BAB 2

Family Completed 1308

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan
baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari
surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan
rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara
normal. Aku mulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu
persatu perkataan dan ayatnya aku alunkan perlahan sambil di dalam hati
tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi
India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik..
Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri
adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan
asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa
tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan
sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang
hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum
membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya
doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam
kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak
panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba aku sekat
agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah
mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan
isteriku.. Setiap kali itulah air mataku akan bercucuran jatuh ke
tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak
bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam
ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut
dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan
isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali
terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah
membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang
hampir lemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience