BAB 7

Crime Completed 2316

“Syukur, alhamdulillah awak dah sedar Sue. Lokh risau sangat Sue,” ucap Lokhman. Bibir Suriani yang pucat mengukir senyum.

“Alhamdulillah. Lokh risau dekat Sue ?” soal Suriani. Lokhman tersenyum.

“Lokh sayangkan Sue bukan sahaja sebagai seorang sahabat tetapi, Lokh sayangkan Sue lebih daripada itu. Izinkan Lokh memiliki hati Sue ?” kata Lokhman. Suriani sedikit terpinga-pinga. Masakan tidak? Dia turut menyimpan rasa yang sama terhadap Lokhman yang selalu mengambil berat tentang dirinya.

“InsyaAllah Lokh, kalau kita ada jodoh yang diaturkan oleh Allah,” balas Suriani. Lokhman tersenyum senang.

“Lokh, macam mana awak boleh tahu yang saya ada dekat situ?” soal Suriani. Lokhman tetap tersenyum.

“Missed call daripada awak membuatkan saya datang ke rumah awak,” ujar Lokhman.

“Awak nampak mayat tu? Awak kenal tak mayat siapa tu awak? Awak... beritahu saya,” pinta Suriani. Lokhman tersenyum.

“Identitinya sudah dapat dikenal pasti. Apa- apa yang pasti, dia adalah mangsa Azhar. Pada mayat tu, ada tertera alamat rumah banglo lama tu. Jadi, saya dengan anggota yang lain mengambil keputusan untuk ke sana. Lagipun, awak meninggalkan rumah dalam keadaan yang membuatkan orang was-was,” terang Lokhman. Suriani tersenyum.

“Saya kena hentak, sedar-sedar aje dah sampai dekat tempat asing macam tu... ya Allah kesiannya dekat arwah Amin. Tak fasal-fasal dia yang menjadi mangsa,” ujar Suriani.

“Sabarlah Sue. Lokh percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mereka berdua sudah selamat dikebumikan petang semalam, waktu Sue masih belum sedar,” kata Lokhman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience