BAB 34

Romance Completed 103499

POV UMAR

SEPULANG dari surau, aku terus membawa kaki menuju ke bilik Mami. pintu Aku ketuk, setelah mendapat kebenaran aku meloloskan diri lalu merapatkan semula pintu bilik itu.

Mami yang masih berteleku ditikar sejadah aku rapati lalu merebahkan kepala diatas pahanya. biasanya, bila waktu aku minta bermanja dengan Mami, aku pasti akan bergaduh dulu dengan Amru sebab nak baring dekat paha sebelah kanan.

tapi hari ini, tanpa bergaduh dengan sesiapa, aku rebahkan kepala di paha kiri.

jangan tanya kenapa Mami rileks, hari ni semua tempah. dari sarapan sampailah ke makan malam. aku tak mahu Mami penat seperti majlis-majlis lepas.

"kau tidur sini ke malam tadi?" tentunya dia tahu aku tidur sini sebab...

si Aysar yang sepatutnya masih terbongkang dalam bilik aku seelum aku tinggalkan dia tadi, dah terlentang atas katil Mami. ni mesti dia bangun masa aku pergi surau tadi. dia cari aku tak ada. dia cari nekmi pulak.

"haah."

"kenapa tak tidur sana?" aku sekadar melepas tawa kecil. berat soalan ni.

"tak muat."

"tak muat pun, kau angkut semua anak dia ke sini."

"tu kan anak Umar tu." seloroh aku sekadar mengusir rasa yang bertandang sejak semalam.

"dah tu Mak dia tu? bukan bini kau?" aku tersenyum... kelat. seperti malam tadi, perasaan ini, makin berat menghambat aku. sukar aku tafsirkan perasaan ini. sejak nama Ayin aku sebut dalam akad semalam, hati aku makin rasa was was dengan keputusan yang telah kami ambil.

"tak apa ke Mi? Mar rasa berdosalah. rasa macam tengah khianat adik sendiri." aku dengar Mami beristighfar.

"Amru dah tak ada Mar. tak ada. antara dia dengan kita, dah putus. dia pun dah tak fikir dah apa benda jadi atas muka bumi ni." tiada sepatahpun kata-kata Mami dapat menenangkan aku.

"kau nak kahwin ni, ada kau istikharah dulu?" aku angguk. tentunya aku istikharah. keputusan yang aku ambil ini, bukan keputusan kecil. ia tidak melibatkan aku dan Ayin semata. ia melibat semua pihak. baik keluarga dia, baik keluarga aku.

bernikah dengan wanita yang pernah menjadi adik ipar, tentunya sukar. mungkin, anak-anak saja penyelamat kami jika ada yang memandang serong atas keputusan besar ni.

"dah nikah dah Mar. buang rasa bersalah tu. benda yang kau buat tak berdosa. sedangkan dalam Islam pun halalkan. kalau Amru dengan Wardah cerai hiduppun, kau masih boleh ambil dia jadi isteri. inikan pula cerai mati. ke kau risau buah mulut orang?" aku geleng.

hidup aku tidaklah terlalu complicated sampai perlu kisahkan buah mulut orang. lagi pula, aku duduk jauh, dan semestinya aku akan bawa mereka supaya ikut aku. jadinya, buah mulut orang bukan kerisauan utama aku.

"betulkan balik niat nak kahwin tu. kau cakap dengan Mami, kau nak Mak dia, sebab nak mudahkan urusan kau. kau nak elak fitnah. kau tak nak budak-budak tu duduk dengan entah mana-mana bapak. pasakkan niat tu balik. tak ada istilah khianat ke? rampas ke? berdosa ke? boleh ke? kalau sampai dah Nikah, adalah Allah nak beri yang baik tu. jangan fikir benda yang tak patut fikir. berpijak balik di bumi nyata. Amru hanya kenangan kita. dia dah tiada. dia hanya akan bangkit bila tiba kiamat nanti. Wardah ada status isteri adik kau, tapi tu tiga tahun lepas. harini dia isteri kau. tanggungjawab anak-anak Amru jatuh dekat kau sejurus lepas Amru meninggal. tapi tanggungjawb Kau pada Wardah sejurus kau sebut akad. kau yang minta pada Ayah dia. jadi, layan dia selayaknya. didik dia sebaiknya. sekarang ni, semua bergantung pada kau. sentiasa ada fikir jadi terbaik, supaya dia dapat jadikan Amru sekadar kenangan. tugas kau berat. lagi berat dari Amru. jadi, jalankan sebaiknya. kalau kau rasa bersalah sebab Ambil isteri Amru, didik anak-anak dia supaya tak jauh dari tuhan. itu je harapan Amru yang kekal sampai kiamat. jangan sampai dia orang lupa Daddy dia orang, jangan sampai dia orang lupa doakan Daddy diaorang."

aku bangun dari perbaringan, lalu menarik tubuh Mami masuk kedalam pelukan. diantara aku dan Ayin ada yang paling sakit dengan ketiadaan Amru. wanita ini, zahirnya kelihatan kuat, tetapi dalamannya hancur tidak berupa.

"peranan kau penting. dari budak-budak ni kecil, mata dia orang nampak kau sebagai figura Ayah. tunjuk perkara yang baik-baik. layan Mak dia orang baik-baik. jangan ulang sejarah kau dalam hidup anak-anak." aku telan liur kesat.

kedengaran biasa, tetapi dalam makna yang Mami mahu sampaikan.

RUMPUT yang mula menjalar diatas tanah perkuburan itu aku tarik. Aysar juga ringan tangan membantu membersihkan kubur yang sudah sedikit semak. permukaan tanah yang sedikit membukit itu aku usap lembut. sehingga hari ini, aku masih tidak mampu berpijak pada kenyataan bahawa manusia yang berkongsi segalanya termasuk uri, pergi terlebih dahulu.

manusia yang berkongsi rasa, juga berkongsi minat yang sama sehingga aku terpaksa menanggung beban perasaan yang tidak sepatutnya aku rasa.

"weh, mangkak, aku dah kahwin." butir pasir atas permukaan tanah aku jentik. seolah-olah sendang menjentik Amru. mata aku pasak tepat ke batu nisan yang terukir nama adik kembar aku. hujung bibir menarik senyum senget seakan Amru boleh nampak senyuman itu.

"terima kasih pulangkan balik dekat aku. tapi... kasar betul cara kau pulang balik Ayin kat aku." aku harap ada suara yang membalas bicara aku. tapi semua itu mustahil untuk berlaku.

aku pandang Aysar yang masih sibuk dengan rumput. wajah naif itu membawa tekad aku sehingga ke tahap ini meskipun pelbagai rasa terselit disudut hati aku.

"kalau aku tahu sakit kena rembat lagi baik dari merembat, aku tak minta kau pulang balik Ayin kat aku. sumpah weh, sakit gila! kalau aku tahu aku kena hilang kau untuk dapat balik Ayin, sumpah, aku cakap.... aku sanggup tak dapat dia." aku teresak didepan nisan adik aku. tak pernah aku bayang untuk hilang dia. aku tertunduk melepas rasa yang terbuku sekian lama.

andai diberi pilihan, aku sanggup hilang segalanya, tapi bukan adik aku.

"aku minta maaf... aku minta maaf." aku panggung kepala apabila terasa wajah aku disentuh. anak mata aku bertaut dengan anak mata Aysar. dengan wajah polos, dia mengusap pergi air mata yang mengalir deras di pipi.

tidak mampu untuk terus bertahan, aku dakap tubuh kecil itu. besar rasa bersalah aku terhadap si kecil ini. "Ayah minta maaf."

aku tak tahu, apa sebab sehingga aku perlu minta maaf. aku cuma berharap, kemelut yang pernah berlaku antara aku dan daddynya tidak sampai ke telinganya.

"kenapa Ayah nangis?" aku tertawa kecil.

"tak ada apa..." wajah yang rapat dengan bibir aku itu aku kucup penuh kasih. walaupun aku boleh je tengok diri sendiri dalam cermin untuk lepaskan rasa rindu pada adik aku, tapi aku tetap perlu dua ketul keychain squishy ni untuk betul-betul lepakan rindu.

mata aku kembali melirik ke arah Nisan yang terpacak. "tapi sorry kali ni, memang betul-btul punya sorry bro... muka anak-anak kau semua print sebiji-sebiji muka aku. yang ini aku tak nak kalah!"

bersama satu tawa kecil, aku bangkit dari tanah perkuburan dan berlalu pergi bersama Aysar.

dah pukul 8:30 pagi dah ni. aku suruh Ayin datang rumah Mami pukul 8:00. karang dia sampai aku tak ada, merentan juga mak budak tu.

masa jadi isteri Amru bukan main lembut, gelakpun tak dengar bunyi angin. jadi isteri aku, garangnya tak ada ampun!

"KAU pergi mana?"

seperti yang aku sangka tadi, masuk saja bilik, mata aku sudah disajikan dengan wajah menyinga Ayin. tak cukup dia tayang muka singa lapar, dia siap cengkam kolar baju aku. punya nak bagitahu dia tak puas hati.

sengaja aku kucup dahinya, supaya dia lepaskan cengakaman pada baju. sebab dia main kasar, jadi aku main lembut. tepat sangkaan aku, apabila dia lepaskan pegangannya.

eleh, cium sikit je pun. bukannya luak!

"jogging." senyum yang hampir koyak aku tahan sehabis baik.

Aayan yang sedang leka dengan roti ditangan aku tangkap lalu melompat ke tilam. tiba-tiba terasa bantal dihayun tepat kebelakang badan aku.

nasib ada anak sekali. kalau tak aku dah balas balik dah ni.

"kau ni tak padan badan macam keychain kecik, gemuk pendek-pendek kat kedai diy, lepas tu cari gaduh dengan aku pagi-pagi. aku gantung kau dekat zip beg karang. tahulah kau!"

aku nampak dia menganga tak puas hati. tapi, peduli apa aku. aku puas hati tengok dia macam tu!

dia tak tahu ke kalau dia marah, lagi nampak comel. orang, kalau comel sangat ni memang kena sakat lebih-lebih sikit. hah, siapa suruh comel sangat?

padanlah muka!

Bab ni pendek je sebab…. Patah perkataan harian lelaki lebih sikit dari perempuan kan..so itu jelahh.. haha Maaf xsmpt balas komen.. tp sy baca dan sy terhibur dgn komen semua.. Terima kasih buat y masih menunggu sampai harini… Terima kasih semoranggg….

Share this novel

3 Little B's
2024-05-15 00:51:06 

:'( sedih lak rasa baca chapter kali nie.Thanks author


NovelPlus Premium

The best ads free experience