“LAMBAT balik?" Sapa Aku saat batang tubuh suamiku muncul dimuka pintu. Tangan yang aku hulur disambut mesra sebelum tubuhku ditarik masuk ke dalam pelukannya. Satu kucupan singkat dia layangkan atas dahi.
Rasanya, kali terakhir kami begini tanpa ada gangguan adalah dalam setahun yang lalu. Sejak sudah beranak satu ini, memang tiada peluang aku mahu bermanja dengan suami. Mana tidaknya, Amru baru sahaja melangkah setapak ke dalam rumah dia sudah diterpa oleh Aysar.
Orang tua-tua kata, anak lelaki cenderung untuk rapat dengan mak, tetapi anak aku...
Lebih memilih Daddynya dari Mamanya. Sepatutnya dia bergaduh dengan Amru kerana rebutkan aku, tetapi kami terbalik. Aku bergaduh dengan dia kerana rebutkan Amru.
"Haah, tunggu group incas malam sampai tempat kebakaran tadi, lepas tu pergi solat isyak sekali. Tu yang lambat." Aku terangguk faham. Tiga tahun bersama, sudah cukup buat aku faham masalah dengan maslahat segelintir masyarat malaysia yang suka membakar sampah ditempat yang memberi kesan besar padanya.
Lebih-lebih lagi sekarang ini sudah masuk musim panas, lagi mudah api menjilat daun-daun kering di sekitarnya. Mahu mengeluh pun, bukan dapat apa. jika masih wujud makhluk bernama manusia, pasti akan bermacam mentaliti yang mungkin tak mustahil untuk diubah, tetapi agak sukar untuk difahamkan.
"Aysar mana?"
"Dekat rumah Mami." Baru saja di ambil oleh Abang kembar Amru lima minit yang lepas.
Malam ini ada kenduri kesyukuran dirumah mak mentua aku, jadi ramailah sanak-saudara berkumpul dirumahnya.
Berapa kali tadi dia telefon aku bertanya bila nak ke rumahnya. Bila sudah beberapa kali juga aku jawab menunggu Amru pulang kerja, maka dia meminta supaya mengambil Aysar dahulu.
"Siapa Ambil?"
"Umar." Amru terangguk.
"Dah makan dah?" Walaupun aku tahu dirumah mak mentua aku ada makan-makan sekejap lagi tapi aku saja mahu dia makan dahulu. Sebab di rumah Mami, silap-silap pukul 12 malam nanti baru nak makan. Itupun kalau dia tak lupa nak makan. boleh jadi, dia buat jamak takhir masa sarapan esok pagi.
Suami aku ni bukan boleh, dah biasa dahulukan kerja memandangkan kerjanya memang begitu, habis dia apply perangai itu dimana-mana. Lagi pula dekat rumah Mami ada kenduri, memang dia apply cukup-cukup sampai mahu ambil pinggan pun tak sempat. Sibuk melayankan tetamu.
"Belum." Ha, kan? Aku dah kata dah.
"Ni mesti last makan sarapan tadikan?" Tepat sangkaan aku pabila Aku nampak anak matanya bergerak-gerak, sedang berfikir jawapan untuk soalan aku tadi.
Walaupun orang kata, rumah tangga aku baru setahun jagung. Tapi kalau setakat dia nak twist jawapan bab makan ni, aku dah masak sangat dah.
"Nak makan dulu tak? Nanti tak adalah lapar sangat sementara nak tunggu orang habis tahlil." Biasalah, tahlil orang kampung aku ni... tak payah risau terkenyang. Kau makan macam baru lepas kena histeria pun memang sempat lapar balik. Punyalah lama!
"You masak apa?" Serta merta tawa aku pecah.
"I masak lauk Aysar je tadi."
"Aysar makan apa?" Nampak lapar tu. Selalunya, bila aku kata aku masak lauk Aysar aje, memang mati terus perbualan kami setakat itu. Hanya ada sambungan bila dah kelaparan tahap tak boleh dibawa bincang.
Katanya makanan Aysar makanan bayi. Ye tentulah makanan bayi. Sudah tentu anak bujangnya yang seorang itu baru berumur setahun sebulan. Kadang loyar buruk dia ni hambar tau, tapi aku tak tahulah kenapa aku boleh gelak jugak.
"I gorengkan Ikan kembung dua ekor. Bagi makan dengan bubur kosong." Anak bujang kami itu demamnya baru hendak kebah. Saja aku masakkan makanan kegemarannya setelah berhari dia tak mahu makan.
"Ada lagi?" Aku mengangguk saja.
"Bolehlah. Lapar gila." Aku tertawa kecil.
"Pergilah mandi dulu. I tambah lauk sikit. Tak ada lah kosong sangat bubur You." Aku menepuk dada bidangnya supaya melepaskan aku dari pelukannya. Tetapi, semakin aku meronta minta dilepaskan makin kuat pula pelukannya.
"Lepaslah Dy!" Lengannya aku cubit sebelum pelukan kami terlerai. Belum sempat aku melarikan diri, Amru yang masih dalam mood mengusik makin galak mengusik aku
.
"Daddy!!"
Dia ni kan, selagi aku tak menjerit, selagi tulah dia mengusik. Masalahnya bila anak dia kuat menjerit, dia salahkan aku balik.
"Eii, bingit..." dengan muka mengusik dia menggosok sebelah telinga. Laju saja dia larikan diri dari sepitan ketam aku yang hampir melekat di lengannya.
Mendengar dia terkekeh, cukup menyebalkan aku!
Dengan perasaan sebal yang menggulung dada, aku melangkah sedikit menghentak menuju ke dapur.
Sebiji kentang aku capai bersama sebiji bawang kecil. Sedikit bilis dan beberapa biji cili burung aku ambil. Lalu aku hiris halus. Aku gorengkan kentang dan bilis sehingga garing. Baru aku tumiskan bawang dan cili burung yang sudah dihiris ke dalam minyak yang sudah aku kurangkan kuantitinya.
Sengaja aku lebihkan cili, dia mengusik aku kan? Aku ni dah lama tak gurau kasar. Nak tonyoh cili bodoh-bodoh macam tu je tak berani, jadi aku guna taktik lebihkan cili dalam masakan. Biar dia dicili tanpa sedar.
Kerja kena halus, baru disayangi!
Setelah bawang agak sedikit garing, aku masukkan kicap secukupnya. Sedikit gula aku tambah bagi menaikkan rasa. Terakhir, tutup api dan tuangkan ke dalam pinggan hidang sebelum tabur ikan bilis yang telah digoreng garing ke atasnya.
Satu hidangan siap!
Jangan tanya aku apa nama resepi ini, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, resepi ni bila digandingkan dengan nasi panas-panas, habis nasi seperiuk pun belum tentu cukup. Kesedapannya, kalau ada lamb chop depan mata pun memang, wassalam!
"PERGI duduk dengan Ayah Ngah sana!" Maleeq yang sedang meleset ditepi paha Kak Long dihalau supaya menjauh. Mana tidaknya, orang sibuk kehulur kehilir, dia sibuk jadi saka tepi kaki maknya.
"Sini Maleeq" Umar yang sedang dikelilingi oleh anak-anak kecil memanggil satu lagi anak buahnya yang tercicir dari pengawasannya.
Macam biasalah, jika ada keramaian keluarga mentua aku memang dia tukang jaga budak. Nampak macam dia paling rileks. hakikatnya, dia paling tak menang tangan sekali kerana dia tidak hanya menjaga, malah dia juga perlu melayan kerenah setiap seorang.
Anak saudara sendiri saja sudah enam orang. Campur anak-anak tetamu lain.
Silap-silap bukak taska juga si Umar tu karang!
Masalahnya, bukan kami yang suruh dia jaga. Tetapi anak buah lebih memillih mengada dengan AyahNgah. Jika masing-masing bertandang ke rumah Mami, memang semua terus menerpa ke biliknya. Kalau tiba-tiba anak hilang, tak perlu risau, buka saja pintu bilik Umar, nampaklah kerenah anak masing-masing bila bersama AyahNgah. Lagi-lagi si Aysar.
Dia buat macam Umar tu Daddynya saja. Siap boleh tidur dan meminta macam-macam. AyahNgah pula sejenis melayan saja, lagi menjadi-jadi Si Aysar tu!
"Kau suruh dia kesana memang tidaklah dia nak datang, kaulah kesini ambil dia!" Marah kak long yang sudah serabut dengan lauk panas di tangan, anak pula melekat di kaki. Seriau aku. aku yang lebih dekat dengan kak long, bertindak menjauhkan Maleeq sementara menunggu Umar mengambilnya.
Nak aja aku hoi kan sekali depan muka si Umar. Dia boleh tenang macam tiada apa-apa berlaku. Masak lemak yang sedang kak long tatang itu sudahlah baru lepas ditutup apinya.
"Eh, mak kau ni. Dah lah suruh aku jaga. Marah-marah pulak. Ada anak dia kena jual ni kang!" Dalam pada mulut tak mahu kalah, Umar bangun juga mendapatkan Maleeq yang sudah meronta apabila melihat AyahNgahnya mampir.
Gamat seketika dapur itu dengan tawa kami sekeluarga. Haih, dari manalah dia beli ketenangan ni? tenang sangat masalahnya!
Orang lain dah nak histeria tengok. Tapi itulah tu, mereka mampu setakat jerit saja.
"Tu tu tengok tu, uncle Umar ada apa tu?" Baru selesai satu masalah, datang lagi satu masalah apabila sepupu mereka yang hanya tinggal beberapa buah rumah dari rumah Mami juga telah menghalau anaknya yang kecil supaya bersama-sama anak saudara suami aku untuk dijaga oleh Umar.
Tercengang member tu. Yang duduk meleset dekat dia pun siap ada yang memanjat. Tambah pula dengan anak saudara orang lain. Mujurlah sepupu tu juga rapat dengan keluarga mereka, tidaklah canggung sangat apabila tiba-tiba disuruh jaga.
"Meh meh sini. Kat uncle ye..." lagi-lagi ruang dapur itu dengan dengan tawa kami. Sarkastik sungguh bunyi!
"Kau tak payah kahwinlah Mar. Jaga anak orang je." Seloroh Amru yang sudah berdekah melihat situasi itu.
"Itulah. Petak-petak pun, tak payah susah-susah nak fikir nak bagi makan hari-hari." Balas Umar datar.
"Buka taskalah Mar." Lagi-lagi Amru mengusik. Lengannya aku tepuk lembut. Yang ini pun, ada aja mahu menguik orang tu!
"Eh, baik gak cadangan tu. Alang-alang boleh kumpul duit. nak serah diri dekat rumah orang tua. Dapat level-level t20 kelas tiga pun, okay dah. Cantik gaklah, buat plan gini awal-awal. Ni anak buah ramai-ramai ni bukan pandai kenang budi pun nanti." Senafas saja dia hembus. Jelas tidak puas hati apabila semua menghantar anak kepadanya.
Berdekah oi!
"Elok masuk pondok orang tua-tua tu Mar. Buat belajar balik ilmu agama." Celah Puan Zawiyah a.k.a Mami mentua aku. Ini baru sikit dia bagi. Belum lagi dia pungpang macam peluru. Sakitnya, dengan aku yang tak buat salah pun ikut terasa.
"Uh, mengena betullah!" Sambut Amru turut membahan Abang kembarnya itu.
"Itu dah ada dalam list. Belajar agama, kan? Memang kena belajar sampai mati." Sudah namanya Umar, mana mahunya dia mengalah.
"Hah, tahu pun! Habis tu makin tua, makin menjadi-jadi tak senonoh kau tu, kenapa?" Aku menekup muka di belakang badan Amru menahan tawa supaya tidak terlepas.
Melihat Mami yang sudah bercekak pinggang berdiri dihadapan Umar, dengan dia mendongak menayang muka tercengang dengan anak buah yang masih mengelilingnya cukup menggelikan hati. Amru juga sudah tidak tahan gelak. Yang ini lagi galak ketawa.
Mujurlah ruangan ini hanya ada kami satu keluarga saja. Adik ipar bongusu aku sudah berguling di tepi meja.
"Mana ada tak senonoh. Mami tak nampak ke? Mar dah berubah jadi lebih baik?" Kalaulah Aysar yang cakap macam tu, memang aku hempuk kepala dengan daging batang pinang.
Elok apa bendanya macam tu.
"Haah, baiklah sangat tu. Bulan lepas balik rambut kaler kelabu, balik kali ni rambut kaler cekelat. Bulan depan balik, nak kaler apa pulak?" Punyalah kerap si Umar ni menukar warna rambut sampai itu aja point mak mentua aku mahu pancung anak bujangnya yang seorang itu. Lebih-lebih lagi itulah pantang larangnya.
Yang si anak tu pun, makin mak menyampah. makinlah dibuatnya!
Dia ingat mak dia tengah puji dia ke?
"Itu belum lagi Mami tanya, solat kau berapa waktu per lima..." Umar tersengih.
"Mi, dah pukul 10 malam dah, Mi. Mami tak penat ke gaduh?" Ujar Umar dengan tawa sumbang.
"Member dah tak boleh nak twist." Amru sengaja membakar lagi suasana.
"Kak Wi!" Serentak kami menoleh ke arah satu suara yang memanggil Mami.
"Tu tu, ada orang panggil Mami." Serentak dengan itu dia menolak kaki Mami membuat suasana kembali gamat dengan tawa kami.
"Mami dengar!" Tajam jelingan mak mentua aku hadiahkan pada Umar. Umar tayang sengih. Tergeleng aku dengan perangai si Umar ni. Kalau dah tua bangka pun masih memeningkan, kecil-kecil pasti dia yang paling menyakitkan kepala.
Sebagai pendengar mungkin aku akan rasa kelakar, tapi sebagai mak... aku tak boleh terima caranya.
Biarlah orang mahu kata itu gurauan pun. tetapi sebagai mak, aku bukan boneka untuk dipermainkan oleh anak-anak!
"Ini kalau Aysar ikut sebiji-sebiji perangai Ayah Ngah dia bila dah besar nanti memang siaplah. Dia, You dengan Umar sekali I sangkut kat dahan pokok durian! Annoying gila tau tak?!" Luah aku geram.
Walaupun macam jauh panggang dari api, tapi sedikit sebanyak aku risau juga jika Umar beri pengaruh buruk pada Aysar nanti memandangkan Aysar rapatnya dengannya.
Share this novel