyerah!" Bebelnya lagi.

"Grab ni pun satu tak guna. Dah kalau taknak ambil aku bagitahu sajalah boleh aku cari Grab lain. Jangan buat pelanggan tertunggu-tunggu macam ini!"

Dayana Maleeka buntu. Dia tidak tahu nak minta bantuan siapa. Sudahlah telefon pintarnya juga sudah retak skrinnya. Mana boleh nak berfungsi lagi.

Setelah beberapa minit dia mengaduh serta melepaskan keluhan demi keluhan. Kereta Mercedes Benz tadi datang semula.

Berhenti saja. Pintu tempat duduk pemandu terlapang luas dan Tuan Ehsan berlari ke arah Dayana Maleeka yang terngadah semula itu.

"Ya Allah! Apa yang dah berlaku pada Cik Dayana ni? Luka-luka semua ini kenapa?" Tegur suara resah milik Tuan Ehsan dengan mata meliar ke seluruh tubuh gadis jelita namun berwajah comot itu.

"Saya kena serang. Saya pun tak kenal mereka-mereka tu siapa. Semuanya bertopeng."

"Lah. Grab tak sampai lagi lah ni? Marilah saya bawa awak ke klinik. Rawat luka-luka ni dahulu. Jangan takut saya tak ada niat jahat pun. Saya memang ikhlas nak membantu," terang Tuan Ehsan dengan sejujur-jujurnya.

Dia tahu, dengan keadaan yang macam ini lagi membuatkan gadis itu diserang ketakutan lagi.

Dayana Maleeka akur kerana dia juga kelelahan dan berada di dalam keadaan teramat sakit setelah ditolak oleh penyerang-penyerang bertopeng tadi.

Setelah membantu memasukkan tubuh Dayana ke seat penumpang hadapan. Tuan Ehsan berlari ke seat pemandu pula.

"Orang terkenal macam Cik Dayana ni sekurang-kurangnya nak kena ada satu bodyguard. Dunia macam Cik Dayana ni tahu-tahu sajalah banyak musuh. Nak-nak lagi yang di dalam selimut," ujar Tuan Ehsan sambil memandu keluar keretanya itu dari jalanan sepi tersebut.

"Abang..." Lirih Dayana Maleeka berlinangan airmatanya dan bantal masih berada di dalam pelukan.

Perlahan-lahan bantal itu diletakkan semula ke tempat asalnya lalu Dayana Maleeka merebahkan tubuhnya tanpa ingin mengambil ubat penenangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience