BAB 3

Family Completed 1308

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami
bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula
menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang
belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku
rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok
untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan
sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa.
Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan
semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin
selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan
anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan
hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku.
Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku.
Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience