BAB 7

Humor Completed 5503

“Jangan la nangis…bukan jodoh awak dengan Vicky”pujuk Adam apabila melihat Vania nangis..mungkin sedih akibat jodoh tak kesampaian..

“Sapa cakap nangis sebab Nia tak dapat sama dengan abang….Nia sedih sebab Nia lupa nak pesan kat abang suh bawak balik koala bear nanti…”Vania tarik sengih..

“Erk??”koala bear…cis mati-mati aku ingat sedih pasal hubungan tak kesampaian….adoi ai Nia ni suka betul la buat orang tertanya-tanya..

“So Nia tak sedih la ni”soal Adam cuba mendapatkan kepastian…

“Mmmm….nak cakap sedih gile tu tak la..kalu sikit tu mungkin ada kot…”dia sengih.. Adam diam..kepala didongkatkan keatas langit…sebaik sahaja balik dari menghantar Vicky di airport mereka singgah ditaman reakreasi mengambil angin petang yang damai..

Dia memandang kearah Adam…kadang-kadang dia rasa lain bila berada dengan Adam..dia sendiri hairan..dulu kegilaannya adalah abang tapi sejak Adam muncul sedikit sebanyak kegilaan dia terhadap abangnya seperti hilang dengan perlahan..

Mmm…mungkin sebab Vicky suruh dia lupakan perasan ‘itu’ sejak tu kot dia dah boleh terima kenyataan..dia memandang kearah sampul yang diberikan oleh abangnya sebelum masuk kedalam flight tadi…

‘Baca bila abang dah nek flight nanti’ itu pesan Vicky pada nya…

Perlahan-lahan isi didalamnya dikeluarkan

Note: Ops sebelum tu abang nak mintak maaf sebab baca diari Nia…hehhe…maaf kan abang…

Abang rAsa Nia dah tahu kan pasal kita…??

Adik beradik susuan…so kita tak boleh bercinta dan kawin..ada faham…!!! (amaran keras)

Di sebabkan kita tak boleh nak bersama abang nak bagi tahu Nia satu rahsia besar…(hehehehe…bersiap sedia ye..)

Sebenarnya bukan abang yang selamat kan Nia waktu kejadian hitam kita sekeluarga dulu….Tapi orang lain…Nia nak tahu ke sapa????

Bukan abang??abis tu siapa…surat itu kembali ditatap…

First abang minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal sebab abang tak suka..(abang jeles taw..huhhuu)

Orang itu adalah sebahagian dari diri abang jugak…. Diri abang??abang ada dua ke?

Yap sayang abang ada dua..atau erti kata lain orang kedua tu adalah kembar abang…

Erk…dia terkejut..macam taw-taw je…kejap….kembar…???

Dalam hal ni abang berterima kasih tak terhingga kepada Nia..sebab Nia la kami telah bersatu kembali.. Orang itu sentiasa berada dengan kita. Cuma Nia je tak perasan sibuk kejar abang.. hehehe(gurau je yunk)

Mungkin sudah jodoh Nia..walaupun abang tak mampu nak jadi pasangan Nia at least diri abang satu lagi tu boleh…Nia nak jumpa tak dengan pemilik cinta sebenar Nia??? ^_^

Mesti la nak…hati ni Nia dah bagi kat dia…jerit hati Nia… Kalau tak silap abang orang tu masih berada disekitar Nia….So Nia cari la ye…bukak mata besar-besar dan serahkan cinta Nia tu pada orang yang selayaknya..abang yakin dia mampu jaga Nia dengan baik seperti mana abang jaga Nia…

Salam sayang dari abang cinta-mu

Vicky Arash Bin Ahmad Riqzi

Ps: kembar abang pun cinta kan Nia jugak tapi dia pemalu sikit…cari sampai jumpa taw…

Dengan pantas surat tersebut dilepas…dia berdiri tegak..matanya memandang sekeliling..cuba mencari pemilik cinta nye yang sebenar… Berlari dia ke kanan dan kekiri…Adam yang leka memandang langit tersentak apabila Vania berdiri dengan tiba…bertambah hairan apabila melihat Vania berlari ke kiri dan ke kanan dihadapannya..

“Nia kenapa ni?”Soal Adam cemas…Vania masih begitu… Adam mengaru kepala yang tak gatal….apa sudah jadi…

“Nia”Adam jerit kecil..lantas Adam menghampiri Vania..bahu Vania dipegang kemas…

“Kenapa ni?”soal Adam risau

“Nia nak cari pemilik hati Nia”balas Vania laju..matanya masih melilau…jangan la dia pergi lagi…aku nak jumpa dia dulu, nak ucap terima kasih sebab jadi hero aku dulu…

“Pemilik hati??siapa tu?”soal Adam…

“Itu la..Nia tengah cari la ni kalau jumpa Nia bagi tahu la Adam…”ujar nya bersungguh… Adam ketawa kecil melihat Vania..Pemilik hati??Emmm bunyi macam menarik je….

“Tak sabar rasanya nak jumpa dengan orang yang Nia maksudkan tu..”

“Adam tak sabar, Nia lagi lagi tak sabar..”dia teruja…

“Abang cakap orang tu dekat dengan Nia dan sekarang pun ada dekat dengan Nia”Adam diam…

“Tapi dah puas Nia cari ke hulu dan hilir tak ada pun seorang pun manusia yang Nia jumpa dekat taman ni”

“Tapi…”kata-kata itu tersekat..

“Tapi yang Nia jumpa Adam je”perlahan dia bersuara…

“Kalau orang yang Nia cari tu Adam macam mana?”soalnya…dia mendongak mencari jawapan dalam raub wajah lelaki dihadapannya…

“Tak kan la”Vania ragu-ragu

“Apa yang buat Nia tak caya….”dia terdiam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience