BAB 8

Crime Completed 2316

“Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka,” ucap Suriani dengan nada yang sayu.

Dia tersenyum hambar. Azhar yang dia kenal dahulu bukanlah seperti Azhar yang sekarang. Azhar yang dahulu sangat ceria, sangat kuat pegangan agamanya.

Oleh kerana dia kehilangan kesemua ahli keluarganya, dia hilang pertimbangan. Islam seolah- olah bukan lagi agamanya,

Allah bukan lagi tuhannya, Rasulullah bukan lagi ikutannya, al-quran dan hadis bukan lagi pegangannya. Ya Allah, rapuhnya iman Azhar sehinggakan syaitan begitu mudah menghasutnya ke arah kegelapan. Itulah, lumrah dunia.

Tatkala manusia menyimpan rasa dendam, rasa dendam itulah yang memudahkan syaitan untuk merosakkan anak-anak Adam. Bisikan- bisikan syaitan diterima dengan sepenuhnya.

Hati yang sepatutnya bersih, menjadi kotor. Hari yang sepatutnya terang dan indah menjadi gelap dan suram. Dan semuanya terjadi dek kerana sebuah dendam kesumat!

Besar harapannya agar episode hitam ini tidak akan berulang lagi. Meskipun dia sudah tiada siapa lagi di dunia ini melainkan Kak Erma sekeluarga, sebagai manusia biasa dia mahu membina bahagia bersama insan yang dicintainya.

Dia tidak mahu hidup dikelililingi dendam yang tak pernah habis. Dia mahu bermula semula dan bangkit dari memori hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience