Rate

BAB 1

Romance Series 2055

BALUTAN kain putih yang menutupi mata Nia Araya, kini lilitan demi lilitan dan secara perlahan-lahan terasa kain itu ingin dilepaskan. Setelah beberapa bulan kain itu menjadi benteng kedua untuknya melihat dunia, akhirnya akan terlerai dalam beberapa saat sahaja lagi.

Jari-jemari runcing Nia Araya saling berlaga sesama sendiri. Detakan jantung sudah lari dari irama asalnya. Beberapa rintik peluh halus yang menghiasi dahinya terasa sedikit. Apakah kali ini dia berjaya? Adakah kali ini dia mampu melihat sinaran warna-warni kehidupan dan terlepas dari hitam putih ‘dunia’nya?

Dr. Faizal yang sedang membuka balutan kain tersebut, terasa getaran keresahan yang mungkin sedang melanda gadis tersebut. Perbuatannya berhenti seketika.

“Just relax Araya. Everything is gonna be fine. Please trust us,” tutur Dr. Faizal. Lembut.

“Tenang beb. Kitaorang ada dekat sini...”

“Ya Nia. Fighting beb! Chaiyok!”

Sepasang telinga Nia Araya menangkap jelas kata-kata semangat yang dilontarkan oleh beberapa figura yang ada menemaninya di dalam bilik tersebut. Salah satunya adalah rakan-rakan Nia Araya sendiri.

Namun, Nia Araya sebenarnya masih menantikan satu suara itu. Di manakah dia? Dia ada di sini menunggu aku bukan? Tidak semena-mena seketul hati ini didatangi kegusaran. Tenang Nia. He's here.

Terasa kain yang membaluti sudah terlorot jatuh. Kini tinggal lagi kapas yang ditempel pada kedua belah matanya sahaja. Dalam beberapa saat, terasa angin lembut mencium kelopak mata Nia Araya yang masih terkatup rapat. Kemudian sebelahnya lagi turut dia rasai.

Tahulah Nia Araya bahawa kini matanya sudah tidak terbalut sebarang pertahanan. Dada berombak sedikit laju. Helaan nafas juga lari tempoh. Dia harus tenang. Semuanya akan baik-baik saja.

“Are you ready for this Araya?”

Pertanyaan itu terdengar pada telinga kanannya. Kepala Nia Araya terangguk sedikit. Nafas ditarik dalam, kemudian dihembus perlahan dan selembutnya.

“Sekarang ikut kata-kata saya... open your eyes, slowly. Perlahan-lahan...”

Nia Araya masih takut-takut untuk melakukannya. Detak jantungnya juga kembali mengepam dengan laju. Dia takut. Dia takut kalau-kalau pembedahan ini tidak berjaya.

Berbekalkan semangat yang ada dengan perlahan-lahan, kelopak mata cuba untuk dibuka, sesuai mengikuti arahan yang diberikan tadi. Teman-teman Nia Araya yang berada di situ berasa teruja.

Nia Araya berusaha untuk membuka lebih besar. Namun dengan tiba-tiba, satu cahaya putih mencerobos terlebih dahulu menerpa pandangannya matanya. Dengan cepat Nia Araya kembali menutup matanya.

Cahaya putih sungguh silau dan menyakitkan matanya. Tambahan, dia takut. Tersangat takut.

Tidak lama kemudian, terasa seperti satu nafas halus yang menghembus tepat pada arah telinga kirinya.

‘Nia...’

Nia Araya tersentak. Suara itu. Suara lembut menyeru namanya. Dia kenal akan suara itu. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu menyapa pendengarannya.

‘Rehan? Rehan...’

‘Ini aku sayang. Now, slowly... open your eyes. Trust me. It's gonna be okay. Okay?’

Suara itu seolah-olah menyalurkan kata-kata untuk menyuntik semangat dalam diri Nia Araya.

‘Saya takut Rehan. Macam mana kalau...’

‘Shh...’

Terasa jari kasar itu yang sudah lama tidak menyentuh lembut bibirnya, kini kembali dia rasanya. Sungguh dia rindu. Terasa seperti betul Rehan sedang menyentuh bibirnya.

‘Slowly... open your eyes. I'm here with you. Please, I'm here sayang...’

Rayuan lembut itu, seperti biasa melemahkan seluruh urat nadi Nia Araya. Dia harus percaya. Rehan juga percayakan dia. Dia harus kuat. Dia mampu.

Dengan semangat dan Rehan berada di sisi, Nia Araya sekali lagi mencuba untuk membuka matanya dengan segala kudrat yang ada. Perlahan, perlahan, perlahan sehinggalah mata itu separuh terbuka.

“Ya... lagi Araya. Just do it slowly...”

‘Again sayang. I know you can do it.’

Suara Dr. Faizal dan Rehan bersilih ganti menyapa pendengarannya. Namun Nia Araya lebih tertumpu kepada Rehan. Lelaki itu penguatnya. Sehinggalah akhirnya, kedua kelopak mata Nia Araya terbuka sepenuhnya.

Jika terbuka mata itu sepenuhnya dengan harapan, Nia Araya berharap bahawa Rehan berada di hadapan matanya. Dialah orang pertama yang Nia Araya ingin tatap.

“Beb...” Salah seorang teman Nia Araya memanggil teruja.

Dr. Faizal menukar posisinya ke hadapan untuk melihat Nia Araya. Nia Araya sedikit tersentak. Bukan Rehan. Dia mahu Rehan. Dia mahu melihat Rehan.

“Araya, boleh dengar kami?” tanya Dr. Faizal.

Nia Araya mengangguk kecil. “Nia, boleh lihat saya? Boleh lihat kawan-kawan?” sekali lagi Dr. Faizal bertanya untuk kepastian.

Dengan perlahan, Nia Araya menolehkan kepala melihat ke sisi. Mata Nia Araya disaji dengan beberapa figura orang yang tersenyum manis ke arahnya.

“Saya boleh nampak kawan-kawan saya,” seraya itu terdengar sipi-sipi beberapa orang mengucap kata syukur, termasuk Dr. Faizal sendiri.

Maksudnya pembedahan mata ini berjaya.

“Mana Rehan?” Nia Araya akhirnya bersuara.

Pertanyaannya itu menyentak beberapa orang rakannya yang berdiri. Ada yang saling berpandangan sesama sendiri. Dahi Nia Araya berlapis-lapis. Kenapa mereka diam.

Dari air muka, jelas masing-masing terkedu. Dr. Faizal turut menoleh memandang kearah rakan-rakan Nia Araya, tatkala soalan itu meniti keluar.

Tiada jawapan. Senyap.

“Kenapa senyap? Mana...”

“Err Araya...”

Nia Araya ingin bertanya lagi. Namun pantas Dr. Faizal mencela. Wajah Nia Araya dilarikan mendongak melihat Dr. Faizal.

“Memandangkan Araya baru sembuh, apa kata... Araya rehat dulu, ye?” cadang Dr. Faizal.

“Ha’aa beb. Better kau rehat dulu,” sokong Syuha. Semua saling mengangguk.

“Nanti kalau Rehan dah ada, kitaorang bagitau kau,” ujar Kira tiba-tiba.

Pantas semua figura yang berada memandang tajam ke arah Kira. Kira jongket kening, tanda bertanya jika dia ada salah cakap.

“Janji?” Nia Araya mahukan kepastian.

“Jan... janji,” Anina bersuara sambil tayang senyuman palsu. Senyuman untuk melegakan gundah yang bersarang di hati teman baik mereka.

Jelas terpancar kecewa di wajah cantik Nia Araya. Anina sudah jegil mata kepada Kira.

“Apa kata, kita semua keluar dulu? Kita biarkan Araya rehat sebentar?” Dr. Faizal bersuara setelah lama berdiam.

Cadangan Dr. Faizal diterima. Perlahan-lahan mereka mengatur langkah meninggalkan Nia Araya di bilik dengan perasaan bersalah yang menggunung.

Ditambah dengan sinar kekecewaan di wajah mulus itu.

Setibanya di luar, Anina dan Syuha pantas mensasarkan penampar pedas mereka ke bahu Kira. Tak pasal-pasal lelaki itu menyeringai kesakitan. Terasa pijar bahunya.

“Asal aku?”

“Boleh kau tanya macam tu. Eh kau tak nampak ke muka Nia dah macam tu,” ujar Adrian. Geram.

“Tulah pasal,” sokong Shamim.

“Weh sorrylah. Aku takde niat pun,” Kira berkata kesal.

“Dah-dah. Tak elok bertengkar dekat sini. Keadaan Nia jauh lebih penting sekarang.” Anina meleraikan perdebatan ini. Apa yang mereka perlu utamakan sekarang adalah Nia Araya. Mereka bersyukur pembedahan mata Nia telah berjaya.

Namun bagaimana dengan perasaan Nia Araya, apabila mengetahui hal sebenar? Serentak pandangan dikalih melihat Nia Araya di dalam wad. Keluhan berat meniti di bibir masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience