Harini, kami sepakat nak makan bersama di rumah emak dan ayah.
“Abang nak lauk mana? Bawa sini pinggan tu, Rai ambilkan lauk.”
Megat tersenyum. “Nak sambal udang aje”
“Ni aje? Cukup ke?”
Megat memang makan banyak. Tapi bila makan di rumah mak, tiba-tiba macam tak banyak makan pula. Mungkin, dia masih segan lagi. Iyalah, baru sebulan kami berkahwin.
“Cukup… Tengok muka Rai pun dah kenyang,” jawab Megat sambil mengenyitkan matanya. Aku pula yang tersipu malu.
Along terbatuk-batuk mendengarnya. Manakala, angah tak nak kalah.
“Eyra sayang… Tolong ambilkan lauk ayam tu. B tak sampai lah nak ambil.”
Merah muka Eyra bila dipanggil begitu. Aku pula buat muka nak termuntah.
Along menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat telatah kami.
“Laling… Tolong tuangkan abang air.”
Ceh! Dia nak juga!
“Buwekkk!” kata kami serentak.
Kak Mel hanya tertawa mendengarnya.
Emak dan ayah tersenyum-senyum memandang sesama sendiri. Mesti teringat saat-saat indah semasa awal perkahwinan mereka.
“Yan nak kahwin juga lah lepas habis sekolah.”
“Jangan mengada-ngada!” kata emak dan ayah serentak membuatkan yang lain tertawa.
Rayyan buat muka muncung sedepa.
“Kejar cita-cita dulu. Dah ada kerja elok, ekonomi dah stabil, baru fikir fasal kahwin. Nak bela anak orang ni bukan senang.” Tambah emak lagi. Kami hanya mengangguk mengiyakan kata-kata emak.
Tiba-tiba…
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam…,” jawab kami serentak.
Que muncul di sebalik pintu. Terus berdiri aku bila nampak muka dia.
”Que!!!”
Que tersengih-sengih sambil mendepakan tangannya. Dia ingat aku nak peluk dia lah tu?
“Aduh! Aduh! Sakitlah Kak!”
Aku mencubit-cubit perut dia. Geram betul aku dengan adik aku yang seorang ni tau!
“Ingat dah tak tahu jalan balik rumah! Kita orang kahwin, kau tak balik pun!”
Que melutut. “Ampun Kak Rai… Que bukan tak nak balik. Que dah on the way nak balik dah! Motor Que terbabas masuk parit. Nasib baik ada orang nampak. Dia tolong Que. Que warded kat hospital semasa majlis tu.”
Rasa bersalah pula aku. Emak terus bangun mendapatkan Que.
“Kenapa tak beritahu? Ya Allah… Teruk ke?”
“Tangan ni retak sikit. Tapi ni dah okay kut. Company bagi cuti extra sebab Que dah lama tak minta cuti. Ini yang dapat balik sini hari ini.”
“Siapa yang tolong kamu?”
Que tersenyum. “Anak sedara Pakcik Pian yang kerja kat tadika tu. Kebetulan, dia yang lalu masa tu.”
“Lain macam saja kamu senyum ni?”
“Mana ada…”
Sah! Mesti hati dia dah tersangkut kat anak sedara Pakcik Pian tu.
“Kalau iya pun… Bagilah dia masuk dulu,” kata ayah.
Seronok betul harini dapat kumpul beramai-ramai. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Megat. Mesti dia rindu akan arwah keluarganya. Allah Maha baik, dapat dia menumpang kasih dengan keluarga kami yang serba kekurangan ini.
“Abang….”
Selepas makan malam, kami pulang ke rumah. Iyalah, rumah kami kat sebelah saja. Tahun hadapan baru aku ikut Megat berpindah ke rumahnya semula. Kafe macam mana? Berat hati nak tinggalkan kafe sendiri. Tapi, Eyra kata dia boleh uruskan sendiri kalau aku beri kepercayaan pada dia sepenuhnya. Lagipun, angah memang duduk disini. Jadi, dia tak kisah sangat.
Megat tersenyum lalu menutup buku yang dibacanya sebentar tadi. Ini yang aku suka, bila aku panggil dia atau bersembang denganya, dia akan berhenti melakukan apa jua aktiviti yang dia sedang lakukan dan memberi sepenuh perhatiannya kepada aku.
“Yes, dear?”
“Bila kita nak pergi honeymoon?” soal aku sambil memintal-mintal rambutnya.
Megat diam seperti sedang berfikir.
“Sayang nak pergi honeymoon kat mana?”
Serta merta aku melompat dan duduk di sebelahnya.
“Korea!”
Megat tertawa geli hati melihat aku.
“Kenapa Korea?”
“Sebab ada Oppa!” jawab aku selamba.
Megat terus memulas telinga aku lembut.
“Oh… Tak boleh. Tak boleh. Biasa dia ni. Nak cuci mata pula. Suami ada kat depan mata, sibuk nak tengok Oppa lain pula. Abang Megat sayang ni tak cukup Korea lagi ke?”
Aku tertawa. Tak pernah aku nampak Megat membebel. Tapi aku suka! Nampak yang dia sayang sangat kat aku. Rasa seperti aku lah perempuan paling beruntung kat atas muka bumi ni.
“Orang gurau ajelah.”
“Orang. Orang. Sayang lah.”
Aku tersengih. “Sa… Sayang, malu.”
Megat mendekatkan telinganya betul-betul depan mulut aku.
“Lagi sekali. Tak dengar.”
“Sayang cakap… Sayang malu…”
Megat tersenyum lalu menarik tangan aku.
“Eh? Nak pergi mana?” soal aku sambil mengikuti langkah Megat.
“Masuk bilik. Nak bunuh syaitan,” jawab Megat sambil tersengih-sengih.
Ceh! Bunuh syaitan…
Walaupun baru sebulan usia perkahwinan ini, aku sudah dapat merasakan keserasian antara kami berdua. Mudah-mudahan perkahwinan ini akan membuka semua pintu-pintu rezeki serta pintu-pintu rahmat dan akan kekal sehingga akhir hayat. Benar bagai dikata, jangan benci-benci nanti jatuh sayang.
2/1/2025 | 2.40 Petang
TAMAT
SELAMAT TAHUN BARU
DARI
BUNGA FELORA
Share this novel
Selamat tahun baru bunga felora....semoga diberi idea yang melimpah ruah untuk novel2 yang seterusnya.....
Selamat tahun baru , Bunga Flora,,,