NGILU telinga apabila suara jeritan Aysar yang sedang bergelut dengan Amru menyapa telinga. Melihat dua beranak itu bergurau, membuat kepala aku tergeleng.
Mana tidaknya, bila Amru diam berpura-pura tidur, Aysar pula mengusik supaya Amru terus menggeleteknya. Bila Amru sudah kembali geletek, dia pula terjerit-jerit minta supaya dilepaskan. Bukan masalah pada cara mereka bergurau itu. Masalahnya, pada suara jeritan Aysar.
Boleh mati kuman yang berkeliaran diudara dengan jeritannya!
"Ni suka-suka sangat ni, nangis karang!" Aku bukan mahu meniru gaya orang tua-tua. Tapi itulah hakikatnya.
Bukan dengan sesama kanak-kanak saja, malah tidak kira dengan siapapun kita bermain, bila terlalu bahagia sangat, pasti akan dijentik dengan secebis kesakitan.
Dua beranak itu aku rapati sebelum punggung aku labuhkan di sisi Amru.
"Bisinglah Daddy. You tak bingit ke dengar dia menjerit-jerit?" Soal aku naik sebal dengan jeritan Aysar.
Boleh bikin stress wo!
"Sekarang jelah nak dengar dia terjerit-jerit. Nanti dah besar dah tak dengar dah. Entah-entah Aysar tak sempat pun nak besar, I dah tak dengar." Jawabnya membuat aku menjentik lembut lengannya.
"Dy, Dy. Amm..." arah Aysar sambil menyuap makanan ghaib yang dicuit dari flashcardnya.
Serta merta tawa aku pecah pabila melihat wajah tercengang Amru yang tidak faham apa yang mahu Aysar sampaikan.
"Ada anggur dekat flashcard dia. Dia bagi You makan. Ngangalah." Arah aku. Dalam pada dia kabur, tetap juga dia nganga mulut menyambut suapan Aysar. Aysar terkekeh bahagia. Tangan kecil yang baru belajar menepuk itu menepuk bahagia.
"Ma.. am.." giliran aku pula mahu disuapnya.
"Amm~" penuh berselera aku menyambut suapan itu sekali gus menunjukkan contoh pada Amru bagaimana cara mainnya.
Reaksinya sama seperti mana Amru menerima suapannya.
Bahagia kanak-kanak sungguh tidak berpura-pura.
"Oh... faham!" Ujar Amru melepas tawa apabila menyedari kebebalan yang boleh tahan juga tebalnya.
"Siapalah ajar ni..." sindir Amru sambil menggeleng. Dalam pada dia mengomel, dia sambut lagi suapan dari Aysar yang tidak jemu-jemu menyuap. Kali ini sambutannya lebih drama dari aku. Aku berdekah.
"Bukanlah... I tunjuk flashcard dekat dia, setiap kali timbul makanan je, dia cakap nak. Benda tak ada kat rumah, kalau ada pun malas I nak bangun. so, I buat lah macam tu. Kenyang, kan?" Jelas aku terkekeh manja apabila giliran aku pula digeletek oleh Amru.
"Kalau Aysar suap Daddy makanan betul-betul mesti Daddy dah kenyang dah sekarang ni." Lain macam betul sindiran dia ni. Serta merta aku memutar bola mata.
"Cakap jelah lapar..." ujar aku seakan merajuk. Amru tertawa kecil. Lantas dia menekup kedua pipi aku dengan tapak tangannya sebelum dia kucup pipi aku kiri kanan. "Jom, I masak. You nak makan apa?"
Dengan itu, rajuk aku kembali melebur. Semudah itu dia memujuk aku.
"Tapi I dah masak. Pagi-pagi lagi I dah masak masa You dengan Aysar terbongkang lagi tadi." Ujar aku manja. Muncung aku juga spontan terbit.
Aku ni, asalnya kasar tau tak? Tapi bila dengan Amru aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Sampai aku sendiri tak percaya, rupanya aku ni ada juga sisi gedik.
"Okay, kalau macam tu... malam ni I masak." Dagu aku dia cuit lembut.
Blushing!
Senyuman aku tahan sehabis baik sebelum dia koyak sampai belakang telinga. Aku ni pantang sikit si Amru keluar dia punya sisi buaya. Habis cair sendi-sendi.
Nampak innocent je, sekali dah mengayat siap dengan senyum manisnya... hai, aku mundur!
Kalah teruk!
Mana taknya, tak senyum pun dah manis. Kalau senyum? Manis leting!
"KAU balik KL bila, Mar?" Aku yang duduk di sebelah kerusi pemandu turut mendengar perbualan itu memandangkan telefon Amru bersambung dengan radio.
"Esok petang, kenapa?" Mendengar suara Umar dihujung talian, serta merta jam ditangan aku kerling. 6:30 petang.
baru bangun tidur?
"Nak minta tolong sikit ni."
"Apa dia?"
"Minta tolong jagakan Aysar kejap, boleh ke?" Aku pandang Amru.
"Boleh, sinilah." Kesudiannya membuat aku pula serba salah.
"Tak apa ke ni tinggal Aysar dekat Umar?" Soal aku sebaik talian putus.
"Tak apa. Nanti Aysar banyak kena duduk dengan Umar jugak." Dia tergelak. Aku tergeleng.
Betul-betul dia ambil kesempatan atas Umar.
"I serba salah bila dia rapat sangat dengan Umar. I harap dia rapat dengan Umar sekarang hanya sebab dia tak dapat beza muka You dengan Umar je. Tak lebih dari tu." Lagi lagi Amru tertawa.
"Dia cuma keliru je. Akan ada satu masa dia takkan pernah keliru dah. Dia tengok Umar dari belakangpun dia dah tahu tu Ayah Ngah dia." Aku berdecit. Aku tak suka dengan gurauan. Semakin lama setiap gurauannya sungguh meresahkan.
"I tak main main tau!"
"I pun tak main main." Aku diam. meski banyak lagi yang mahu aku suarakan, tetapi aku memilih untuk diamkan. Hati aku gusar serta merta.
Sehingga Aysar sudah dihantar kepada Umar, kami masih diam sehingga tiba ke destinasi kami.
Sejenak, aku terpegun dengan konsep restoran ini yang menggunakan tema garden. Aku pernah pergi sekali tempat ini, tetapi diwaktu siang. Ternyata, pemandangan malamnya jauh lebih indah. Aku menoleh ke sisi mencari anak mata Amru dalam kesamaran cahaya yang terbias dari lampu-lampu di restoran itu.
"Cantiknya..." hilang rajuk aku. Ah, aku ni memang senang di pujuk. Cuma saja kadang-kadang tu nak mengada lebih, merajuk lama sikit.
"Kan?" Aku mengangguk.
"Masa kita pergi waktu siang dulu pun I dah rasa cantik. Malam macam ni lagi cantik." Aku bukan mahu hiperbola dan menjaga hati si tukang bawa. Tapi Amru tau, aku memang suka dengan tema berkonsep taman begini walaupun aku tak suka bercucuk tanam.
"Tapi ada yang lagi cantik dari ni..."
"Apa dia?"
"You."
"Hahh, I dah tahu You nak cakap macam ni! Kejap, I nak blushing." Serta merta tawa kami pecah.
"Tapi sumpah. You memang cantik dari kecik. Cantik yang comel. Yang mana, Bila orang padang sekali imbas... orang akan terdetik.Cantinya dia ni. Tapi bila dah kenal.. comelnya dia ni." Bukan baru sekali aku dengar. Memang setiap kali nak memuji, itulah mukadimahnya.
Itu baru sikit, tunggu kejap lagi. Sampai aku dah rasa macam berjalan atas awan pun dia masih tak habis memuji.
Mujur aku dah bijak sekarang. Meskipun aku tidak boleh mengawal hati, tetapi aku sudah pandai mengawal riak wajah supaya tidak terlalu overreact sangat.
Wajarlah dia memuji aku dan wajar juga jika aku mahu blushing sampai tak sedar diripun. Namanya juga suami aku. Kalau suami orang, tak perlu tunggu jemaah netizen kecam, aku sendiri boleh pergi backhand kan dia!
"You nak makan apa?" Menu ditangan aku belek depan belakang. Aku membaca satu persatu nama menu yang tertera. Sesekali aku garu kepala. Nama menu bukan main lagi fancy lagi, sampai nak menyebut tak boleh sebut dalam hati.
"Entahlah. Tengok You pun dah kenyang." Lagi lagi aku terciduk. Demi untuk counter balik punchline Amru, aku mengernyit sedikit sambil menggosok pelipis.
Ini karang dengan aku aku tak makan.
"Tolonglah, masa lain ada kut. Sekarang nak makan. Nanti kalau I pun kenyang. Kesian duit You tak ada siapa nak guna." Aku rasa ayat aku tadi dah cukup lawak, tapi Amru gelak jaga hati je?
Tak apalah, benda pun dah jadi. Enjoy jelah!
"I nak makan nasi je kut. You nak makan apa-apa You order je." Serta merta senyum penuh agenda terbit dihujung bibir aku.
"Limit?" Dia menggeleng.
"Unlimited." Aku mencebik lalu tergelak. Ye ye je, unlimited. Karang aku order tak ingat dunia, dia juga termenung nak habiskan!
SELESAI makan, kami mencuci mata di bazar karat. Tiada apa pun yang menarik selain kami berjalan sambil berpegangan tangan disini.
Segala yang kami buat hari ini, adalah kali pertama selepas adanya Aysar. Tidak dapat aku sorokkan kebahagiannya sehingga terpancar rasa itu diwajah aku. Senyuman aku hingga sekarang masib tidak pudar.
Dengan layanan Amru yang hanya tertumpu pada aku, menambah lagi kegembiraan. Rasa cinta aku seolah-olah dicas meningkat sehingga seratus peratus.
Bila aku dah berada dialam rumah tangga, baru aku sedar rupanya apa yang pernah diperkatakan oleh orang tua-tua dahulu ada benarnya.
Perkahwinan bukan hanya cinta semata. Perkahwinan ialah ibadah yang perlu kau tingkatkan setiap masa. Kerana yang buatkan kau bertahan bukan lagi rasa cinta sesama pasangan. Tetapi rasa kasih yang kau semai setiap hari pada tuhan. Juga Rasa ihsan sebagai suami atau isteri yang sudah berkorban untuk kau.
Tidak aku nafikan, ada masa aku malas untuk menyantuninya. tetapi setiap layanan yang diberikan pada kerenah aku membuat aku tidak sampai hati untuk abaikannya.
Pengukur nikmat dalam perkahwinan bukan semata diranjang. Tetapi kau dapat bersama-sama untuk dalam setiap hal meskipun sekecil-kecil perkara.
Tiada apa yang kami beli di bazar karat. Sudah penat berpusing satu bazar, kami terus ke dataran. Nak beli makan mengonyel pun dah kenyang.
Untungnya kami kerana pergi hari selasa. Jadi tidak ramai umat manusia yang turut membuang masa disini seperti kami memandangkan esok masih kerja.
"Penat…" bersama satu keluhan aku melabuh punggung di satu kerusi batu. Nak tercabut pinggang. Pinggang aku gosok kejap.
Sesaat, aku menoleh apabila gosokan dipinggang disambung oleh tangan Amru.
"Terima kasih." aku terkedu. Bukan sepatutnya aku ke yang ucap?
Ke dia bawa aku berjalan ni pakai duit hasil niaga seciput aku tu?
"Terima kasih bertahan dengan I sampai hari ni." Anak mata redupnya aku pandang dalam. Entah kenapa, ada satu perasaan yang tidak enak saat anak mata itu aku tatap dalam.
"Salah ni. You yang bertahan dengan I. Bukan I yang bertahan dengan You." Aku berseloroh menutup rasa gusar yang tiada punca.
Lagipun, bukan aku saja mahu berseloroh. Memang itu hakikatnya. Kerenah aku boleh buat dia pening lalat nak melayan. Itupun, banyak yang aku sorok lagi sebab dia terlalu lembut melayan aku.
Bersama Amru, segala taring aku seakan dipatahkan. Hilang segala kakasaran aku. Tapi itulah, aku punya mengada... aku sendiri pun naik geli bila ingat.
"Taklah, Banyak You sabar dengan I. Kalau You tak sabar, mesti lagi banyak You merajuk." Eii, lembut je cara dia Sindir aku.
"Kalau I tak merajuk You asyik dahulukan Aysar je. Asyik I je kena mengalah." Mula dah sesi meluah dendam kesumat yang berbuku. Eh, tiba-tiba pulak ada dendam!
"Sorrylah." Ucapnya sambil menarik bahu aku supaya semakin merapat dengannya. Dia tertawa kecil.
"I cuma nak bagi perhatian kat Aysar, tak sangka pulak terkurang perhatian kat Mama dia." Aku memutar bola mata. Alasan!
"You dah bosan dengan I, kan?" Kita perempuan, mesti kena cari gaduh.
"Apa pula bosan. Tak ada bosannyalah. insya Allah... takan pernah bosan. I kahwin dengan perempuan kut, bukan dengan pokok. Dalam masa sejam je, macam-macam perangai You keluar. Kejap jadi kucing, kejap jadi naga, kejap jadi ulat bulu, kejap jadi singa. Jadi, cuba bagitahu I… macam mana I nak bosan? Hari-hari You bagi I task." Selorohnya dengan senyum nakal tersungging. Nampak jelas betul muka gembira tu dapat membahan aku.
"Daddy…" seruan manja aku bukan seperti yang disangka. Ini adalah panggilan amaran. Jika dia meneruskan, dia bakal bentang toto di ruang tamu lalu terbongkang bersama Aysar di depan Tv. Cubalah teruskan!
"Haha. Gurau gurau." Pelukan di bahu diperkemaskan lagi. ""I love You."
Aku melirik ke wajahnya. Lambat-lambat senyuman aku terbit. "I love You More."
Sejenak, anak mata kami bertaut sebelum tiba-tiba telefon milik Amru berdering minta di angkat. Dengan isyarat mata aku bertanya siapa.
"Umar."
Share this novel