BAB 2

Romance Completed 3804

KRINGGGG

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan untuk hari ini. Seperti biasa aku akan menunggu Arjuna di depan pondok jaga dan selepas 20 mnit menunggu, akhirnya Arjuna tiba.

‘’Lambatlah kau ni Juna, berkulat aku tunggu. Apasal kau lambat?’’ tanyaku.

‘’Ala, baru 15-20 minit bukannya 20 tahun pun. Dah jom gerak sekarang,’’ balas Arjunas seraya menghiduppkan enjin motorsikal Yamaha miliknya lalu memecut keluar dari perkarangan sekolah.

‘’Nak ke mana ni Juna?’’

‘’Ke satu tempat yang kau gerenti suka Cinta, kau jangan banyak tanya. Say tahnk you je kat aku later,’’ jawab Arjuna selamba. Selepas 20 minit kami pun tiba ke destinasi tersebut dan ternyata tempat itu adalah taman bunga yang baru dibuka. SUngguh indah, sarat dengan pelbagai jenis bunga yang mekar mewangi, ada air pancut yang indah dibina, banyak kerusi pelbagai bentuk juga disediakan dan di kejauhan terdapat tasik buatan manusia. Ya sungguh indah.

‘’Cantik..’’ panggil Arjuna seraya matanya merenung tajam pada ku. Ya sepasang mata itu yang seriang masuk ke dalam mimpiku, sepasang mata yang sering membuat aku rindu Jantungku berdebar kencang dan sungguh aku tak mengerti apakah makna perasaan ini. Sudah hampir lima tahun kami bersama sejak dari darjah enam lagi. Sepertinya baik aku dan dia saling melengkapi dia arjuna dan aku adindanya. Namun kami berdua enggan mengakui bahawa perhubungan ini lebih daripada sebuah persahabatan.

“Arjuna , kenapa nangis ni?’’ tanyaku padanya. Arjuna yang sedang mengalirkan airmata, ku sekah airmata jantannya yang masih ku belum mengerti kenapa.

“aku tak nangis Cinta, entah kenapa aku cuma merasa bahagia kerana mempunyai sahabat seperti kamu yang menerima aku apa adanya,’’ ujarnya sambil membelai mesra rambutnya. Ya aku juga bahagia dengan adanya Arjuna, dia adalah kawan baikku, yang sudah ku anggap seperti seorang abang dan juga seseorang yang istimewa bagiku.

“Cantik , suatu saat nanti, pastinya aku takkan selalu ada bersama dengan kau di sisi. Aku juga takka bisa jadi shining armour atau nyamuk yang selalu saja ada di dalam hidupmu. Kerana pasti kau juga ada kehidupan yang sendiri kau jalani mungkin tanpa aku, aku cuma nak kau tahu yang aku selalu ada untuk kau dank au tetap menjadi orang yang special bagi aku.’’ Tutur Arjuna buatku sebak.

“Arjuna kenapa cakap macam tu, tanpa kamu hidup aku tak mungkin segembira ini. Kerana kau aku bahagia dan dapat merasa warna-warni kehidupan dan sampai bila-bilapun aku akan menunggu kau sehinggalah kau kembali ke pangkuanku. Ya, walau terpisah aku akan menunggumu sampai bila pun,’’ balasku lagi.

“tapi, ingat. Andai aku sudah taka da di sisimu lagi, tersenyum dan berbahagialah selalu ya cantik.’’

‘’Baiklah Arjuna, cantik akan ingat selalu pesan Arjuna ini.’’ Balasku walau berat di hati.

Untuk beberapa minit kami terdiam dan menikmati panorama petang yang cukup mendamaikan, baik aku dan dia masing-masing tenggelam dengan keindahan taman yang berlatarbelakangkan warna langit senja yang menjingga.

Siang melabuhkan tirainya meninggalkan semua kisah yang terjadi hari ini baik unttuk dikenang, diteladani mahupun dihapus terus dari sisa memori.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience