Bab 6

Fanfiction - KPOP Series 2081

Taehyung tersedar di sebuah tempat yang persekitarannya putih dan indah. Terdapat pokok sakura dan bunga di sekeliling dia. Dia terlihat susuk tubuh yang dia begitu kenali.

"Yerin?"betapa terkejutnya Taehyung melihat Yerin di situ. Dia memakai dress labuh berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikkan dia.

"Sanggup awak Tae? Saya cintakan awak... Tapi awak layan saya macam sampah,"air mata Yerin mengalir. Taehyung mendekati dia. Dia mengusap pipi gadis itu dan mengesat air mata dia dengan ibu jari. Bila gadis itu membuka mata, saat itu jugalah Taehyung ketakutan.

Mata Yerin berwarna merah. Dengan anak matanya yang bercorak menakutkan membuatkan Taehyung serta-merta melepaskan pegangan dia. Baju putih Yerin bertukar warna gelap. Rambutnya yang berwarna coklat itu bertukar merah. Air mata darah mula turun dari mata Yerin...

"Kenapa awak suka nak sakitkan hati saya? Awak siap kata saya ni tak guna,"Yerin berkata dengan suara yang menakutkan. Dia melihat ke arah Taehyung sambil tersenyum menakutkan.

"Awak tahu tak awak di mana?"Yerin menyendeng kepalanya ke tepi. Taehyung menggeleng ketakutan.

"Alam saya. Atau lebih tepat, hati saya,"api mula keluar dari bawah. Terkejut Taehyung. Dia cuba dapatkan Yerin.

"Yerin!! Please, jangan buat macam ni! Saya cintakan awak Yerin!"Taehyung ingin berlari ke arah Yerin tetapi kaki dia bagaikan melekat di tanah.

"Awak tak tahu betapa sakitnya hati saya? Inilah yang hati saya rasa!"sebuah cahaya gelap menusuk Taehyung di bahagian jantungnya. Taehyung memuntahkan darah.

"Uhuk! Yerin.."dia cuba untuk memujuk Yerin supaya tak perlakukan dia begitu.

"Sakit? Inilah apa yang saya rasa!!"dia menusuk lebih dalam sehingga menembusi badan Taehyung. Mata Taehyung terbeliak.

"Jangan!!"Taehyung meraung ketakutan. Nafasnya sesak. Dia tak boleh bernafas!

"Hyung, bangun!!"suara Jungkook membuatkan Taehyung membuka mata. Terus dia duduk atas katil sambil memegang tempat dia ditusuk oleh Yerin. Dia cuba mencari nafas.Betapa takutnya dia rasa.

"Hyung okey tak?!Hyung meraung-raung tadi. Lepastu macam susah nak bernafas,"Jungkook menceritakan apa yang terjadi. Muka Taehyung pucat lesi. Kalau toreh belum tentu ada darah keluar!

Taehyung menceritakan mimpinya kepada Jungkook. Dia pun Agak seram mendengarnya.

"Cakap pasal tu.."Jungkook menyerahkan telefonnya kepada Taehyung. Ada chat dia dengan Yerin. Walaupun Yerin block dia, tapi dia block Whatsapp je... Dia tak block Fac dan Twitter.

Jungkook:Yerin kau tak faham lagi ke? Taehyung nak KAU! Dia nak KAU! Dia nak KAU! Dia sanggup tunggu kau tahu tak!!

Yerin:Ish, kau ni!! Janganlah tulis kau tu huruf besar. Ada aku kisah ke? Kau nak kacau aku time kelas jugak lah! Aish..

Jungkook:Kesian lah dekat dia. Dia macam nak mati kutu dekat sini!!

Taehyung menjeling Jungkook yang sekadar sengih tak bersalah. Sedap mengata.

Yerin:Aku dah malaslah nak kisah! Buat sakit hati je! Dan jangan kacau aku lagi lah! Aishh!!

-Yerin has blocked you-

"Degil betul lah Minah ni,"Taehyung berkata. Kalau boleh nak je dia tempah tiket pergi England sekarang jugak! Bila jumpa je, nak je dia tarik Yerin dan cium gadis tu. (gatal kau Tae)

"Biasalah Yerin ni hyung. Dia ni degil sangat kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain,"Jungkook berkata sebelum pergi. Taehyung sekadar termenung je. Dia mendapat satu idea bodoh. Bodoh pun dapat buat dia jumpa Yerin.

Malam itu.....

Ketika semua orang sibuk tidur merehatkan badan, Taehyung keluar dengan beg galas yang berisi baju. Dia tempah tiket malam ni juga untuk ke England. Dia sengaja ambil masa 12.00 tengah malam sebab dia tahu, waktu ni semua dah tidur. Dia sempat meninggalkan surat untuk Bangtan. Biarlah tindakan dia ni boleh buat dia mampus, janji dia dapat jumpa Yerin.

Dia perlahan-lahan ke arah pintu dan membukanya. Dia lantas keluar dan mengambil teksi ke lapangan terbang. Nasib dia pakai topeng dan topi. Tak lupa juga kaca mata hitam.

Dia menuju ke arah Balai pelepasan. Seusai itu, dia naik kapal terbang dan duduk di sebuah kerusi.

'Sori Bangtan. Tapi aku terpaksa buat ni,'hatinya bergumam. Harap Bangtan tak marah.

Siapa kata tak marah?!

Esoknya....

Jin bangun as usual sebab kena kejut donsaeng dia tu. Bila dia ke bilik Taehyung, bilik dia kosong. Pelik Jin dibuatnya. Ada sekeping surat atas katil. Dia lantas mengambilnya sebelum terjerit menggegarkan satu dorm.

"HAAAHHH?!?!?!?!?KIM TAEHYUNG!!!!!"semua ahli terjaga terus dek jeritan nyaring Jin. Mereka terus menerpa ke bilik Taehyung.

"Kenapa?"mereka bertanya serentak. Jin menunjukkan satu surat kepada mereka.

-Sori guys, tapi aku berangkat pergi England untuk cari Yerin. Jangan marah. Aku tahu idea ni bodoh soooo.... sila pukul aku berjemaah bila aku dah balik!-

-Kim Taehyung-

"What the parkjimin!!!!!!"mereka semua menjerit. Sampai begini Taehyung buat?!

Mana kau dapat idea bodoh ni Tae?! Kalau manager marah macam mana?! Nantikanlah apa yang terjadi ya!!

Terima kasih saya ucapkan pada @Amiera Qaseh sebab sokong buku ni! Sayang awak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience