BERTERBANGAN gambar-gambar tatkala menjadi mangsa balingan wanita separuh baya tersebut.
Si pembidik gambar pula menunduk namun tangan kekal di poket yang tadinya kempis kini kembung dengan hasil tangkapan.
Maklumlah wanita di hadapan bukan sebarangan orang. Jika dia tidak mampu mustahil untuk menggunakan khidmat dia.
Di sofa, pemuda tadinya duduk bingkas bangun lalu mengarahkan si jurukamera itu pergi. Pemuda bertopi cap itu hanya mengangguk dan bergerak pergi.
"I memang dah agak. Perempuan itu…" Si pemuda dan seorang lagi gadis berpakaian kasual bagaikan sedang berkomunikasi menggunakan mata.
"Sabar…" Pujuk pemuda berambut stail sleek sambil membelai–belai lengan wanita ternama itu. Wanita itu langsung henyakkan punggungnya kembali atas sofa lalu berpeluk tubuh.
"Sabar? Kau sendiri dah nampak kan?" Soal wanita separuh baya tetapi kekal anggun itu dalam nada tinggi.
"So, you nak I buat apa? You cakap saja…" Terang si pemuda sambil menghulurkan gelas berkaki tirus berisi air kepada wanita anggun di sofa tersebut.
"You nak dia mati? Atau kedua-duanya sekali mati? Senang nanti you nak claim harta you tu …"
Wanita yang mahu hendak minum itu langsung menjarakkan gelas dari bibir merahnya. Laju dia mendongak. Pemuda itu tersenyum sambil mata mengerling bilik.
Pinggir gelas bibir merah itu tetap mencicipnya sambil mata dia pula membuat isyarat bagaimana pula dengan wanita berpakaian kasual itu.
Si lelaki yang memahami terus saja berpaling. Kini di antara mata mereka berdua pula sehinggalah wanita berpakaian kasual itu dalam dengusan meninggalkan bilik itu.
Sedikit berdentum pintu dia rapatkan. Membuatkan wanita kenamaan yang sedang ingin bangun dan merapat ke arah si lelaki sedikit tersentak.
"It's okay sayang. It's nothing matter with her..." Bisik si lelaki penuh sensual sebelum menghidu haruman yang tersisa pada leher berkalung mutiara itu.
"Tapi honey. Bila you nak mulakan tugas. I tak sabar lagi ok. Lagi lambat you bertindak. Huh, lagi lamalah I boleh dapat pegang all his wealthy!" Tukas wanita kenamaan itu dengan tapak tangannya menolak dada si lelaki yang semakin tidak sabar mahu menakluki tubuh gebu itu.
"Sebab itu tadi I bertanya pada you? You nak I hapuskan dia seorang sahaja atau kedua-duanya sekali?" Soal lelaki itu lagi sambil wanita kenamaan itu menanggalkan tuksedonya.
Lalu membuka pula satu per satu butang kemejanya. Bibir merahnya pula menguntumkan senyuman penuh makna.
"I will let you know, darling..." Ujar wanita itu yang sedikit terjengket tatkala ingin berbisik kata-kata.
Baru sahaja wanita itu ingin menjauh. Lelaki itu pula memegang kedua-dua belah pipinya lalu mengucupi bibir yang dari tadi dia dambakan.
Pagutan kasar itu semakin menjadi dalam. Kemudian lelaki itu mencari pula lehernya. Wanita itu mulai memejamkan mata. Nafasnya terengah-engah.
Terduduk kedua-duanya. Tangan wanita kenamaan itu meramas rambut lelaki yang muda daripadanya itu dengan kejap sekali.
Ternganga tatkala kepala sang jejaka terbenam jauh ke daerah perbukitannya pula. Manakala si wanita yang menanti di luar mencemikkan wajah bila telinga yang dia tadah di balik pintu terdengar erangan demi erangan.
"It' s more better if you also die, old bitch!" Hamunnya meradang bilamana teringatkan apakah pula yang bakal terjadi selepas itu.
Tan Sri Achtar dalam perjalanan menuju ke villa mereka yang terletak di Bukit Antarabangsa. Dia tahu isterinya itu bukannya kisah kalau dia pulang lewat sekalipun.
Masih terngiang-ngiang lagi desahan si Ninie ketika mereka 'bersama' di dalam kereta mewah ini selain di apartment Ninie.
"Dayana Maleeka... " Tapi sebaris nama ini tetap tertanam jauh di lubuk hati. Wanita jelita itu umpama jinak-jinak merpati.
"Aku akan pastikan. Kau pun akan dapat aku puaskan. Hahaha!" Ujarnya tergeleng-geleng. Pemanduan dia kini semakin ingin melewati lorong berliku.
"Aku dari tadi perasan. Kenapa kereta hitam sama dengan aku ni asyik follow aku saja?" Tan Sri Achtar semakin berasa curiga.
Walaupun tiada apa-apa yang berlaku mahu pun sebarang hentaman. Tetapi prasangka tetap merajai hatinya kini.
Kini kereta mewah Tan Sri Achtar sudah memasuki ke lorong yang bakal membawa keretanya itu ke arah deretan villa elit.
Sekali lagi mata terpanah cermin atas dahinya itu. Kini kereta yang mengekori kereta dia tadi sudah menghentikan tindakan tersebut.
Tan Sri Achtar teruskan pemanduannya seperti biasa.
SEBAHAGIAN daripada kawasan perairan Chao Phraya itu sudah di tandakan dengan pita rentang garisan polis. Pihak polis Malaysia dan juga pihak berwajib negara Thailand sendiri sudah memenuhi tebing.
Pasukan forensik pula sedang melakukan proses pengecaman.
Manakala pihak wartawan pula hanya mampu mengambil gambar dari jarak jauh.
"John Doe?"
"Ya, tiada sebarang pengenalan…"
"Mungkin ada dalam poket baju? Atau kawasan sekitar?"
Hanya gelengan sebagai jawapan. Agent Sue dan Agent Zidan berpandangan sesama sendiri.
"Atau inikah orang hilang yang sedang kita siasat itu?" Agent Sue berinkuiri. Ada beberapa hipotesis yang terencana di benaknya kini.
Dua anggota perisik rahsia dan anggota Polis Diraja Thailand langsung bergerak ke tebing sungai.
Dari jauh, bau sudah berawangan. Mayat kembung itu masih lagi berpakaian namun bahagian bawahnya tiada.
Agent Sue dan Agent Zidan mengambil tempat di sebelah kanan mayat. Sementara itu, anggota polis Thailand pula di sebelah kiri dalam keadaan menakuk lutut.
"Mayat dah mengembang… memang sukar nak siasat siapa. Hanya proses bedah siasat sahaja yang boleh kita harapkan…"
"Muka pun dah lain… tapi baju tu…" Agent Sue terus menarik keluar telefon pintarnya.
Manakala Agent Zidan cuba membelek wajah kembung tersebut. Dan secara perlahan-lahan dia meluaskan mulut mayat itu.
"Nah, tengok ni …" Agent Sue menghulurkan telefon pintar dari tangannya untuk diambil oleh Agent Zidan. Agent Zidan membuka sarung tangan buat seketika sebelum mengambil huluran tersebut.
"Hmm… berdasarkan pada ciri rambut memang ada persamaan. Baju… kalung tu. Sue, kalung ni … bukan ke?" Agent Rick tidak jadi mengeluarkan taakulannya pabila anggota Polis Thailand seakan-akan sedang memasang telinga.
Agent Sue juga perasan akan kalung tersebut. Lama dia menatap separuh kalung yang terkeluar dari dalam genggaman telapak tangan si mayat. Sedang mereka memerhati, ahli-ahli patologi membuat kerja mereka.
Mereka di datangi seorang lelaki lengkap dengan suit hitam dan di sebelahnya seorang wanita dan kedua-duanya berkacamata hitam.
Pegawai polis Thailand bingkas bangun dan berkata sesuatu pada keduanya dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.
"Kau rasa siapa mereka tu?" Bisik Agent Sue dan Agent Zidan dari memandang mereka terus merenung rakan sejawatnya pula. Kening diangkat isyarat dia juga tidak pasti.
Lalu kedua-dua agen perisik dari Malaysia itu juga mendongak dan mendengar. Dalam pada masa sama, Agent Sue dapat memahami beberapa perkataan.
Kedua-dua pasangan serba hitam dan berpakaian korporat itu terangguk-angguk.
Telefon pintar Agent Zidan pula berbunyi dan sekali lagi menanggalkan sarung tangannya untuk menarik keluar telefon tersebut dari poket belakang seluar.
Agent Sue sama-sama memantau keadaan si mayat sambil-sambil mendengar omelan pegawai-pegawai polis Thailand.
"Miss, buat masa ini tidak banyak spesimen yang boleh kami perolehi," ujar salah-seorang ahli patologi berbahasa melayu.
Agent Sue mengangguk dan mengarahkan pandangan tajamnya ke sungai. Lantas ada beberapa tayangan visi hadir berdasarkan intuisi dan hipotesis. Dia cuba membayangkan cara kematian si mangsa.
"Boleh pastikan tak livor mortis?" Agent Sue meminta. Lalu ahli patologi cuba membalikkan mayat yang kembang itu. Baju yang makin reput dan sangat basah serta kotor itu diselak.
"Agak sukar nak melihatnya kerana keadaan mayat..." Agent Sue akui itu lalu dia terus melambaikan tangannya pada jurukamera polis mereka, untuk membidik gambar dari sudut yang dia mahukan.
"Awak, ambil dari sudut ini dahulu," terang Agent Sue sedaya-upaya menyentuh dengan lembut agar kesan spesimen tidak hilang atau rosak.
Lama matanya memerhati kalung dan kesan jerutan pada leher yang basah itu. Kelihatan ada lumut sudah beranak di kalung.
"Hah, apa dia?" Agent Sue tersentak saat ada bisikan di telinga. Laju dia mendongak dan Agent Zidan saat itu mengangguk.
"Jadi, kita kena bergerak sekarang? Bagaimana pula yang ini?" Soal Agent Sue sambil mengerling pada mayat yang mereka berikan mana John Doe itu buat sekian kali.
Agent Zidan mendongak pada salah-seorang anggota polis Thailand lalu menapak ke arahnya.
"Laporan nanti kami emelkan…" Sahut ahli patologi pula.
Dia tahu, sudah pasti banyak yang perlu di siasat. Oleh kerana itulah, segala sisa spesimen dia akan ambil dan cari. Termasuk kuku, rambut yang akan dilakukan atas meja post mortem nanti.
"Jangan risau. Kita akan kembali lagi di sini pagi esok. Banyak yang perlu kita selesaikan Sue…"
PEMERIKSAAN eksternal pada tubuh si mayat selesai dilakukan, segala yang berkait sudah tercatat dalam kertas laporan autopsi.
Setelah itu, Dr Marione sebagai salah-seorang ahli patologi terkemuka hospital serta untuk Unit Forensik Polis, dia akan memulakan siri pembedahan internal pula.
Segala alatan tersedia dalam keadaan steril dan tersusun di dalam bekas bernama kidney bowl. Sambil meneliti lalu tangan kanan mencapai scalpel iaitu pisau kecil pembedahan dari dalam bekas berbentuk buah pinggang tersebut.
Sebelum itu, dia akan menyapu dahulu kawasan berkenaan dengan kapas petak beralkohol. Membuat poin-poin dahulu sebelum dia langsung melakukan sayatan berbentuk huruf Y yang bermula dengan torehan lapisan kulit makin ke dalam dari kedua sisi bahu si mayat sehinggalah ke bahagian tulang pinggul.
Gauze atau dalam bahasa mudahnya kain kasa beralkohol digunakan bagi menyeka darah yang mengalir.
Kemudian, proses pemisahan kulit dan jaringan bawahnya sehingga ke tulang rusuk akan dilakukan supaya ruangan dalam abdomen terlihat jelas.
Begitu juga dengan tulang rusuk di bahagian hadapan. Barulah dia akan lakukan siasatan terhadap organ-organ yang berkaitan.
Bahagian leher dan dada yang terbelah dua diteliti dengan secukupnya. Twizzer akan dia pastikan sentiasa dalam kepitan jemarinya.
Seandainya dia menemui sesuatu yang pelik, dia menariknya dengan penuh berhati-hati menggunakan twizzer.
Benda yang dia kepitkan itu diangkat lalu diteliti. Menggeleng kerana ia bukannya apa-apa hanya cebisan saraf.
"Hmm… dalaman leher tiada penemuan apa-apa yang mencurigakan selain kesan jerutan…" Dia berkata-kata sambil mencatat dalam buku nota dahulu.
Lalu pen berdarah diletakkan kembali. Untuk dia lakukan jahitan silang pangkah sebelum dia lakukan siasatan bahagian abdomen pula.
Medical suturing thread digunting bila selesai menjahit.
Kali ini giliran dia menyelidiki isi dalaman abdomen termasuklah jantung serta yang lain-lain. Setiap aliran saluran vena juga dia selidik khuatir ada bendasing yang kebarangkalian adanya dalam beberapa persen.
Sesekali lengan berbaju PPE nya menyeka dahinya yang basah dengan peluh.
Dan setiap kali usai melakukan pemeriksaan, tangan yang dicemari darah itu terus menulis sesuatu atas kertas untuk catitan kasar, sebelum dia isikan ke dalam borang pemeriksaan sebenar. Dan ini termasuklah metod yang digunakan oleh penyerang.
Dr Marione lebih menggemari menyebut sebagai penyerang dari pembunuh kerana tidak semestinya ia berlaku dengan niat membunuh ada juga tanpa kesengajaan si pelaku. Kemalangan juga merupakan salah-satu kemungkinan.
Dengan menggunakan twizzer secara perlahan-lahan dia cuba mengeluarkan serpihan kaca yang tertanam pada usus besar si mangsa lalu dia menelitinya buat seketika.
"Kaca? Dalam perut ada kaca? Tapi… tiada kesan torehan pun… atau dia terminum? Aku harus tunjuk pada Zidan… aku ingatkan sekadar kesan jerutan pada leher, lebam pada pipi dan bibir…" Omelnya sebelum meletakkan spesimen dalam sepitan twizzer ke dalam bekas bukti yang telah disterilkan.
Semua sampel untuk setiap organ sama ada menemukan apa-apa atau pun tidak tetap dia ambil untuk pemeriksaan menggunakan mikroskopis.
Setelah memastikan tiada apa-apa lagi, Dr Marione akan menjahit. Dan sedang pakar patologi itu asyik melakukan jahitan pada anggota yang sudah dia kenalpasti serta lakukan pemeriksaan Post Mortem.
Seorang lelaki yang sudah tersedia dengan pakaian PPE lengkap dengan pelitup muka, topi, sarung tangan pakai buang namun sudah steril dan kasut juga berbungkus dengan satu lagi lapisan dari jenis kain yang sama. Bagi mengelak sebarang jangkitan kuman untuk dirinya serta dari dirinya.
Dr Marione mengakhiri jahitan silang pangkah itu dengan menggunakan scissor yang di khaskan. Bukan sebarang gunting.
Setelah itu dia lakukan pula sayatan pada bahagian kaki si mangsa dan bahagian paling akhir dalam proses bedah siasat.
Lelaki yang memegang pangkat ASP itu terus setia menanti, sambil mata tertumpu pada proses sayatan yang wanita berketurunan Serani itu lakukan.
Dalam masa sama mata lelaki berbaju PPE biru lembut itu, tajam memerhati bahan sampel yang berada dalam botol khas di tepi meja peralatan pembedahan.
Dr Marione akhirnya mendongak. Tersenyum dari dalam pelitup muka. Manakala pegawai polis itu pula sekadar memberi anggukan.
Dr Marione buang sarung tangan setelah ditanggalkan, sebelum dia ambil satu lagi yang baru serta bersih.
Sempat lagi dia sorongkan ke atas kacamata ala Korea nya yang hampir mengenai bawah hidung. Melangkah dari arah sinki untuk ke meja, di mana sebelah atasnya ada timbunan fail-fail laporan lama serta yang baru.
Pegawai polis itu menyarungkan kembali kadbod kecil serta bertali berisi nama mangsa ke ibu jari kaki tubuh kaku bernama John Doe.
Asp Zidan mengikuti Dr Marione ke meja. Di tangan doktor yang masih memakai cap biru pembedahan menyalin nota-nota yang dia dapatkan tadi ke dalam fail maklumat mayat.
Asp Zidan juga, sempat membaca walau ada perkataan saintifik yang dia kurang mengerti akan maknanya.
"Baiklah… selain kesan-kesan lebam pada wajah si mangsa dan juga kesan lebam jerutan. Saya juga ada menemui… tapi, wait… bercakap pasal kesan jerutan… saya lihat ada yang tidak kena selain penemuan… serpihan kecil kaca ini…"
Share this novel