SAAT kaki kami tiga beranak mencecah lantai rumah Mami, Amru melepaskan Aysar yang berada didalam kendongannya. Sekelip mata, Aysar berlari mendapatkan Umar yang turut sama baru melangkah keluar dari bilik.
Dengan muka tercengang aku menoleh ke arah Amru mencari anak mata suamiku.
Ternyata dia juga sedang menoleh ke arah aku dengan riak wajah yang sama.
"Dia terpa Umar macam dia terpa I balik kerja. Dia lupa ke yang dukung dia tadi tu I?" Serta merta tawa aku pecah.
"You kena jauhkan Aysar dari Umar. Kalau tak, tahta You jatuh setengah inci. Tapi I suka kalau ada Umar..."spontan Amru melirik tajam ke wajah aku. Sebelum aku mati kelemasan dalam renungan tajamnya, laju aku menyambung ayat yang sengaja aku gantungkan tadi.
"Kalau ada Umar, kita boleh dating." Lengan Amru aku paut manja sambil kaki melangkah menuju ke ruang tamu. Aysar sudah hilang bersama Umar. Barangkali didapur.
Melihat dari gaya serabainya tadi, aku yakin dia baru bangun tidur dan pastinya tujuan dia keluar dari bilik untuk cari makan. Tapi sayang, acara makan dengan tenangnya sudah diganggu oleh Aysar.
"I pelik betul, macam mana Aysar boleh nak dengan dia. Padahal jumpa sebulan sekali je. Itu pun kalau si Umar tu balik." Luahannya membuat aku pula naik pelik.
Apa yang dia nak pelik? Tadi cakap anak dia lupa, ni aku rasa dia yang lupa dia dengan Umar ni siapa.
"Muka you dengan Umar tu bezanya dekat manis dengan pahit je. Itu kalau tak senyum. Kalau dah senyum, orang dah tak tahu dah mana satu You mana satu Umar. Kalau orang tua pun tak dapat beza, lagikan pula Aysar yang baru hidup setahun sebulan." Ujar aku memberi kesedaran pada Amru yang sudah terkekeh.
"So... inilah peluang kita untuk gunakan Umar. Dia kan lelaki kesepian." Tersedak air liur aku. Amru ni kalau dapat peluang mengata Abang dia, kaw-kaw dia bagi!
"Tak baiklah Dy..." bahunya aku tepuk lembut bersama tawa yang sedaya baik aku tahan. "Tapi betullah, I setuju!" Serentak tawa kami pecah.
Suka betul kami mengata Umar. Sudahlah orang tu sudi melayan anak kami, tiada terima kasih, apa lagi hadiah penghargaan... selamba saja kami mengutuk Umar.
"Kalau I dah tak ada nanti, jangan pisahkan Aysar dengan Umar tau..." ujarnya setelah tawa kami berhenti. Dengan senyuman nipis, aku memandang wajahnya. Satu anggukan aku beri.
"Kalau You tak ada, Aysar ada Umar. Tapi kalau I yang pergi dulu, jenuh You nak cari kembar I." Seloroh aku mengundang tawa kecilnya.
"Itulah specialnya tempat Ibu. Datanglah seribu orang perempuan pun yang muka macam You, even perangai yang sebiji macam You pun, Tak ada siapa dapat ganti tempat You sebagai Mama Aysar." Aku mengetap bibir. Walaupun aku tahu tak ada kena mengena, aku tetap sebak dengan jawapannya.
Dalam diam, setiap kata-katanya membuat aku semakin bersemangat untuk menjadi Ibu terbaik buat anak-anak kami. Aku tak mahu mereka lupa siapa aku dalam hidup mereka jika tempat aku bakal diganti oleh mana-mana wanita selepas ketiadaan aku.
"I nak pergi cari Mamilah. Bai." Tidak mahu terus hanyut dalam kesedihan yang tidak tahu bila akan tiba, terus aku mengubah topik.
Sementara aku masih bernyawa, selagi itu aku perlu mencuba yang terbaik. Sebagai Ibu mahupun sebagai isteri. Cita-cita aku mungkin tidak sehebat wanita lain, tetapi cita-cita ini sudah cukup besar untuk aku hadapkan pada tuhan nanti.
Belum sempat aku bangun dari dudukku, lengan aku ditahan Amru. Pantas aku menoleh dengan wajah tepinga-pinga. "I sayang You, tau..." wajah manisnya meski tanpa senyuman aku pandang kosong.
"I sayang You. Tapi bila satu hari nanti I tak ada. I nak You hidup macam biasa. Cari sesuatu yang boleh bahagiakan You. Cari orang yang boleh isi rasa sunyi You." Sambungnya membuat aku tertawa.
"Kita bincang lain eh pasal ni? I nak cari Mami." Balas aku membuat tawa Amru ikut terlepas.
"Okay."
"I Love You too." Ucap aku membalas ucapan sayangnya di awal tadi. Perangai Amru yang langsung tidak jemu mengucap kata cinta ini membuat aku juga tidak segan silu membalas perasaanku terhadapnya.
"I love You more..." aku memincing mata dengan senyuman tidak puas hati terukir dibibir.
"Tak nak kalah, menyampah!" Amru yang sudah terkekeh aku tinggalkan dan terus melangkah mencari keberadaan mak Mentua aku itu.
Tujuan kami ke sini, mahu membantunya mengemas rumah yang sudah macam kapal karam. Malam tadi selepas tahlil semua sudah keletihan. Jika ikutkan Mami, memang orang tua itu berkeras mahu mengemas malam tadi juga meskipun sudah lewat malam. Tetapi kerana pelbagai alasan dan halangan dari anak-anak, tepaksa juga mak mentua aku tu mengalah.
Masa anak kecil, dia bebelkan anak. Bila anak dah besar dia pula dibebelkan. Begitulah kehidupan.
Itupun, ada yang sudah dibereskan oleh kak long dan adik sebelum mereka kembali ke teratak mereka. Mereka tidak dapat turut serta hari ini kerana tugas sudah memanggil.
Cuma Amru dan Umar sahaja yang tinggal. Amru pun kerana dia satu-satunya anak yang duduk dekat dengan mak. Hari ini pula dia kerja shift malam. Maka, dapatlah dia bantu.
Umar?
Kerja dia fleksibel. Jangan tanya aku dia kerja apa? Aku pun tak tahu!
BALDI yang berisi Air sabun, aku angkut sehingga ke ruang tamu. Tiba masanya untuk buat sentuhan terakhir pada ruang tamu yang sudah aku kemas bersih. Iaitu, Mop.
Pinggang aku renggangkan kanan ke kiri sebaik sahaja Baldi air sabun tadi aku letakkan ke lantai. Meskipun ruang tamu rumah Mak mentua aku ini lebih kecil dari bilik air istana tapi kalau dah kena mop boleh pecah tiga juga tulang belakang aku!
Sedang aku mengemop dengan tenang, tiba-tiba jantung aku dikejut oleh suara tawa si kembar dari arah dalam bilik Umar. Dada yang berdetak hebat aku usap lembut.
Terkejut makcik!
"Umar, Amru!" Sekali lagi aku terlompat apabila suara petir Mak cik Zawiyah melaung nama dua anak lelakinya yang macam anak dara sibuk menyorok dalam bilik selepas selesai menggosok belakang periuk tadi.
"Ye Mi!" Serentak mereka menyahut.
"Pergi sorang sidai kain, sorang lipat kain. Sekarang!" Dengan kuasa veto perkataan sekarang, pintu bilik yang tadi tertutup rapat serta merta terbuka luas. Muncul figura milik Amru dan Umar yang sedang berebut-rebut mahu keluar.
Dia tarik dia, dia tolak dia. satu yang aku tabik pada anak-anak Mami lebih-lebih anak-anak lelakinya, tidak pernah bertangguh jika nama mereka diseru oleh Mami. Mereka sentiasa dahulukan panggilan Mami meskipun ada perkara lain yang sedang mereka kerjakan .
"Aku, aku sidai kain!" Aku tergeleng sebal. Patutpun. Rebutkan kerja kerana masing-masing tidak mahu melipat kain.
"Akulah sidai kain. Aku ada anak." Ujar Amru tidak mahu mengalah.
"Ada anaklah kena duduk. Tak apa, tak apa. Biar aku sidai kain. Sidai kain kena jalan. Kena berdiri tengah-tengah panas. Kesian anak. Aku tak ada anak. Tak ada apa yang nak di kesiankan." Aku yang sudah selesai satu pusing mop tergelak. Memang kalahlah Amru.
"Kesian sebab tak ada bini jelah!" Sinis Amru membalas. Geram betul tu. Umar melepas tawa besar.
"Kuwaja!"
"Bergaduh apa lagi?" Jerkah Mami yang aku agak sudah berbulu tengok anak-anaknya. dah tua bangka masih mengelat mahu buat kerja.
"Tak apa. Tak apa. Kena diri je. Small matter. Kau lipat kain ye? Lipat kain boleh duduk sambil gurau-gurau dengan anak. Alang-alang boleh ajar anak lipat kain sendiri. Ajar berdikari." Tidak cukup dengan kata-kata, belakang badan suami aku, Umar tepuk lembut sengaja memanaskan lagi hati member tu. Tak sempat member tu nak balas apa-apa, bertubi-tubi Umar bagi.
"Aysar duduk dengan Daddy eh? Ayah Ngah sibuk!" Aku nampak Amru sedang menahan diri dari membeduk Abangnya itu. Aku rasa, kalau dia tak fikir sedara, dia dah balun Si Umar tu dengan ular sawa belaan balainya.
Aku yang tengokpun, aku rasa nak terajang si Umar tu. Tapi lawak!
Mami yang sudah melujur kaki melepas lelah di sofa berangkai tiga sudah berdekah ketawa.
"Good bye my friend!" Sempat lagi dia bahan laki aku sebelum dia menghilang. Paling menyakitkan hati, dah tak nampak bayangpun, dia masih belum habis menganjing laki aku dengan tawa jahat sekuat-kuat tidak.
Jahat gila!
Sampai hati dia buat laki aku macam tu!
"Jomlah, I tolong." Lengan Amru yang masih tercegat aku paut selepas aku menyelesaikan tugas aku lalu membawanya menuju ke arah bakul kain yang sudah berlonggok dhadapan Mami.
Serta merta wajah yang masam mencuka tadi mengukir senyuman manis. kain ni jadi berbakul sebab ada baju anak, cucu menantu lain sekali. Masing-masing mahu cepat malam tadi, pastinya mereka terlupa unntuk mencapai baju bersih yang mereka cuci dirumah Mami.
"Hai, manalah tak sayang!" Pipi aku dikucup kiri kanan. Langsung tidak hiraukan aku yang sudah menahan malu kerana tingkah tak senonoh Amru itu dia buat depan Mami.
"Habis tu Mami yang dah tolong kau ni, tak sayang ke?" Mami yang sudah mula melipat tidak mahu kalah. Kami tertawa.
Tanpa menunggu, pipi Mami dia kucup penuh kasih.
"Wah, ada pembantu meh?" Pantas kami berdua menoleh kearah suara yang jelas tidak puas hati. Saat melihat batang tubuh Umar yang sudah bercekak pinggang pantas mata aku menyoroti wajah Amru yang sedang tersenyum sinis.
"Bukan pembantu. Isteri. Kau ada? Tak ada, kan?" Giliran Amru pula membuat serang balas. Lagi senang Amru mahu menganjing balik apabila Mami sudah tidak lagi menolong kami di sini selepas ada jiran yang memanggilnya diluar lima minit yang lepas.
"Wah, dia main isteri bai! Kalau macam tu, aku pun tak ada!" Sehabis dia membalas, Umar terus masuk bilik dan menghempas pintu biliknya. Berdekah kami.
Koyak member tu!
Masalahnya sempat dia tarik Aysar sekali masuk bilik. Aku kerling sekilas wajah suami aku. Jelas terlakar riak puas hatinya meskipun masih ada tiga lagi bakul baju yang masih tidak berusik.
Aje macam budak kecik dua-dua ni!
Share this novel