BAB 5

Humor Completed 5503

Berlari Vania mendapatkan Adam sebaik melihat kelibat lelaki tersebut…

“Adam”jerit Vania…adam tersentak apabila mendengar seseorang memanggil namanya… Terkaku Adam apabila melihat Vania berlari kearahnya.

“Adam nak ubat”tercungap-cungap Vania akibat baru lepas berlari..

Puas dia mencari adam..Sebelum ni hanya adam yang akan mencarinya..dan agak susah untuk mencari lelaki itu kerana dia tak tahu apa-apa pun pasal lelaki itu yang dia tahu adam kawan Vicky dan ahli kelab fotografi..

Tak sangka ramai jugak orang bernama Adam dikolej ini…dia terpaksa berjumpa dengan adam lain dulu sebelum menjumpa adamnya…adamnya????Lain macam je bunyinya…ah abaikan janji dia dah jumpa adam yang satu ni…

“Hah??”Adam tercengang..ubat??Vania sakit ke? Ya Allah kenapa aku tak tahu pun…wajahnya kendur..

“Nia sakit apa??mari adam hantarkan ke hospital”ujarnya sambil menarik tangan Vania…

“Eh..eh adam kejap-kejap”pantas Vania menyekat langkah adam…

“Nia bukan nak ubat hospital…nia nak ubat adam”semakin berkerut dahi adam

“Cuba nia cakap betul-betul..adam tak paham la….” Vania mengeluarkan botol yang sederhana kecil kepada adam..

“Ubat dah habis”Vania tersenyum...first time tengok side lain dalam diri Adam kalau sebelum ni asyik cool je….hari ni Nampak blur-blur…ehehehehh Adam menarik senyum…baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Vania…

“Cepatnya habis…baru seminggu kot..parah betul sakit nia ye….200 pil habis dalam masa seminggu…”

“Sakit ni dah kronik…terpaksa la ambik lebih..Sekarang dah jadi ketagih pulak”dia tersenyum..

“Ops…tapi ubat dah habis la…”riak muka Vania berubah..

“Tapi Adam ada ubat lain”Adam tersenyum sebelum mengeluarkan sesuatu didalam beg nya…

“Nah”dia meletakakn sesuatu didalam tangan Vania… Tangan dibuka...origami berbentuk burung…dia berkerut…

“Jom”Adam menarik tangan Vania supaya mengikut langkahnya…

Diatas bukit..

Vania tergamang melihat pemandangan dari atas bukit..Bukit yang terletak dibelakang kolej Xlarie…tak tahu pulak dia ada port cantik untuk lepak di kolej ni..port lepak yang di tahu hanya padang basketball je…

“Sekarang terbang kan burung ni”arah adam….

“Terbangkan?”soalnya hairan..

“Yap..macam ni”adam memegang tangan Vania..tangan adam berada dibawah tangan Vania sebelum dia melemparkan burung tersebut…burung origami berwarna purple tersebut melayang jauh dari tangannya sebelum jatuh kebawah bukit…

Vania tersenyum…lega….hanya itu yang mampu dikatakan oleh Vania…

“Amacam seronok tak?”soal adam…

“Seronok gila…rasa nak terbang je dengan burung tu”dia teruja…

“Ada lagi tak?”soal Vania..dia memangang kearah adam dengan berharap…

“Satu je yang ada….lagi pun tak elok buang sampah merata-rata…”perli adam…

“Eh bukan nia yang buang adam yang buang”dalih Vania..

“Tapi nia yang pegang kan?”

“Burung tu adam punya..”

“Adam bagi nia,so nia punya la”

“Adam punya”

“Nia punya”

“Adam”

“Nia”

“Adam”

“Adam suka nia”

“Nia suka Adam”erkkk!!Nia tutup mulut…aku cakap apa ni…dia memandang ke arah adam yang sudah pun tersenyum..

“Adam main-main dengan nia ye…”dia menutup malu..

“Tadi adam dengar ada orang cakap dia suka kan adam..wow terharu…”balasnya selamba..

“Adam main tipu”getusnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience