Bab 5

Fanfiction - KPOP Series 2081

(I'm soooo sorry but saya tak tahu nak copy prolog. So korang baca prolog dulu dan ini sambungannya ya!)

Taehyung menyepak dinding berkali-kali bagi melepaskan amarahnya.

"Arghh!!!!"dia menumbuk dinding itu sekuat hati sehingga tangan dia luka. Dia jatuh terduduk.

Jin mendekati dia. Dia menyuruh Jungkook mengambil peti first aid di kabinet dapur. Dia ambil dan rawat tangan Taehyung.

"Sabar jelah Tae. Ada sebab semua ni jadi,"Jin berkata sekadar untuk menenangkan Taehyung.

"Aku suka dia. Tapi kenapa aku nak sombong dan suka cari nahas dengan dia? Sampai macam ni sekali... "Taehyung merintih. Dia memeluk kedua-dua belah lutut dia dan dirapatkan ke dada. Mukanya dibenamkan di lengan.

"Kau suka dia? Habis kenapa kau tak cakap je?"Suga berkata kepada Taehyung.

"Sebab aku degil. Dah aku sendiri sedar aku suka kat dia. Kenapa hati aku ni tak nak mengaku jugak? Ke aku ni bodoh?"Taehyung memukul-mukul dadanya. Sakit dia pukul dadanya sendiri tak sesakit perkataan benci yang dihamburkan oleh Yerin tadi.

Yerin... dari kali pertama dia tengok Yerin, satu perasaan aneh menjalar dalam hati dia. Senyuman Yerin buatkan dia bagai terkena renjatan elektrik. Tapi senyuman tu tak pernah muncul untuk dia. Dia nak sangat perhatian Yerin. Tapi cara dia sangat kasar buat hati Yerin terguris. Dia sedar. Kali ni dia buat main dengan hati Yerin. Bukannya seperti sebelum ni.

"Sudahlah tu, Taehyung. Sekarang ni kita bagi Yerin masa,"Jungkook berkata kepada Taehyung. Dia menepuk-nepuk bahu Taehyung perlahan. Selepas semua orang tinggalkan dia, air mata dia mengalir. Dia menekup mukanya dengan sebelah tangan.

Beberapa minggu kemudian.....

Taehyung setia menunggu Yerin untuk meminta maaf kepadanya. Sehinggalah Jungkook memberi tahu berita buruk...

"Tae... "

"Mana Yerin?"

"Dia... sambung belajar ke.... England... "Jungkook berkata sebelum menunjukkan chat dia dengan Yerin di telefon dia..

Jungkook:Yerin, kau tak nak datang ke? Tae nak jumpa kau sangat...

Yerin:Aku minta maaf Jungkook. Tapi aku dah sambung belajar. Dekat England.

Jungkook:Jauhnya! Yerin, janganlah buat Tae macam ni..

Yerin:Dah dia tak suka aku. Buat apa dia nak sedih?

Jungkook:Sebab dia cintakan kau Yerin! Kau tak nampak ke?

Yerin:Kalau dia cintakan aku, mesti dia akan buktikan. Masalahnya, dia sakitkan aku. Bukannya buat aku lagi bahagia!!!

Jungkook:Yerin... Tae setia tunggu awak selama seminggu ni tau tak.

Yerin:Sudahlah Jungkook. Jangan kacau aku lagi...

-Yerin has blocked you-

Jungkook:Yerin!!!!

Taehyung sekadar melihat mesej itu sebelum meramas kasar rambut dia. Apa dia dah buat?! Menyesal yang amat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience