BAB 4

Crime Completed 2316

Pergelangan tangan dan kakinya terasa perit. Dia memandang keadaan di sekelilingnya. Suriani langsung tidak tahu di mana dia berada pada ketika ini. Keadaan di sekelilingnya sunyi dan sepi. Hanya bunyi cengkerik dan unggas yang menemani dirinya. Keadaan ruang itu suram sahaja. Suriani memandang lantai bilik yang berdebu itu. Fikirannya ligat mencari cara agar dia dapat bangun.

“Hai, dah bangun?” Kedengaran satu suara menyapa dirinya. Suriani mencari pemilik suara itu. Dia tidak mengenali suara itu, tetapi dia yakin yang dia mengenali wajah pemilik suara itu.

“Ingat aku lagi?” soal lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu sudah duduk berlutut di hadapannya. Rambut Suriani dielus- elus perlahan.

“Siapa kau?!” Lantang Suriani menyoal. Kepalanya sibuk digerakkan bagi menghindari sentuhan lelaki itu. Kedengaran lelaki itu ketawa kecil.

“Kau tak ingat siapa aku? Aku yakin, kau pasti masih ingat siapa itu Azmin kan?” soal lelaki itu. Suriani terpempan. Azmin ? Ya, dia masih ingat lagi akan lelaki itu. Lelaki yang sangat setia sifatnya. Suriani lah yang menghampakan kesetiaan Azmin lantas tiada lagi khabar yang dia dengari tentang lelaki itu.

“Kau Azmin ?” soal Suriani. Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya masih setia mengelus wajah Suriani.

“Kenapa kau nak tahu?” soal lelaki itu.

“Aku dah lama tak dengar khabar mengenai dia. Aku tidak tahu di mana dia berada, kini,” kata Suriani. Lelaki itu ketawa kuat.

“Kau dah bunuh dia Suriani... Kau bunuh Azmin... Kau tak ingat ke yang kau ni pembunuh? Kau tak sedar ke Suriani ?!” Jerkah lelaki itu. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Suriani. Matanya turut ditentangkan dengan mata Suriani. Suriani tersentak. Mata ini! Dia kenal mata ini.

“Azhar ? Kau Azhar kan? Azhar ?” soal Suriani. Lelaki itu tersenyum mengejek.

“Ya, aku Azhar. Budak hingusan yang selalu menyibuk bila kau keluar dengan abang aku, Azmin,” kata Azhar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience