Serius aku rindu abang aku….jerit batin Vania..sejak peristiwa dia meluahkan perasan pada abangnya…Vicky hanya mendiamkan diri…dia terus meninggalkan Vania terkial-kial dipertengahan jalan..
Vania tersandar lemah pada sofa di ruang tamu…sunyi rumahnya pada hujung minggu ni..biasanya aktiviti hujung minggunya adalah mengacau abangnya. tapi sejak-memenjak ni abangnya selalu hilang tanpa dikesan..dia mengeluh..
“Ai anak mama ni kenapa kuat sangat mengeluh ni”sapa Puan Sohara duduk disebelah Vania…Vania melentokkan kepalanya dibahu mamanya…
“Bosan la mama..abang tak ada…”adunya..Puan Sohara hanya tersenyum..
“Abang pun ada life sendiri jugak..hujung-hujung minggu ni mesti abang pergi dating kot” balasnya..rambut Vania diusap..
“Apa!!!”Vania sudah berdiri tegak.Puan Sohara mengurut dadanya.
“Terkejut mama”rungutnya..
“Mama betul ke abang pergi dating??”soal Vania sambil mengocang-gocang lengan Puan Sohara
“Entah mama agak je”selamba Puan Sohara.Vania menarik nafas lega…buat kecut aku je mama ni…rungut hatinya.. Vania berlalu…mama ditinggalkan diruang tamu..
“Vania…Vania..”panggillan mamanya dibiarkan…ada ke patut buat gurau benda sensitive ni….adoi ai mama kalau la kau mengerti hati ku ini… Langkah kakinya menuju kearah meja belajar…botol berbentuk bulat diambil….cermin-cermin kecil yang terdapat didalamnya belek-belek….
“Adam”nama tersebut meniti dibibirnya…apa yang cuba kau sampaikan…??kalu untuk menerima kau it possible…aku hanya nak abang Vicky je dalam hidup aku… Gambar dia dengan Vicky sewaktu berusia 12 tahun dibelek..beza usia mereka Cuma 2 tahun..itu membuatkan dia rapat swaktu kecil tapi bila dah besar hubungan itu seperti dingin…
@@@@
Hari ni mood Vania mendung…semuanya gara-gara Vicky yang tidak menunggunya untuk ke kolej bersama..panas betul hatinya..kalu hatinya macam gunung berapa nescaya dah meletup dan boleh menyebabkan tsunami..yeke???ah lantak la….itu yang dirasakan oleh Vania..
“Selamat pagi”sapa Rossa.melihat Vania yang hanya diam tidak berkutik membuatkan Rossa hairan…
“Asal ni??cercite?”Vania diam..kakinya laju melangkah kearah cafeteria.dia mengambil tempat dihujung sekali..kepalanya dihantukan ke pemukaan meja…
“Kau okey ke tak ni??”soal Rossa risau..tak pernah-pernah tengok mood Vania down semacam..kali terakhir dia melihat keadaan Vania macam ni sewaktu form 3 dulu itu pun kerana Vicky yang pergi camp tak beritahu nya…jangan-jangan..
“Abang kau buat apa kat kau?”teka Rossa..Vania mendongak dengan pantas..wajah Rossa dipandang tajam…naik gerun Rossa dengan pandangan Vania.
“Jangan tengok aku macam uh…takut..”perlahan Rossa bersuara…
“Aku sedih”luah Vania…
“Apa yang buat ko sedih sangat ni..”
“Abang aku tak tunggu aku pagi tadi…tak pernah-pernah dia tak tunggu aku…”sambung Vania.. Rossa menepuk dahi kuat…Ya Allah kenapa la dengan member aku sorang ni….
“Dah la tu obsess kau pada abang kau…dia pun ada life sendiri jugak..tak kan la 24 jam nak ada dekat kau je”kalau aku sendiri pun aku tak tahan kalau ada yang ikut aku 24 jam…desis Rossa..
Mane boleh aku kan bayangan dia..ada dia adalah aku”semangat Vaniabersuara..
“Suka hati kau la..aku takut nanti si Vicky tu menyampah pulak”Vania tersentak…kata-kata Rossa membuatkan dia takut tiba-tiba.
@@@@
“Hai”Adam mengambil tempat disebelah vania….pemandangan padang petang itu kelihatan sepi…tak ada hiruk-pikuk yang sentiasa berlaku bila ada latihan ataupun perlawanan…
“Nia sihat?”soal Adam…dia melihat wajah mendung Vania..Adam jatuh simpati…dia tahu ini mesti kerana Vicky abang vania merangkap sahabat baiknya…
“mmmmm”dia malas nak ambik tahu..yang penting dia perlukan ketenangan… Adam mencapai tangan vania…plaster bercorak bintang ditampal ditangan…Vania terpinga-pinga..
“Ni untuk rawat luka dihati”Adam tersenyum…Vania terkedu…Adam ni suka betul main tarik tangannya….plaster ditangan ditengok….sweetnya gambar bintang ni….
“Adam tahu..sekarang ni nia mesti fikirkan pasal Vicky kan?”Adam memandang wajah redup Vania..comel...detik Adam…
“Adam nak apa?”soal Vania hairan..rasanya dia dan lelaki ni tak ada urusan.. Adam tersenyum.akhirnya Vania sudi untuk berbicara dengannya…
“nothing”ujarnya selamba…
“Adam just nak tolong rawat luka dekat hati Nia dan nak bagi ubat ni”Adam mengeluarkaan botol yang sederhana kecil yang dipenuhi kertas warna-warni yang berbentuk pil-pil kecil… Vania mengerut dahi…
“nanti bila Nia rasa sakit dekat sini ambil la satu ‘makan’”Adam meletakakkan tangannya di dada….
“kenapa Adam buat semua ni?”soal Vania..dia hairan kenapa Adam buat semua ni..nak cakap rapat tak pulak..sebelum ni dia hanya bertukar senyuman je kalu selisih…dia kenal Adam pun kerana abangnya satu kelab dengan Adam..kelab fotografi. ..
“Hmmm…..hanya menolong pada yang memerlukan..”Adam ketawa kecil…
“Ok la Nia,Adam tak dapat teman kan Nia lama-lama dekat sini Adam ada kerja”ujarnya sebelum menghilangkan diri…
Dia ni kan suka datang tak dijemput pergi tak disuruh…vania memandang kearah botol ditangan..penutup berwarna merah dibuka perlahan satu kertas yang berbentuk pil dikeluarkan…
Apa yang ada erk…
‘Vania Yuli Binti Ahmad Riqki,secantik nama semanis coklat,redup mata seperti redup awan pagi,sebijik pil untuk satu senyuman..senyum sikit baru cantik’
Giler….hanya perkataan itu yang mampu difikirkan…akhirnya nya dia tersenyum.. Dari jauh sepasang mata melihatnya dengan senyuman…
Share this novel