Bab 4

Fanfiction - KPOP Series 2081

Pagi itu, apabila semua telah bangun tidur, ada dua orang makhluk lagi tak bangun. Tapi Taehyung dah bangun jadi tinggal lagi seorang. Siapa?Seokjin.

Sebab membebel dan bagi ceramah seharian,dia penat dan tidur sampai terlepas masa.Selalunya dia yang akan gerak semua donsaeng dia.Kalau tak bangun,kenalah penagan kuali dia.Tak pun suara double bass atau kena 'lempar' atas lantai.Tapi kali ni,dia dapat semua revenge kat dia.Nak tau?

Tang! Tang! Tang!

Jungkook menggunakan kuali di dapur dan senduk untuk mengetuknya.Saja nak buat Seokjin bangun dari tidurnya.Sebab Jungkook dan Yonggi yang rancang, yang lain pun join sekaki.Taehyung pun sama.

"Kim Seokjin!!!Bangun!!!"dia menjerit di tepi telinga Seokjin membuatkan hyungnya itu melatah.

"Oit,omma Jin beraksi!"latahnya membuatkan kawannya itu tergelak sakan.Dia membaling bantal kepada Taehyung.

"Ish,kau ni!Aku nak tidur lah!Penat membebel kat kau semalam,"dia berkata kepada mereka sebelum membungkus dirinya dalam selimut.Tetapi.....

Namjoon, Jungkook dan Yonggi mengangkatnya dan mencampakkan di atas lantai.Tapi tak sakit sangat la sebab badan dia kan berbalut dengan selimut.

"Aisyy, jinja!Omo,sakit tau tak!"Jin berkata apabila mereka telah ketawa.Kemudian terhenti bila mereka dideath glare oleh Jin.Sisi garangnya dah muncul...

"1..2..3,lari!!!"dengan pantas mereka semua lari keluar dari bilik Jin.

"Mari sini korang!!!!!Arghh!!"dikejarnya seorang demi seorang ahli BTS yang telah lari.

"Yang kaki tidur tu korang bukan aku!Aku terlajak bila penat je.Korang ni bla bla bla,"Jin sudah membebel kepada mereka selepas berjaya menangkap mereka dalam masa yang singkat saja.15 minit. Mereka yang lain duduk melutut di hadapan Jin yang masih membebel.Seorang demi seorang punya kepala sudah diketuknya.Kesian... Kemudian bunyi ketukan di pintu.Seokjin membukanya dan melihat Yerin di depan mata.Tetapi...

"Pfftt,"Yerin menutup mulutnya daripada gelak.Dia nak tergelak tengok BTS sedang duduk melutut macam kena denda.

"Apa yang awak semua buat ni?"Yerin berkata kepada Jin.

"Diorang ni lah.Kacau aku nak rehat je.Kan dah kena,"Jin berkata kepada Yerin.Dia hanya ketawa kecil.

Taehyung melihat Yerin yang sedang ketawa itu.Comel... itulah apa yang hatinya kata.Terus dia melihat ke arah lain apabila Yerin perasan yang Taehyung sedang melihatnya.

"Eh,Taehyung pun kena?"Yerin bertanya kepada Jin.Dia mengangguk.

"Walaupun dia nampak sombong,dia suka mengusik orang.Sejak awak muncul,dia selalu senyum sorang-sorang dalam bilik,"Jin berbisik kepada Yerin.

"Tapi korang ni memang nak kena!"Jin berkata kepada mereka.Terkejut Jimin dan Jungkook. Mereka peluk satu sama lain.

"Sudahlah marah-marah diorang,Jin.Awak semua,kepala awak apa kata saya bubuh minyak,"Yerin berkata kepada mereka.Walaupun dia sukakan BTS, dia tak suka ambil kesempatan.Lantas minyak angin dibawa keluar dari dalam beg.Dia menyapukan kepada seorang demi seorang.Cuma Yonggi saja tak nak. Apabila tiba giliran Taehyung, dia langsung tak berkutik apabila Yerin menyentuh kepala dia. Rasa berdebar pun ada.

'Ape hal aku rasa berdebar ni?',hati Taehyung bergumam. Yerin melihat pipi Taehyung yang berona sedikit merah itu.

"Eh, Taehyung, awak ni kenapa? Angkatlah kepalamu itu wahai cik abang..., "Yerin berkata kepada Taehyung. Taehyung lantas mengangkat kepalanya. Dia terus naik atas.

Jin sekadar menggeleng. Kalau dah suka tu cakap jelah wahai Tae oi....

Keadaan Tae...

Arghh!!!! Kenapa aku boleh berdebar pulak ni? Ingat Tae! Dia tu cuma kawan Jungkook je..

Kenapa aku rasa macam nak perhatian dia? Dia rapat dengan yang lain tapi kenapa aku rasa sakit hati? Aku asyik nak sombong je dengan dia. Padahal hati ni dah terkena panah cinta. Adehh, pandai otak aku karang ayat terlebih ni. Aishhh...

Aku rasa aku ada idea....

Back to Yerin...

"Yah, Tae! Bagi balik lah phone saya!"Yerin meninggikan tangan dia. Dia ingin mencapai telefon di tangan Taehyung. Ish, Mamat alien ni dah kenapa?

"Bagilah aku kejap. Ops, sori..,"Taehyung sengaja jatuhkan telefon itu di atas lantai. Retak skrin weh!

"Woi, ni telefon hadiah ex aku lah!!"dia pijak kaki Taehyung. Taehyung mengerang kesakitan.

"Kau sayang ex kau lagi? Dia dah melantak dengan perempuan lain kot,"Taehyung berkata dengan sinis kepada Yerin. Sakitnya hati dia!!!

Yerin kaku. Tak berkutik.

"Kau ni pehal asyik nak cari gaduh je hah?!"Yerin menjerit ke arah Taehyung.

Share this novel

Adilah Khairi
2019-11-15 18:49:45 

cerita ni best dan kelakar


NovelPlus Premium

The best ads free experience