Bab 7

Fanfiction - KPOP Series 2081

Taehyung sekali lagi tersedar di sebuah tempat. Seperti mimpinya yang sebelum ni. Ada sekuntum bunga. Dia nak petik tapi tangan dia terkena duri bunga tu.

"Auch!"rintihnya. Jarinya sedikit berdarah.

"Awak tak layak pegang bunga tu Tae,"suara tersebut membuatkan Taehyung pandang belakang. Rupa Yerin seperti sebelum ni. Dengan bergaun merah dan nampak menakutkan.

"Bunga tu melambangkan hati saya. Awak tak layak miliki hati saya Tae,"Yerin berkata kepadanya. Taehyung lantas bangun menuju ke arah gadis itu perlahan. Sebuah bayang menusuk dadanya. Mulut dia mengeluarkan sedikit darah.

"Uhuk! Yerin,"dia memegang pipi gadis itu membuatkan gadis itu terdiam. Dia merapatkan mukanya dan mengucup lembut bibir gadis itu. Yerin kaku. Satu lagi bayang menusuk badannya sehingga menembusi badan dia. Dia sukar bernafas.

Taehyung segera membuka matanya. Dia membetulkan posisi di atas kerusi. Sepanjang penerbangan dia tidur. Dia berasa sedikit sukar untuk bernafas. Bagai terasa betul tusukan itu. Begitu juga semasa dia mengucup gadis itu.

"Perhatian penumpang Incheon Airlines. Sebentar lagi kita akan tiba di lapangan terbang antarabangsa England. Sila pakai tali pinggang kerana kita akan melakukan pendaratan "

Taehyung segera pakai tali pinggang dia.

'Kau tunggu aku Yerin....aku akan jumpa kau!'

.

.

.

"Ahhh tak guna betul jebon ni! Alien bodoh macam mana boleh lepas semua security nak pergi airport hah?!" Jin membebel seorang diri sehinggakan yang lain sudah menyumbat telingan mereka dengan kapas.

"Sabar jelah hyung...lagipun kebetulan kita nak buat tour dekat England kan kan? Jadi tak payah la risau....." Jungkook cuba untuk tenangkan Jin.

"Tapi latihan? Semua tu? Dia mesti akan pergi lama sebab bukan senang nak jumpa Yerin! Dia mungkin dekat mana-mana mesti Taehyung nak cari sampai jumpak Yerin walaupun sampai ke hujung dunia!" RM pula bersuara.

"Tapi dia cintakan Yerin, dia salahkan diri dia sendiri, jadi dia nak cari Yerin supaya dia dapat luahkan cinta dia pada Yerin.. aku faham sangat sebab aku pun pernah hadapi...korang tak nak ke tengok dia bahagia? Perangai dia mula lain bila ada fans hantar surat suruh dia berhenti dari jadi BTS! Apa kata kita beri juga peluang untuk dia bahagia," J-hope berkata membuatkan mereka semua diam. Sejak itu, Taehyung memang mula berubah menjadi lebih pendiam tak macam dulu lagi.

Dia mula jadi dingin dan mengasingkan diri. BTS bagai tak kenal dia lagi. Namun selepas jumpa Yerin, dia lebih banyak senyum. Sebelum ni pun tak rajin nak prank orang, tetapi boleh pulak nak prank Jin. Sebab tu lah mereka seronok bila Taehyung mengenali Yerin. Mereka cuba untuk satukan Yerin dan Taehyung tapi tak sangka akan berlaku pergaduhan besar sampai Yerin membawa diri ke England. Taehyung pun kecewa dengan dirinya yang terlalu kasar dan terlalu mahukan perhatian gadis itu....dia gunakan cara yang salah. Sebab dia tak mahu cintanya bertepuk sebelah tangan....dia juga tahu..dia tak layak untuk gadis sebaik Yerin selepas apa yang dia buat. Tetapi selagi dia cintakan gadis itu, selagi itulah dia akan cari Yerin sampai dia jumpa.

Adakah gadis itu berjaya ditemuinya nanti? Sori chap ni agak pendek..and sebab lama tak hapdate! Saya sebok dengan novel dalam jugak! Mian!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience