Rate

BAB 4

Romance Series 2055

RINTIK peluh yang membasahi dahi, diseka menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan Rehan sedang ligat membersih.

Sedikit lagi dan siap!

Setelah lebih dari 2 jam Rehan bertungkus-lumus membersihkan pelbagai jenis patung tanah liat di kamar khasnya, selesai juga akhirnya. Entah berapa keturunan lelabah beranak-pinak dekat patung tanah liat ciptaannya. Penuh dengan debu dan jaring labah-labah.

Pandangan diliarkan sekitar kamar. Segala peralatan tersusun rapi. Tanah liat yang baru sahaja ditempah bertindih dengan begitu tersusun sekali.

Lantas, pandangan Rehan jatuh pada satu turntable khas yang baru sahaja dia tempah tadi. Dilengkapi dengan beberapa peralatan lengkap untuk mengukir.
Rehan mengulum senyum.

     "Amboi. Tiba-tiba bersih bilik kamu ni. Jin mana yang rasuk kamu ni?"

Suara Pak Yunus kedengaran menyindir. Terpegun dia melihat betapa bersihnya bilik mereka milik Rehan ini. Selalunya bilik ini tak ubah seperti kampung yang baru sahaja terkena bencana tsunami.

Senyum Rehan semakin melebar. 'Jin Cinta.' Desis hatinya.

     "Saja Pak Yun-Yun. Takda apa nak buat. Tu yang kemas sikit-sikit ni," ingin mengelat sebenarnya. Walhal niat sebenar jauh menyimpang.

Pak Yunus jongket kening. Hai, dah kenapa budak ni? Dari tadi asyik senyum saja. Mecurigakan.

     "Ye ke. Ada-ada saja kamu ni. Hah, barang-barang yang kamu perlukan akan sampai tak lama lagi. Nak letak dekat mana?" Pak Yunus bertanya untuk kepastian.

     "Oh, ermm letak dekat main store. Diorang boleh belajar dekat sana."

Pak cik Yunus angguk faham. Baru sahaja kaki mahu melangkah keluar, mata Pak cik Yunus terarah pada satu turntable yang sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan mengukir.

Lantas, Pak cik Yunus terarah melihat belakang tubuh Rehan yang tidak berbaju, dibasahi dengan peluh sedang membersihkan beberapa lagi jenis scuplture. Bersungguh-sungguh tampaknya.

Ting!

Telefon bimbit Rehan berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Rehan menoleh untuk melihat. "Eh ingatkan Pak Yun-Yun dah keluar. Boleh tolong ambilkan phone Rehan tak?" pintanya.

Dicapai Iphone XS milik Rehan. Membulat sedikit mata Pak cik Yunus skrin kunci terpampang gambar seorang gadis. Rasanya, dia kenal gadis ini.

     "Nah telefon Rehan,"

Telefon sudah bertukar tangan. "Terima kasih Pak Yun-Yun."

     "Baik. Pak cik keluar dulu."
Dedaun pintu ditutup rapat, sambil otak ligat berfikir. "Tu kan gambar pelajar tu.

Jangan-jangan..." Pak cik Yunus tepuk dahi perlahan.
Sepatutnya dia sudah dapat menangkap keanehan yang terjadi pada Rehan beberapa hari ini. Sebab itu rupanya.

'Rehan, Rehan.' Sambil kepala digeleng perlahan bersama senyuman. Ada-ada saja anak muda sekarang.

***

     "Satu, dua, tiga. Hmm... satu, dua,"
Jari telunjuk Shamim sedang mengira satu-persatu beg bagasi yang telah disusun masuk ke dalam kenderaan.

Memandangkan mereka akan bercuti lama nanti, maka segala keperluan perlu lengkap tersedia.

"Mana Kira dan Adrian ni? Dahlah panas ni," rungut Anina sambil tangan mengipas-gipas mukanya.

Shamim, Syuha, Anina dan Nia Araya sudah seperti udang rebus yang diletakkan di bawa sinaran matahari. Wajah cerah masing-masing sudah menunjukkan kemerahan. Nia Araya pula kesat peluh.
Si Shamim ni pun, ada ke patut nak kemas bawa masuk barang tengahari terik macam ni?

     "Ni semua kau punya pasal," tempelak Syuha tepat ditujukan ke Shamim. Shamim jongket kening.

      "Asal aku?"

    "Mana ada orang buat aktiviti waktu-waktu panas gila ni. Kita sepatutnya jalan pagi tadi," berdas-das rungutan yang keluar. Semuanya ditujukan kepada Shamim.

     "Eh, mamat dua ekor tu yang lambat bangun kau tau tak? Aku pula yang salah," Tak pasal-pasal dia pun kena tempias.

     "Dahlah. Mungkin, kejap lagi diorang sampai lah tu," Nia Araya bersuara.

Tengah-tengah panas terik ni memang emosi diuji hebat, tambah-tambah dengan dua manusia yang belum dilihat bayang mereka lagi.

     "Hye korang!"

Serentak semua kepala menoleh ke arah suara tersebut. Jatuh rahang Shamim dibuatnya.

Dengan langkah diva Kira & Adrian melangkah menuju kearah semua rakan-rakannya berkumpul. Yang lebih geram dibuatnya adalah, ingatkan barang yang ingin dibawa itu banyak. Masing-masing hanya satu beg sederhana sahaja!?

     "Apasal korang lama sangat arh? Tahu tak tengah panas ni. Basah dengan peluh dah badan aku ni hah,"

     "Lah takpelah. Sekali-sekali. Panas lagi api neraka," jawapan loyar buruk Kira, tidak semena-mena bahunya menjadi mangsa tamparan.

    "Sakitlah Syu," diusap bahu kirinya.

    "Loyar buruk lagi dengan aku, kena kau!"

    "Hish aku ingat banyak sangat korang bawa barang. Dua ketul tu je? Cukup ke untuk 3 bulan pakaian korang ni?" tanya Anina.

    "Apa susah, nanti beli jelah baju dekat sana." Tenang sahaja jawapan Adrian.

    "Dah-dah. Masuk cepat, nanti lambat sampai."

Satu-persatu menapak masuk ke dalam kereta yang boleh memuatkan beberapa orang. Kereta Alphard la katakan.

Menurut Shamim, kereta ini juga merupakan sponsor  yang disediakan daripada pemilik kilang itu untuk mereka. Siap dengan 2 buah kereta lagi tu. Fuhh memang bertuah nasib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience