BAB 7

Romance Completed 3804

‘’Ke mana kau hilang selama ni? Tiada surat, call atau mesej untu aku? Mana! Kau tahu tak yang aku sedih kau tinggalkan aku begitu saja?’’ bentakku.

‘’Maafkan aku cinta, Aku tiada niat untuk mengabaikan kau. Aku juga berdepan dengan depressi dan kesukaran menerima hakikat untuk tinggalkann kamu jauh. Di sana aku berdepan dengan kesukaran menyesuaikan diri di tempat baru. Aku tahu kepergian ku telah melukakanmu dan aku malu juga takut untuk berhadapan denganmu. Aku berharap yang kau selalu ingat akan janji kita. Sampai waktunya aku sendiri akan pulang kembali padamu.’’ Jelas Arjuna seraya menghulurkan sebuah kotak hadiah.

Aku menerima kotak tersebut lantas membukanya selepas disuruh Arjuna. Seutas rantai berbentuk hati diberikan padaku dan Arjuna memakaikannya di leherku. Cantik rantai perak ini lengkap dengan ukiran nama kami, ‘CintaArjuna selamanya’.

Sungguh penantian ku selama ini tidak sia-sia dan aku tidak bertepuk sebelah tangan.

‘’Aku bejanji yang aku takkan tinggalkan kau lagi Cinta kerana aku sudah tak mahu berjauhan dari kau. Aku cintakan kau Harum Cantik,’’ ucap Arjuna sambil memegang erat tanganku.

‘’Aku juga tak mahu berjauhan dari kau lagi Arjuna. Terima kasih kembali pdaku. Aku sering berdoa yang kau akan datang dana Alhamdulillah doaku dimakbulkan.’’ Balasku lagi.

‘’Aku akan datang Cinta, pasti akan datang. Andai jarak memisahkan kita, aku pasti akan selalu datang padamu. ‘’ ucap Arjuna. Dan malam itu kami bersama-sama menangis kegembiraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience