Series
13264
LUTHFAN sejak dari kecil tidak pernah hidup dalam kekurangan sebagai cucu saudara Syed Amani. Hidupnya dibina dengan kemewahan dan segalanya sudah tersedia kecuali satu. Satu perkara yang sering menghantui fikirannya dari dulu hingga sekarang adalah cinta sejati.
Di pejabat pengurusan Cent Miracle, Luthfan berdiri di dinding kaca menanti dengan sabar kehadiran satu-satunya waris yang membesarkannya selepas apa yang berlaku. Pandangannya kosong, kedua tangannya terselit di poket tapi rahangnya mengetat.
"Encik Luth, maaf sebab tunggu terlalu lama. Encik Najmi suruh saya pesan yang Encik kena balik rumah malam esok. Encik wajib jumpa dengan Encik Syed Amani."
Luthfan mengeluh. "Mana Encik Najmi pergi? Ada lagi pesan?"
Matanya dipejam sekejap. Kepalanya sedikit terdongak mencuri nafas. Pak Cik Najmi merupakan orang tengah yang suka sangat paksa dia jumpa dengan atuk. Dua lelaki tua yang tidak pernah rasa penat dam tidak mahu berhenti menguruskan kehidupannya.
Dari awal lagi mereka akan mencampuri urusan peribadinya baik dari belajar, cara berpakaian dan termasuk soal jodohnya. Semuanya perlu melalui tapisan mereka berdua dan bukan pilihannya sendiri.
Baginya, cinta bukan sesuatu yang boleh diatur. Dia sudah cuba bercinta tapi semua hubungan terasa seperti mengulang skrip yang sama dan dia letih. Hanya seorang sahaja yang lain dan perasaan itu masih belum mati sepenuhnya. Sayangnya dua lelaki tua itu tidak merestui hubungan mereka.
"Trisya."
Nama itu terbit bersama senyuman tipis. Cantik, manja, bijak bergaul dengan semua rakan-rakannya dan tahu apa yang dia mahukan.
"Rindunya I dengan you," gumam Luthfan.
Perempuan seperti Trisya merupakan satu-satunya perempuan yang tidak pernah berpura-pura bila bersamanya. Berbeza dengan perempuan lain yang gemar menarik perhatiannya. Terlalu lembut, terlalu berharap dan terlalu mahu memiliki hingga sanggup lakukan apa sahaja. Sungguh dia terasa muak dengan semua itu.
"Encik Luthfan, hal pembantu peribadi yang encik minta sebelum balik sini tu...."
"Encik Najmi dah tanya Encik Syed dan dia tak benarkan," pintas Luthfan tanpa menoleh.
Sunyi. Luthfan hanya mampu mendesah panjang.
"Aku dah agak."
Nada suaranya dingin. Setiap keputusan dalam hidupnya seperti perlu mendapat cop kelulusan orang tua itu. Dia berpaling, mendepa tangan dengan perasaan kesal.
"Dah agak. Balik tak balik sama aje. Sungguh mengecewakan."
.
.
.
Lori Wahid berhenti di depan rumah Ayien hampir 10 minit tapi Ayien masih tenang menjawab panggilan di sebelahnya. Sesekali Wahid menjeling sebelum menongkat dagu di stereng.
"Saya ingat... esok? Boleh. Pagi pun boleh."
Mulut Wahid mula mengomel dengan niat mengusik. "Apa benda yang dari tadi boleh, boleh. Lebih 10 kali dengar perkataan tu."
Ayien mengangguk. "Okey, baik-baik. Faham. Boleh... terima kasih sangat. Assalamualaikum."
Akhirnya, panggilan ditamatkan. Suasana sunyi seketika sebelum bahu Wahid ditumbuk dengan perasaan teruja dan penuh kasih sayang daripada Ayien.
"Eh! Kau ni dah kenapa, gila?”
Bahunya digosok dengan jelingan tajam tapi tetap masih tersengih.
"Aku dah dapat kerja baru."
Bisikan Ayien nampak selamba tapi senyumnya tetap tidak boleh disorok.
"Manusia mana yang nak ambil kau kerja," usik Wahid sinis.
"Bodoh kau!" jerit Ayien.
Spontan dia menumbuk bahu Wahid dengan lebih kuat. "Ingat tak pak cik yang selalu borak dengan aku dulu?"
Wahid urut janggutnya yang sejemput. "Ramai je pak cik tua nak try kau. Mana satu?"
"Wahid!"
Tawa Wahid meletus. Wajah Ayien masam mencuka buatkan dia makin susah untuk berhenti ketawa.
"Sorry okey. Aku tak ingat, kau tu suka sangat borak dengan orang tua time niaga."
"Kau ni... yang suka tanya aku tak nak sambung belajar, tanya mak aku sihat ke semua tu."
Wahid berfikir sekejap. Dia memandang ke arah jiran Ayien yang baru balik dari kerja. "Oh, ingat! Pak cik yang pakai topi lusuh tu?"
"Haah... yang itu."
"Okey, lepas tu?"
"Wahid, dia ajak aku kerja dengan dia tadi."
"Oh, baguslah! Call lama-lama tadi sebab dia nak bagi kau kerja tapi kerja apa, Ayien?"
"Pembantu peribadi."
"PA. Pembantu driver, peneman hidup ke calon pembantu siap akad?" soal Wahid, mengusik.
Ayien ketawa mengekek. "Kejam! Kejam betul tuduhan kau. Aku cuma kerja dengan dia pagi sampai petang. Esok dia nak jumpa aku."
Wahid mengangguk berulang kali. "Alhamdulillah. Baguslah... sekurang-kurangnya kau ada kerja tetap."
"Tapi nanti kau niaga sorang-sorang?"
"Eloklah sorang, cepat sikit aku kaya. Tak payah nak bayar gaji orang pemalas macam kau."
"Busuknya mulut! Tak gosok ke pagi tadi."
Mereka ketawa bersama dan hanya mereka sahaja faham gurauan itu. Seminit kemudian, Ayien mengeluh panjang. Wahid diam melihat dia memandang pagar rumah. Senyumannya terukir tanpa dipinta.
"Ayien, yang penting...."
"Halal,” sambung Ayien serentak dengannya.
Mereka saling pandang sebelum sambung ketawa lagi.
"Manja, turunlah. Esok jangan lambat. Aku hantarkan," tegur Wahid sambil tangan bergerak menghalau Ayien.
"Jangan lupa jemput aku makan kalau gaji first masuk."
Ayien mengeleng sambil senyum nipis. Dia turun dan melambai sebelum menutup pintu lori.
"Terima kasih sebab selalu manjakan aku."
"No hal... gerak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Tak ada dia mesti aku dengan mak merempat bawah jambatan." Langkahnya ringan malam ini tapi bukan sebab dapat kerja tapi sebab ada kawan sebaik Wahid.
Suasana berbeza di rumah Syed Amani. Luthfan berdiri sambil memandang kakaknya berbual dengan tetamu yang hadir. Dia tersenyum apabila mengenangkan kejadian siang tadi.
"Model yang pegang bunga tadi...."
Bicaranya terhenti tapi tangannya masih menunding ke arah di mana model itu berdiri sebelumnya.
"Tadi tu... dia bukan model tetap kakak pun. Kawan."
"Dia ke mana?"
Farhana mengangkat bahu. "Dah balik, sambung kerja dia agaknya. Dia cuma tolong kejap aje sebab kakak yang minta."
Jawapan kakak menyebabkan Luthfan terdiam sampai sekarang. Entah mengapa ada rasa tidak selesa meresap dalam dirinya. Mungkin kerana peluang yang terlepas begitu sahaja.
"Dah kenapa kau fikir ke perempuan tu bila nampak kakak," gumam Luthfan sambil tunduk memicit dahi.
Dia sendiri keliru perasaan itu datang tanpa dijemput ketika melihat kakak ceria di bawah. Dia keliru kerana perasaan itu bukan sebab jatuh cinta dan juga bukan tentang rindu.
"Tenang Luth, kau cuma rasa terganggu dengan personaliti dia."
Luthfan sedar dia sudah terbiasa dengan perempuan cantik, perempuan yang sentiasa yakin tapi perempuan tadi langsung tidak cuba menjadi apa-apa di hadapannya. Mungkin itu yang buat dia terasa ingin tahu.
"Amboi-amboi... termenung pula abang kacak ni."
Luthfan tersentak. Dia mengoyak senyuman nipis sebelum berpaling.
"Camelia."
Happy reading dan thanks sebab sokong win. Mana belum singgah boleh singgah?
Share this novel