Rate

BAB 2

Romance Series 2055

2 tahun lalu,

"NIA!"

Langkah Nia Araya yang sedang berjalan berhenti. Seraya itu berpusing perlahan-lahan ke belakang, tatkala mendengar namanya diseru dari belakang.
Kira, Shamim, Adrian, Anina dan Syuha muluru laju ke arah Nia Araya yang sedang berdiri. Syuha dan Anina pula merangkul leher Nia Araya yang ditutupi scarf putih yang sering dipakainya ke mana-mana.

     "Aduh..."

Disebabkan Nia Araya sukar menyeimbangkan beratnya, menyebabkan badannya menjadi hendak terjatuh. Akibat si tomboy Syuha yang merangkul pada lehernya.

    "Apalah kau ni Syu. Kesian Nia," ujar Anina.

    "Entah minah ni," sokong Kira, sambil beg sandang Syuha ditarik sedikit ke belakang.
Meskipun tidak boleh melihat, tetapi Nia

Araya yakin dengan gelagat rakan-rakannya yang sentiasa mencuit hati ini, membuatkan orang sekeliling tersenyum.

    "Hoi dah-dahlah. Ni Nia, kau nak pergi mana? Dengan bawa buku tebal bagai ni. Berat ni," ujar Shahmim.

     "Saya nak pergi stadium seni. Nak hantar buku-buku ni dekat sana. Sekalilah saya nak buat patung juga..." jawab Nia Araya jujur.

Rata-rata rakan-rakannya tergeleng-geleng kepala dengan Nia Araya. Bukannya nak minta tolong. Kalau jadi apa-apa nanti, siapa susah.

    "Dah-dah. Kira, Adrian... korang tolong Nia angkat buku-buku ni. Hah korang pergilah dekat stadium seni. Aku nak pergi bilik pensyarah kejap. Kejap lagi aku datang sana. Ada benda aku nak bincangkan." Kata Shahmim.

   "Huh? Bincang apa?" Adrian bertanya.

   "Entah. Bincang apa Mim?" Syuha pula ganti bertanya.

    "Alah korang pergilah dulu. Banyak soal pula. Dah cepat." Shamim berkata sedikit lantang apabila langkahnya kian menjauh dari mereka.

      "Ah jom-jom."

Tanpa berlengah, Kira dan Adrian mengambil buku-buku berat daripada tangan Nia Araya dan sepantas kilat, kaki mereka membelok ke kiri dan kanan. Menuju ke stadium seni.

Nia Araya yang tidak mampu menghalang hanya mampu setuju sahaja. Jika rakan-rakannya ini sudah turun tangan untuk membantu, maka dia seperti bos. Hanya perlu dibantu sahaja.

***

AUTUNNO CLAY SCULPTURE FACTORY

"REHAN! Oh nak Rehan!"

Terasa mahu terkeluar anak tekak Pak Yunus, gara-gara beberapa kali nama 'Rehan' dipanggilnya, namun tiada sahutan daripada budak bertuah itu. Langkah kaki terus dibawa menuju ke bilik seni Rehan yang terletak jauh sedikit daripada kilang milik mereka.

    "Rehan... oh Rehan..." sambil ketukan demi ketukan hinggap pada daun pintu kayu. Aik?

Ni mesti tengah buat sesuatu dalam bilik seni dia ni. Tapi kenapa senyap saja bunyi dalam bilik ni?

    "Rehan! Oh Rehan! Tengah buat apa tu?" Sekali lagi nama Rehan dipanggil bertalu-talu.

Haish budak Rehan ni. Tengah-tengah orang perlukan dia lah dia tiada. Pak Yunus menggaru kepalanya yang hampir botak di tengah.

    "Pak Yun-Yun!"

    "Astagfirullah-alazim! Fuhh kuss semangat..."

Terkejut bukan beruk Pak Yunus dibuatnya apabila Rehan memyergah daripada belakang secara tiba-tiba. Tangan kanan naik ke dada, mengusap perlahan di situ. Sambil tangan kiri disanggah pada pintu bilik Rehan.

Si Rehan ni pula bukan main lagi berdekah-dekah dia ketawakan Pak Yunus. Perangai mengusiknya memang tak pernah berubah. Apabila lega, Pak Yunus menggunakan pandangan helangnya melihat si Rehan. Mati terus tawa Rehan dibuatnya. Namun masih terdengar sisa tawa yang cuba ditahan.

Apa yang lucu pun tak tahu.

     "Rehan, Rehan. Hish kamu ni. Kalau Pak cik kena shock dead tadi, naya kamu." Amboi Pak Yunus.

Dahi Rehan berlapis-lapis. Shock Dead? "Shock apa pak cik?" tanya Rehan sekali lagi.

     "Hishh mati mengejutlah. Kamu ni, tu pun tak faham."

Rehan mengangguk sambil bibirnya berbentuk 'O'. Gugusan kunci dikeluarkan daripada jaket kulit hitam, kunci bilik dipilih kemudian dimasukkan ke dalam lubang kunci. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka.

    "Masuklah pak cik. Ada apa pak cik nak jumpa Rehan?"

Jaket kulit dibuka kemudian disangkut pada penyangkut pakaian yang terletak penjuru bilik. Pak Yunus kemudian melangkah masuk ke dalam.

   "Pak cik nak ingatkan je, lusa akan ada rombongan pelajar seni dari universiti nak melawat kilang kita. Alah pak cik dah bagitau Rehan kan dulu," tutur Pak Yunus.
Rehan mengangguk perlahan. Ya dia sudah sedia maklum akan hal itu.

    "Baik. Pak cik dah emailkan saya biodata pelajar-pelajar semua kan?"

   "Dah-dah. Kalau takda apa-apa, pak cik keluar dulu. Selamat malam." Ujar Pak Yunus kepada Rehan.

    "Night Pak Yun-Yun..." memang suka usik Pak Yunus dengan panggilan tersebut.

Terdengar daun pintu ditutup daripada luar, Rehan pantas membawa badan menuju ke katil empuknya.

Argh! Leganya!

Selang beberapa minit, telefon Oppo A9 dicapai pada meja kecil. Skrin kunci dibuka, pantas jari Rehan menekan ikon email. Setelah itu, sebuah fail yang dikirimkan oleh Pak Yunus pagi tadi dibuka.

Satu-persatu biodata pelajar tersebut dibaca, kemudian digeser ke kiri. Namun apabila melihat biodata pelajar terakhir, jemari Rehan kaku. Pandangan mata tertancap statik pada foto gadis bernama Nia Araya Binti Kamaruddin.

Gambar gadis itu ditatap penuh minat. Entah mengapa irama jantung Rehan berubah rentak secara drastik. Hanya kerana dia.

    "Nia. Nia Araya..." Rehan bertutur lembut, sambil ibu jari kanan mengusap foto manis yang tertempel pada resume dalam emel tersebut.

Tidak semena-mena bibir Rehan menguntum senyuman. Nia Araya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience