BAB 2

Humor Completed 5503

“Vania” Vania berpaling. Adam dibelakangnya tersenyum. Dia berkerut. Kenapa dengan mamat ni.

“Nah” Adam menghulurkan secebis nota kepada Vania. Muka dia merah.

“Siapa punya?”soal Vania hairan. Tapi huluran tersebut diambil. Serentak dengan itu Adam menarik tangan Vania dan meletakakn sesuatu di tapak tangan tersebut sebelum berlari menghilangkan diri.

“Pelik” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Vania. Gengaman tangannya dibuka. Cermin…? bertambah kerut dahi Vania. Dia menilik cermin yang berbentuk bulat. Nota yang diberi oleh Adam dibuka.

‘Saya dah falling in love dengan orang dalam cermin ini…^_^’
jelas..padat..dan mengejutkan.

“Adam suka aku biar betul?” katanya perlahan. Akhirnya dia mengeleng. Sweetnya Adam ni. Desis Vania sebelum berlalu.

@@@

Vania bersorak kuat memberi sokongan kepada Vicky. Sambil memegangsepanduk ‘go..go Vicky….’ Sampaikan dia tidak memgambil peduli semua yang berada disekelilingnya.

“Vania” tegur satu suara. Vania tidak berpaling malah konsentrasinya sikit pun tidak terganggu.

“Vania”adam bergerak disebelah Vania Dia tahu gadis tersebut sikit pun tidak mendengar panggilannya. Bahu Vania dicuit. Vania berpaling.

“Oh Adam. Aku sibuk ni” ujar Vania sebelum sambung bersorak.

“Untuk awak” Adam menarik tangan Vania dan meletakkan sesuatu ditapak tangannya sebelum berlalu. Vania membuka kapal kertas sebelum menilik cermin kecil tersebut.

‘ps I love you’ Vania tersenyum. Lantas sepanduk yang dipegang diletakkan dibawah.
Dia melabuhkan punggung ditepi padang.

@@@@@@@

Vania menyusun gambar-gambar Vicky pada papan buletin kolej. 'Kapten Vicky peneraju utama kelab basketball’ itu la tajuk buletin tersebut..

“Sekali aku tengok kau ni dah macam gila kan abang sendiri pulak” tegur Rossa dia bersandar pada papan kenyataan tersebut sambil menghulurkan risalah yang dibuat oleh Vania.

Rossa salah satu ahli kelab yang diterajui oleh Vania itu pun kerana terpaksa akibat ugutan Vania yang akan mmnbocorkan rahsianya…tapi sebenarnya dia sendiri pun tak kisah. Cuma kadangkan tak tahan dengan tabsub Vania terhadap abang sendiri. Selamat la mereka sudah berkawan sejak kecil kalu tak dia sendiri pun tak tahu Vicky dan Vania merupakan adik beradik.

“Dia hensemkan. Nanti aku nak cari pakwe sebijik macam dia…charming…” Vania teruju dia sudah membayangkan wajah lelaki idamannya.

“Kau tau tak gossip yang mengatakan yang kau suka abang sendiri”Rossa membuat muka.

“Ye ke?” Vania terkejut. Sebelum dia ketawa.

“Bagus la tu tak adalah sapa-sapa yang nak kacau abang kau…jeles tau tengok diorang duk mengesel dekat abang aku…” Vania menyambung menampal buletin.

“Gila..abang sendiri kot” Rossa hanya menggeleng dengan sikap Vania.

“Kenapa la dia abang aku” rungut Vania perlahan.

@@@@

“Jom”Vania menoleh. Vicky sudah pun berdiri dibelakangnya sambil memegang sebiji bola…bergaya. Desis Vania

“Hari ni Pak Mud tak dapat hantar so kene balik sendiri”Vania mengemaskan buku-buku rujukan yang berselerak diatas meja yang terdapat ditepi padang..

“Kita jalan kaki la…” usul Vicky. Dia sudah pun duduk disalah satu kerusi semantara menunggu Vania mengemas. Dudah menjadi habit Vania bila study meja pasti berselerak dengan bukunya. Dia mendongak melandang langit. Fikirannya melayang.

Klik! Dia tesentak apabila ,terdapat cahaya putih terpancar kearahnya.

“Nia…tak penat ke?”soal Vicky apabila melihat Vania tersenyum-senyum memandang kamera. Tak payah tanya dia dah boleh mengagak…

“Nope…tak kan penat kalau ia melibatkan abang…” dia menarik sengih. Semuanya indah kalau melibatkan abang. Hehehehe...

“Suka hati ni la” wajah Vicky selamba. Susah betul nak melihat riak wajahnya sejak mereka meningkat dewasa. Wajahnya dingin dan sudah kurang berbual seperti dahulu. Mungkin faktor usia yang menyebabkan mereka menjadi kekok…tapi tidak Vania…

Vania berjalan dibelakang Vicky…jarak rumah mereka dari kolej Cuma mengambil masa 20 minit berbeza dengan menaiki kenderaan hanya memakan masa 5 minit…

“Abang” Vania tersenyum memandang susuk tubuh abang nya dari belakang.

“Hmmm” Vicky tidak perpaling langkah masih diteruskan.

“Abang suka perempuan yang macam mana?” soal Vania. Masih berjalan dibelakang Vicky.

“Perlu ke?”

“Agak la”

“Untuk apa?” Vicky dingin

“Memudahkan urusan Nia” Vania mencebik

“Urusan apa?”soalnya lagi

“Urusan supaya Nia akan pastikan semua ciri-ciri tu ada pada Nia” tekadnya

“Motif?”

“Nia suka abang. Kalau kita bukan adik beradik Nia nak ngorat abang” terang lagi bersuluh Vania meluahkan perasaannya. Hubungan darah sudah ditolak tepi. Vicky berpaling. Mukanya merah. Vania tarik sengih 2 saat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience