BAB 6

Family Completed 1308

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan
iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku.
Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Jururawat , macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku
setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur
kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar,
namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan
kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala
puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan.
Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya.
Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu.
Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan
zuriat Abang’’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience