Rate

BAB 3

Romance Series 2055

DORM ASPURI

NIA ARAYA mengatur langkah keluar daripada kamar mandi. Rambut hitam lebat yang masih basah dikeringkan menggunakan tuala mandi. Langkah kaki diatur perlahan-lahan menuju ke katil double dacker miliknya.

Anina menolehkan kepala ke belakang. Terlihat Nia Araya berjalan sambil meraba-raba sekeliling menggunakan tangan kirinya. Sambil tangan kanan masih bergerak-gerak mengeringkan rambut.

    "Boleh tak tu?" tanya Anina, sambil lembaran muka surat novel diselak. Sengaja dia bertanya begitu.

    "Boleh je..." Akhirnya tangannya merasa besi katil. Tangan dibawa meraba ke bawah untuk merasa katil pula.

Tidak lama kemudian, punggung dihenyak pada katil empuknya. Anina kerling temannya yang berada di depan ini. Masih lagi dengan peroses mengeringkan rambutnya.

Novel ditutup, diletakkan di atas katil lalu berdiri menuju ke katil Nia Araya.

    "Mari aku tolong keringkan," Anina menghulurkan bantuan.
Nia Araya senyum, lalu posisi badan diubah membelakangi Anina. Tuala yang Nia Araya gunakan tadi, kini bertukar tangan.
Giliran Anina membantu mengeringkan rambut Nia Araya.

    "Oh ya, mana Syu?" Sejak tadi tidak kedengaran suara temannya yang satu itu.

    "Syuha keluar dengan geng kita jap. Nak uruskan percutian kita nanti," ujar Anina. Nia Araya mengangguk perlahan.
Sejak dia menjejakkan kaki ke universiti ini, sekalipun dia tidak pernah melangkah keluar. Keluar pun sebab nak beli barang keperluan.

Dan hari ni, rakan-rakannya berhasrat bahawa mereka mahu membawa Nia Araya keluar bercuti, untuk cuti semester pada kali ini.

[Throwback]

"Bercuti? Ber... bercuti dekat mana?" Nia Araya bertanya dalam keterujaan.

Shamim dan rakan-rakannya pandang silih berganti. Ada yang sudah mengulum senyuman. Syuha berdiri mendekati Nia Araya dengan wajah teruja. Tangan kanan dirangkul pada leher Nia Araya.

    "Kita bercuti dekat..." Syuha pandang rakan-rakannya. Memberikan isyarat. "... Autunno Clay Sculpture Factory!" ujar mereka semua serentak.

Nia Araya kaku sebentar. Tempat itu, tempat itu merupakan kilang pembuatan patung tanah yang terbaik.

   "Betul... betul ke ni? Korang... nak ba... wa saya..." sampai tergagap-gagap dibuatnya. Oleh kerana terlalu teruja.

Comel sungguh kawan mereka ini.

    "Kitaorang semua takda plan nak bercuti dekat mana cuti sem ni. Lagipun kau tak pernah keluar jalan-jalan. Why not, cuti ni kita semua pergi kilang tu. Dalam masa yang sama boleh belajar. Betul tak?" jelas Shamim panjang lebar.

    "Betul tu. Kitaorang semua tahu kau nak sangat pergi sana," sokong Adrian.
Bertuahnya dia ada rakan-rakan seperti ini. Jauh di sudut Nia Araya mengucap syukur tidak terhingga. Perasaannya melonjak gembira.

    "Fikir apa tu?" Suara Anina menyedarkan Nia Araya yang tenggelam dalam lamunannya. Nia Araya senyum senget.

    "Takda apa,"

   "Yeke? Bukan orang tu gembira sangat ke," usik Anina. Kini rambut ikal Nia Araya disisir dari atas ke bawah.

    "Hihi betullah tu."
Perlahan-lahan Nia Araya mengubah posisi badan berpaling ke depan. Tepat ke arah Anina.

    "Terima kasih tau," Ikhlas ucapan itu meniti di bibir merah miliknya. Anina mencapai tangan Nia Araya. Diusap perlahan.

    "Kau kawan kitaorang Nia. Kau dah macam keluarga kitaorang," kepala Nia Araya diusap perlahan.

Tiba-tiba dedaun pintu kayu dikuak daripada luar. Terjenggul wajah Syuha. Anina berpaling melihat ke belakang. Kelihatan gadis itu sedang membuka kasut.

    "Macam mana? Dah siap?"

Pintu dorm kembali ditutup. Syuha menuju ke meja belajarnya dahulu untuk meletakkan barang-barang miliknya. Kemudian barulah dia menuju ke katil miliknya. Badan dilantarkan pada tilam empuk.

Argh leganya dapat baring.

    "Tip top! Semua dah beres. Surat keizinan dah, tempat tinggal, jumpa tuan punya kilang dah. Yang penting semua dah beres."
Nia Araya yang mendengar tanpa sedar mengulum senyuman. "Alhamdullilah."

    "Eh tapi korang nak tahu tak?"

    "Apa?"

Daripada posisi berbaring, kini Syuha mengubah posisi badannya menjadi duduk.

"Masa kitaorang jumpa dia punya tuan kilang, pergh bukan main handsome bai. Badan sado, bahu kekar, suara idaman kalbu, baik gila, tampan nak mampus, hot bergaya. Fuhh full package mah," sambil tangan dibentukkan untuk melihat ototnya.

Terjongket kening Anina. Bukan main lagi pujian yang meluncur keluar daripada mulut si tomboy ini. Dilirik Nia Araya yang berada di sebelah. Gadis itu hanya dengan riak wajah biasa.

   "Dah tu? Kau terpikat?" seloroh Anina.

   "Eish tak arh. Aku just cakap je. And lagi satu, lagi satu... dia sendiri tawarkan dekat kitaorang, boleh tinggal dekat sana sampai habis cuti semester,"

Pernyataan Syuha kali ini hampir membuatkan rahang Syuha jatuh. Mulut Nia Araya pula melopong sedikit.

    "Seriuslah?"

    "Betul ke?" Serentak Anina & Nia Araya bertanya.

    "Betul, serius. Kalau kau nampak Nia..."

Berubah seketika raut wajah jelita Nia Araya.

Sisir yang dipegang Anina, pantas disasarkan ke muka Syuha. Mulut dia tu. Syuha yang sedar keterlanjurannya, pantas mulut ditampar perlahan. Dasar mulut celupar.

    "Sorry Nia, aku takda..."

    "Takpe. Hihi korang ni. Macam tak biasa pula," segaris senyuman diberikan. Sedikit pun dia tidak terasa. Dia sedar akan kekurangannya. Tapi itu bukan kelemahannya, itu adalah sumber kekuatannya untuk dia terus kuat.

***

Laptop yang berada di hadapan, dijauhkan sedikit ke belakang. Rehan mengosok mata kanannya kemudian dialihkan mengurut pelipisnya perlahan.

Setelah itu kedua belah tangan disilangkan ke dada. Belakang badan disandarkan ke belakang kerusi. Lumayan banyak juga kerja hari ini. Hari ini dia menerima kunjungan daripada pelajar universiti. Yang akan berkunjung ke kilangnya nanti.

Comel-comel sahaja gelagat mereka tadi.

Tidak semena-mena, pandangan Rehan teralih ke telefon bimbit yang terletak tidak jauh darinya.

Lalu dicapai. Matanya langsung disajikan dengan wajah gadis yang sejak tadi dia tidak mampu alihkan pandangan.
Mata Rehan jatuh pada hidung yang terbentuk mancung sedikit, kemudian bibir merah bak buah delima. Akhir sekali, sepasang mata bundar Nia Araya.

Entah mengapa hatinya luluh apabila membaca pernyataan yang terdapat di resume Nia Araya.

Gadis ini telah kehilangan pengelihatan sejak lahir. Namun, bagaimana gadis itu mampu bertahan sehingga saat ini? Dalam tidar sedar, hati lelaki memuji Nia Araya.

Tidak semena-mena, wajah tampan itu kembali mengukir senyuman. Senyuman yang paling lebar setakat ini.

"Nia Araya. My beautiful lady."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience