4

Romance Series 13264

HARI pertama bekerja, Ayien sudah berdiri di luar rumah besar sambil menikmati angin pagi yang nyaman. Kereta hitam milik Encik Luthfan sebentar lagi bakal menjadi kawan sejati selepas ini. Dia menghampiri kereta dan menghidupkan enjin lebih awal seperti yang diarah atuk.

"Pagi pak cik."

"Pagi Cik Ayien. Dah ada kunci kereta Encik Luth ya."

Ayien mengangguk dan senyum segaris.

"Pak cik harap Cik Ayien banyak istighfar ya kerja dengan Encik Luth."

Riak wajah Ayien berubah mendengar nasihat pengawal keselamatan rumah ini. Dia mengeluh kecil.

"Saya risau dia yang kena banyak belajar mengucap dengan saya pak cik."

Mereka ketawa kecil serentak kerana faham apa yang bakal berlaku.

"Satu je pak cik nak bagitahu. Ada masa manusia akan total down dan akan hilang kawalan bila terlalu banyak tekanan hidup. Ayien boleh redakan emosi Encik Luth dengan...."

Terjongket kening Ayien menunggu bicara seterusnya. "Dengan apa pak cik?"

Pak cik itu mendekat dan berbisik. Ayien tertunduk mahu mendengar. Beberapa saat, dia mengangguk lambat. Tidak sampai sedetik, pak cik menjarakkan diri apabila terdengar suara Encik Luthfan dan seorang perempuan berbual di muka pintu.

"Saya kerja dulu. Terima kasih nasihat."

Luthfan keluar dari rumah dengan langkah malas. Wajahnya kaku, pandangannya tajam memerhati lelaki jadian yang atuk kirimkan untuknya manakala Ayien pula masih berdiri tegak di sebelah keretanya.

"Selamat pagi, Encik Luth," tegur Ayien, sopan.

"Pagi. Awak sengaja nak suruh saya ikut aturan atuk everyday," bebel Luthfan.

"Betul, Encik Luth," jawab Ayien selamba sambil membuka pintu kereta untuknya.

Lelaki itu masuk tanpa disuruh. Dia berlari kecil untuk masuk ke dalam kereta. Nafasnya dihela kasar.

"Atuk pesan, Encik Luth akan breakfast dalam kereta. Saya dah sediakan coklat panas dengan ham veggie sandwich."

Sunyi. Bagi Ayien, majikannya dengar dan memilih diam. Dia reda. "Okey, faham. Tak suka borak dengan bawahan. Santai, janji kau dah buat tugas kau."

"Subhaanalladzi sakhkhara lanaa hadza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wainnaa ilaa rabbana lamunqalibuun." Tangannya mengusap wajah setelah selesai membaca doa.

"Bismillah."

Luthfan hanya memandang wajah Ayien dari sisi sambil menilai. "Kenapa dia yang atuk pilih untuk kawal aku."

Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat, Ayien hanya mendengar bunyi radio yang dipasang. Sesekali dia mencuri pandang memandang lelaki di bahagian penumpang dari cermin pandang belakang.

"Ada briefing daripada atuk?" tanya Luthfan sebaik tersedar Ayien memandangnya.

"Maaf, atuk pesan mulai hari ini saya kena ikut Encik dari rumah awal pagi sampai petang. Habis kerja nanti saya bawa Encik balik rumah," balas Ayien tenang sambil memandu.

Luthfan mengangguk dan membuang pandangannya keluar sambil menikmati sarapan yang disediakan. Dia mula rasa rimas dengan pembantu baru untuk hari yang baru bermula.

"Kenapa rasa lain? Atuk tak pesan ke pagi aku makan apa?"

"Maaf, atuk cuma bagi menu dan suruh saya pilih. Kenapa, tak sedap ya?"

Ayien menggenggam stereng menunggu jawapan. Telinganya sudah siap sedia untuk dimaki.

"Sedap. Lepas ni sediakan yang sama."

Ayien mengurut dada merasa lega. "Syukurlah kena dengan tekak dia."

Hampir 45minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di Syarikat Cent Miracle yang nampak menyeramkan untuk Ayien. Dia hanya mengikut tanpa senyuman.

"Jangan pernah sekali kau berani buat benda pelik belakang aku, Ayien."

Jari Ayien mengepal apabila ditegur. Dia ketawa sinis ketika majikannya tahu apa yang dia mahu lakukan di belakang tubuhnya. "Tahu pula dia yang aku nak tumbuk dia."

"Saya cuma nak buang benang dekat baju. Itu je," dalih Ayien.

Pintu lif terbuka, kedatangan mereka disambut beberapa orang pekerja di bahagian ini.

"Welcome Encik Luthfan. Encik Najmi sudah lima minit tunggu di dalam ruang Encik."

Luthfan diam manakala Ayien mengangguk dan mengambil fail yang dihulur Asiah, pembantu Pak Cik Najmi.

"Terima kasih, kak," bisik Ayien.

"Good luck, Ayien," balas Asiah dengan senyuman nipis.

Pintu bilik Ayien tolak dengan perlahan. Dia menundukkan wajah apabila lelaki itu melintasinya.

"Morning uncle."

"Morning Luth. Ayien, awak okey hari ni?"

Ayien senyum senget dan memberi isyarat ibu jari ke Pak Cik Najmi. Tiba-tiba Encik Luthfan berdehem mematikan senyumannya.

"Saya ke dia anak buah uncle," perli Luthfan.

"Luth, lupa ya apa uncle pesan kelmarin. Uncle tahu Luth... you sebenarnya tak suka kerja dalam bidang ni tapi you kena faham. You sorang je cucu lelaki Syed Amani dan dia harapkan you. Selama tempoh percubaan yang diberi, you perlu buktikan yang you boleh jalankan amanah ini," ucap Najmi dengan panjang lebar. Dia tahu anak saudaranya akan memberontak dengan semua yang sudah diatur.

"Hmm, faham. Selama hidup Luth, boleh ke diri ni kata tidak?"

"Ini semua untuk kebaikan Luth."

"Terpulanglah uncle. Kau Ayien, rasanya boleh dah pergi balik ke ruang kau. Jangan nak menyemak dalam ni."

Ayien yang dari tadi mematung terkedu. Dia memandang wajah lelaki yang baru sahaja menghalaunya tanpa menoleh. "Dia halau kau, Ayien."

"Hah, saya...."

Najmi mengangkat tangan supaya Ayien diam.

"Sorry Luth, Ayien akan duduk dalam bilik ni sekali dengan Luth. Everyday," terang Najmi dengan nada sedikit rendah dari sebelumnya.

Luthfan berpaling laju. Riak wajahnya berubah, kepalanya terteleng memandang Pak cik Najmi.

"Apa?! Budak ni... dengan Luth!" teriak Luthfan dengan nada tidak puas hati.

"Yes. Atuk yang nak Ayien satu pejabat dengan Luth," balas Najmi dengan yakin.

Luthfan ketawa sinis.

"Atuk memang pandai pilih orang susahkan Luth," sindir Luthfan.

Belum sempat Ayien menjawab, tubuhnya tersentak ke belakang apabila majikannya melangkah terlalu dekat ke arahnya. Dia mula hilang imbangan dan fail di tangannya terangkat tinggi hingga hampir terlepas.

"Kau fikir dengan cara ni, atuk boleh kawal aku?"
Jari telunjuk Luthfan hampir mencecah hidung Ayien, disulami dengan pandangan tajam yang mampu membunuh.

"Jangan mimpi."

Liur diteguk. Tangan majikannya ditolak perlahan-lahan menggunakan fail. Ayien tunduk dan mengelak dari diserang Encik Luthfan.

"Tak baik tuduh Encik Luth. Saya pun sama macam Encik. Kena dengar cakap atuk... kalau tak, gaji saya kena potong."

"Bohong!"

Bibirnya dikemam menahan emosi. Nafasnya ditarik panjang. "Sabar Ayien. Tak baik pagi-pagi gaduh. Rezeki tak masuk nanti."

"Saya dapat apa bohong Encik Luth," desah Ayien tanpa sedar.

Najmi menghampiri mereka berdua. "Luth, bukan salah Ayien. Atuk yang nak Ayien sentiasa dengan Luth."

"Atuk ke dia?!"

"Hep, mulut tu jangan busuk sangat. ingat saya minta ke?"

"Yalah. Memang kau sengaja minta sebab nak tunjuk hebat depan atuk."

Najmi menjulingkan mata. Dia mendesah kasar melihat mereka bertegang leher semula.

"Cukup! Dah, jangan gaduh. Bingitlah. Ayien, mulai hari ni awak duduk aje dekat sofa tu," tutur Najmi dengan nada meninggi dari sebelumnya.

"Baik pak cik," balas Ayien.

Ayien menarik baju agar lebih kemas. Dia mengangguk faham. Bebelan lelaki itu masih tidak berhenti dan langsung tidak mengganggu kerjanya. Fail di tangan diletak dengan penuh berhati-hati di meja kaca dengan mimik muka mengejek.

"Luth tengok Ayien lagi buat apa, tempat Luth di sana."

Tubuh anak buahnya ditolak ke arah meja. "Ingat Luth, atuk sengaja buat semua ni sebab nak Luth jadi lebih bertanggungjawab."

"Alasan."

"Suka hati Luth nak cakap apa. Uncle nak keluar. Banyak lagi kerja uncle nak buat."

Luthfan memandang lelaki tua itu berbual dengan Ayien sebelum keluar. Dia menghempas punggung ke kerusi dan memusingkan kerusi dari melihat wajah lelaki jadian yang dikirim atuk. "Kena panggil cleaner ni betulkan kedudukan meja. Sembilan jam nak hadap muka dia."
. .
. Setiap duduk dan kerja Ayien nampak terlalu teratur dan kemas. Luthfan awalnya langsung tidak menghiraukan pembantunya dan fokus dengan kerjanya. Semua kerjanya lelaki jadian ini akan sediakan dengan sempurna dan teratur.

Setengah hari bersama pembantunya, petang ini baru dia berani menatap wajah Ayien yang baru masuk ke biliknya.

"Maaf Encik Luth, ini airnya."

"Letak situ."

Luthfan mengetuk pen di meja dan cuba mengimbas kembali cara Ayien berkerja, bercakap dengan pak cik dan atuk beberapa jam yang lalu. Dia berdehem demi menarik perhatian pembantunya.

"Kau memang betul baru lepas SPM ke Ayien?"

Ayien menoleh dan entah mengapa Luthfan memalingkan wajah seketika. Dia tunduk, berpura-pura sibuk menyelak kertas di atas meja. Tidak sanggup bertentang mata dengan perempuan itu.

"Ya, saya baru empat bulan habis sekolah. Kenapa ya?"

Luthfan menggeleng. "Teruskan kerja kau."

Sunyi seketika sebelum dia mencuri pandang Ayien sedang menghadap tab di tangan. Dadanya seperti merasakan ada sesuatu yang ingin dia tahu tentang Ayien tapi sebabkan ego, dia mengelak dan memilih untuk dipendam sahaja.

Sayangnya tidak sampai seminit, perasaannya berubah. "Plastik. Perempuan tetap perempuan. Esok lusa, dia juga tunjuk juga perangai sebenar."

?happy reading. cerita ni dah lock ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience