BAB 3

Crime Completed 2316

“Okey, Lokh. Waalaikumussalam,” jawab Suriani lantas Lokhman mematikan talian.

“Aku akan jumpa kau Min tapi, bukan untuk memulihkan hubungan ini. Aku akan berjumpa dengan kau, untuk menyatakan perasaan aku terhadap kau,” kata Suriani, sendiri. Dia bangun daripada pembaringannya lantas bergerak pantas menukar pakaiannya.

Suriani membetulkan lengan baju kemejanya. Pandangannya dikalih pada cermin semula lalu dia bagai diam tergamam kerana dia pasti sebentar tadi dia terlihat kelibat seseorang pada cermin itu.

Suriani mengorak langkah merapati tingkap bilik itu. Langsir tingkap itu diselak dengan luas. Bagaikan hendak pecah jantung Suriani tatkala matanya terpandangkan wajah seorang lelaki yang dilumuri dengan darah melekap rapat pada tingkap biliknya.

Mata dan kepalanya bagaikan hendak terpisah daripada jasad. Suriani menekup mulutnya. Dia menggigil ketakutan. Setitis demi setitis air matanya jatuh berjuraian.

Siapa lelaki itu? Suriani tertanya-tanya. Langsir tingkap itu ditutup perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Tatkala matanya terpandangkan telefon bimbitnya, pantas tangannya mencapai telefon itu. Lincah jarinya menaip nombor telefon Lokhman.

Sudah beberapa kali mencuba, namun Lokhman tidak dapat dihubungi. Suriani penasaran. Apa yang patut dilakukannya sekarang? Kak Aslinda tidak akan pulang pada hari ini memandangkan dia perlu pulang ke kampungnya.

Suriani mencapai beg tangannya lantas mengorak langkah keluar daripada rumahnya. Tanpa sempat Suriani mengunci pintu utama rumahnya, kepalanya dihentak kuat dengan sesuatu. Suriani rebah.

Perlahan-lahan Suriani membuka matanya. Cahaya daripada sebuah lampu kalimantang menyilaukan pandangannya. Matanya dipejam celikkan buat beberapa kali. Terasa berat sekali kepalanya pada ketika ini. Suriani tertanya- tanya. Di manakah perginya tudung yang tersarung elok pada kepalanya sebentar tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience