BAB 1

Family Completed 1308

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya
bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau
kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah
aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai.
Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku
masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya
makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku
berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku
menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia
ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas
itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu
aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku
dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku
ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu
akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula
gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi
India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk
aku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience