PROLOG

Romance Series 87463

AKU menoleh kaget ke sisi saat kerusi kosong milik sahabat aku yang tidak hadir ditarik seseorang. Seketika, aku menghela lega apabila wajahnya menyapa mata. Sempat aku hadiahkan jelingan padanya sebelum kembali berpaling ke hadapan.

"Kau nak buat kerja gila tak, Yin?" Dengan muka tak bersalah, dah buat aku terkejut ajak aku buat jahat pula. Dasar kawan tak guna!

"Tak nak aku." Dia ni walaupun masalah yang dia buat semua bersih, tetapi tetap juga ada sekelumit rasa gusar jika tiba-tiba aku join aktiviti kejinya lalu tertangkap.

"Alah, jomlah!" Pujuknya bersungguh.

"Tak nak. Kalau kantoi, bukan buruk nama aku je tau. Busuk nama mak bapak aku sekali. Tak fasal-fasal aku kena buang dengan Haji Saleh. Dah lah aku satu-satunya anak yang dia ada. Tak mahu aku jadi tak berguna!" Omel aku bersungguh menolak tawarannya.

"Aku jamin benda ni takkan busukkan nama sesiapa pun. Silap hari bulan, nama kita diseru-seru sepanjang zaman." Pujuknya masih tidak putus asa.

"Ini kau yang gila, gila! Apa kebendanya sampai sepanjang zaman nak kena sebut. Aku ada pilihan untuk memilih. Jadi keputusan aku muktamad untuk tak buat jahat dengan kau dan membusukkan nama aku sepanjang zaman." Kalau dah disebut sebut sepanjang zaman memang benda tak baiklah cerita dia. Apa kejadahnya benda baik orang nak sebut!

"Yang ini bukan jahat. Tak tipu!" Di mengangkat kedua tanganya separas dada. Meyakinkan aku bahawa kerja gila yang ditawarkannya bukan kerja keji.

"Tak payahlah kau beria nak yakinkan aku. Memang dari awal pun aku tak percaya dan aku tak letakkan kepercayaan tu pada kau!"

"Sumpah weh. Benda ni tak ada langsung ciri-ciri mencabar kedaulatan undang-undang sekolah. Kalau aku nak buat jahat, aku tak ajak kau... aku dah bercita-cita nak buat kau jadi isteri, takkanlah aku nak rosakkan kau."

"Eiii, geli aku!" Bagai terkena renjatan eletrik, aku terjerit. Dia berdekah.

"Jomlah..." untuk pertama kalinya dia merayu membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk menberi peluang padanya.

"Kau cakap dulu apa kerja gila kau, lepas aku dengar baru aku buat keputusan untuk terima atau tolak." kalau benda pelik yang aku dengar, memang aku tolak tawarannya tanpa sebarang ampun lagi.

"Jom, keluar kelas jap..." dengan bibir terjungkit, hujung ekor mata ikut menjelingnya memandang dia atas bawah dengan pandangan curiga.

"Memang tidaklah aku nak ikut!" Kata putus aku beri. Muktamad. Jika sampai kena keluar kelas, minta maaflah. Kau lupakan aja kerja gila yang kau mahu aku ikut serta itu.

"Jomlah, kejap je..." dia masih bersungguh. “Tapi tak adalah kejap sanagat."

"Kenapa nak kena keluar. Kat sini kan boleh je cakap. Kau ingat aku ni perempuan jenis apa? Boleh onz je nak ikut-ikut lelaki? Bapak aku ajar... dengan lelaki ni, lagi baik dia dengan kita, lagi tak boleh percaya... contohnya macam kaulah!" Dia tersandar lelah mendengar ocehan aku. Pedulikan dia mahu kata aku hiperbola atau apa? Umur aku sudah hampir menginjak dewasa, aku ada akal untuk fikir dimana baik buruknya.

Walaupun di sekolah, dan dia juga satu-satunya kawan lelaki yang paling aku rapat dan yang paling dipercayai, tetap juga aku selitkan rasa curiga supaya aku tak mudah tertipu dengan setiap tindak tanduknya.

"Setakat hari ni, belum pernah lagi aku tipu kau. Aku nak pergi hisap rokok belakang padang pun aku cakap dengan kau walaupun aku tahu kejap lagi kantoi sebab kau pergi report kat cikgu." Serta merta tawa aku pecah.

"Mana kau tahu aku yang report? Sedap je tuduh-tuduh." Meskipun dan kantoi busuk-busuk, tetap aku tidak mahu mengaku. Dia mendengus sinis.

"Dalam empat puluh kali aku merokok, lima kali je aku bagitahu kau. Dan dalam lima kali aku bagitahu tu, lima-lima kali kita orang kena bantai dengan cikgu. Kau rasa, aku nak syak siapa lagi kalau bukan kau? Memang kau je yang tahu!" Balasnya tidak puas hati. Sungguh-sungguh dia tala jari telunjuk ke muka aku barangkali melepas rasa tidak puas hati kerana aku membuat aduan itu pada guru disiplin.

Itu kalau boleh sentuh, aku rasa dia dah tunjal-tunjal kepala aku sampai puas hati.

Masalahnya, Siapa suruh dia bagitahu aku? Ha, padanlah muka!

“Jom cepat, nanti masa cikgu Raziah Habis." Mentang-mentang guru bahasa melayu itu tidak dapat masuk ke dalam kelas hari ini, sedap dia saja manfaatkan masa guru itu. Siap diajaknya lagi aku.

"Kat kelas jelah. Tak nak aku ikut kau... mana tahu sebenarnya kau plan nak cabul kehormatan aku ke? Hah, segampang itu je aku masuk dalam perangkap kau." Memang tiada langsung kepercayaan aku letakkan padanya meskipun 1%.

Dia tepuk dahi. Barangkali letih kerana aku tak habis-habis curiga padanya. Tapi haruslah aku curiga, kan?

Dia lelaki, aku perempuan. Dia ajak aku keluar dari kelompok orang ramai. Takkan aku nak sangka baik lagi? Tak mungkin dia mahu ajak keluar untuk ke surau bersama-sama lalu tunai solat dhuha dua rakat secara berjemaah?

Eh, subuh pun kelaut... lagi nak solat dhuha. Hmm, Malaikat kirim salam!

Tawa tidak dapat aku tahan apabila dia bertidak seolah-olah sedang meruqiyahkan diri sendiri. Dengan tangan ditekup atas kepala, mata hanya tinggal biji mata putih dia melaung. "Ukhruj ya iblis, ukhruj!"

"Bengonglah dia ni!"

"Bukan berdua jelah gila... ramai lagi kawan kau! Ana, Mimi, Suha... semua ada. Nisa je tak ada, sebab dia tak datang..." aku menjuling biji mata. Aku tahulah dia tak ada. Dah tentu-tentu si Nisa tu yang duduk sebelah aku!

"Nanti lepas balik... aku malas nak bangun." Separuh gila dia memujuk, akhirnya itu saja jawapan aku. Dia menghela lelah.

"Dari kau menyanyah-nyanyah tuduh aku yang bukan-bukan, baik kau jawab macam ni je dari tadi, Nyah!" Aku terkekeh. Belum sempat aku balas apa-apa dia sudah bangun dari kerusi itu, dan terus berlalu keluar dari kelas.

Pasrah sungguh gayanya!

Belum sempat aku tenang, dia kembali menarik kerusi disebelah aku dan kembali melabuh punggung dipermukaannya.

"Weh Yin. Kalau kau diberi pilihan antara aku dengan kembar aku, siapa yang kau lebih cenderung untuk jadikan partner sehidup semati?" Wajah seriusnya aku pandang atas bawah. Aku jungkit bibir.

Dia yang sedang fokus terhadap aku, aku pandang atas bawah. Tak memasal.

Mamat ni, kalau tak terlebih kafein mesti terlebih nikotin!

"Kembar kau!" Tanpa mencuba untuk menjaga hatinya, aku menjawab dengan yakin. Malah jika aku perlu memilih, memang itupun pilihannya. Berbanding dia, aku lebih tertarik dengan kembarnya.

Karakternya jauh lebih lembut dan sopan juga bertamadun!

"Okay." Aku terkedu saat mendengar nada suaranya yang kedengaran kecewa. Bukan baru sekali aku friendzonekan dia, tetapi, penolakan aku kali ini seakan menganggu separuh hati aku.

Tetapi salahkah aku untuk berlaku jujur? Soal hati bukan boleh dipaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience